Sambal tempe menjadi kegemaran ramai sebagai penambah selera. Jika anda suka melancong ke luar negara, sambal tempe selalunya sering dibawa bersama untuk dinikmati bersama nasi putih.
Ada bermacam versi sambal tempe. Ada sambal tempe kering dan juga basah. Jika anda gemarkan sambal tempe jenis basah, bolehlah cuba resipi seperti yang dikongsikan oleh Mariana Zainal ini.
Paling istimewa sambal tempe yang dikongsikan oleh Mariana Zainal ini versi basah dan bilisnya pun rangup. Boleh buat stok simpan dalam bekas kedap udara. Senang bila teringin nak makan.
Sambal Tempe Basah, Makan Dengan Nasi Panas
RESIPI SAMBAL TEMPE BASAH
BAHAN-BAHAN:
4 paket tempe – hiris nipis & goreng garing
4 biji ubi kentang – potong nipis & goreng
2 genggam ikan bilis – goreng garing
2 ½ sudu makan gula
1 sudu teh garam
Sedikit bahan perasa
1 keping asam gelugur
1/2 cawan air – sebaiknya guna air panas
Minyak masak secukupnya
Ads
BAHAN KISAR HALUS:
25 tangkai cili kering
1 biji bawang besar – jika saiz kecil, tambahkan 1 biji lagi
5 ulas bawang putih
1 cawan minyak masak
Ratah Pun Sedap
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bahan kisar.
2. Tambahkan gula, garam, bahan perasa dan asam gelugur. Masak lagi hingga pecah minyak dan sambal garing.
Ads
3. Tambahkan air. Biarkan sambal mendidih dan menjadi pekat.
4. Masukkan tempe dan ubi kentang yang telah digoreng tadi. Gaul rata.
5. Seterusnya masukkan ikan bilis yang digoreng garing. Gaul lagi hingga semua bahan sekata.
Ads
6. Siap dan sedia untuk dinikmati. Jika suka, boleh buang lebihan minyak dalam kuali.
Bagi anak-anak felda,mesti pernah makan kuih yang penuh nostalgia ini.Rasa Bingka Sawit yang lemak manis, baunya yang sedap apatah lagi dinikmati ketika panas-panas, memang cukup membuka selera. Bahagian yang ‘paling mahal’ semestinya, kerak-kerak yang garing disekeliling bingka sawit ini. Mak-mak yang pernah menikmati kuih ini dulu, jom cuba buat sendiri,bagi mengimbau kembali memori manis dengan kuih ini.
Bahan-Bahan:
1cawan pati sawit (20 ulas/ 500 gram buah sawit)
1 cawan gula
2 1/2 cawan santan
2cawan tepung gandum
3 biji telur
1 sudu teh garam
1/2 sdu teh esen vanilla
Sedikit bijan
Cara Membuat:
1.Basuh bersih buah kelapa sawit dan buang bahagian pangkal serta hujungnya.
2.Kemudian rebus buah sawit tersebut sehingga empuk lebih kurang dalam 1 jam.
3.Setelah empuk, buang air rebusan kemudian campurkan dengan 1 cawan air suam untuk mudah diramas dan diperah.
4.Kemudian, tapis untuk mendapatkan 1 cawan pati sawit.
5.Campurkan semua bahan-bahan,gula,tepung gandum,telur,esen vanilla dan garam kecuali bijan.
6.Kacau rata dan sebati, kemudian tapiskan adunan.
7.Sapukan sedikit minyak pada loyang atau acuan bingka, kemudian masukkan adunan tadi dan taburkan dengan bijan diatasnya.
8.Bakar pada suhu 200 selama 1 jam guna api bawah.Kemudian tambah 10 minit untuk api atas. Namun bergantung pada oven masing-masing.
Mini Crunch Choco Jar memang diminati ramai tak kira usia. Rasa lemak dan manis coklatnya sangat mengujakan bila dinikmati. Ia juga amat digemari oleh anak-anak terutamanya. Fuh, satu balang kecil tu boleh sekali hadap.
Biasanya kalau nak beli, harganya boleh tahan juga. Bayangkan kalau anak-anak ramai. Pitam juga nak membelinya. Bukan cukup sebalang. Mauny berbalang-balang.
Mungkin ada yang rasa nak buatnya susah dan renyah. Ha..resipi yang dikongsikan kali ini sangat mudah. Bahan pun hanya tiga saja. Memang jimat dan rasanya juga cukup sedap. Coklatnya cairnya molek berkilat. Kalau nak buat niaga pun boleh laku keras ni. Selamat mencuba!
BAHAN-BAHAN MINI CRUNCH CHOCO JAR:
3 keping coklat Cadbury
500gm mini crunch (boleh beli di kedai bakeri)
1 cawan minyak jagung/minyak masak
Sedikit dark chocolate – pilihan
CARA MEMBUAT MINI CRUNCH CHOCO JAR:
Pertama, bakar mini crunch selama lima minit di dalam oven dengan suhu `150 Darjah Selsius. Setelah siap, keluarkan dan ketepikan.
Masak secara ‘double boil’ coklat dan minyak. Untuk kurangkan rasa manis, boleh tambahkan sedikit dark chocolate ke dalamnya. Masak hingga semuanya mencair. Kena pastikan coklat betul-betul sejuk barulah dimasukkan ke dalam bekas. Masukkan mini crunch Chocolate ini ke dalam bekas. Siap! Super mudah kan? Selamat mencuba!
Sedapnya makan kuih lama, Lompang Pandan yang lemak manis dan lembut. Nak buat pun mudah, bahan-bahannya tak banyak pun. Namun nak buat kuih lompang berlekuk dalam bahagian tengah atau ‘Lesung Pipit’ yang cantik ada caranya. Pastikan sewaktu mengukus api dapur kena kuat barulah jadi.
Inilah tip dan resipi yang dikongsikan oleh Puan Siti Hadirah sebagai rujukan;
“Lompang pandan aka si lesung pipit. Ada yang suka tak kuih ni?”
Bahan-Bahan:
1½ cawan tepung beras
2 cawan air daun pandan
½ cawan gula(nk manis boleh tambah)
1 sdb tepung jagung
1 sdk air kapur
pewarna hijau
Cara Membuat:
1. Blender semua bahan sehingga sebati.
2. Tuang ke dalam bekas lain.
3. Panaskan air kukusan sehingga mendidih.
4. Acuan sapu sedikit minyak, kukus acuan dulu selama 2-3 minit.
5. Kemudian tuang adunan, kukus selama 15 minit menggunakan api besar.
Tips Ekstra!
Sewaktu dikukus pastikan penutup pengukus dibalut kain. Nak bagi lesung pipit kuih dalam macam ni api kena kuat baru jadi.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...