Musim hujan beberapa hari ini menyebabkan ramai yang sedang diuji menghadapi banjir serta ditempatkan di pusat penempatan banjir sementara. Kebiasannya menu yang paling mudah dan cepat disediakan namun sangatlah sedap ialah lauk sambal sardin. Jika selalu perlu menggunakan cili kisar, sebenarnya boleh gantikan dengan serbuk cili juga. Memang sedap!
Hari ini saya masak lauk sambal sardin. Mana-mana ikan dalam tin je panggil sardin. Sebenarnya masak ikan mackerel. Teringat suasana mengharungi banjir besar di Kuantan, Pahang sewaktu ketika dahulu.
Saya sekeluarga bersama beberapa jiran ditempatkan di rumah tumpangan, jadi hari pertama tu memang masak sardin je la. Takde cili kering apatah lagi blender, jadi saya guna serbuk cili babas je untuk menumis. Pertama kali cuba masak guna serbuk tu waktu banjir tu la, hasilnya memang sedap sangat, makan pula beramai-ramai.
Harini saya nak cuba masak guna serbuk cili sebab teringat-ingat rasa dia dikala harini dengar perkhabaran beberapa daerah di Pahang mula dinaiki banjir. Doa saya semoga semuanya selamat dan banjir tidak berlarutan.
Bawang Merah
Bawang Putih
Serbuk Cili
Sardin
Serbuk Kunyit
Asam Keping
Cili Padi
Hiriskan bawang merah dan bawang putih. Cili hijau tu biarkan je, saya campak akhir sekali ke dalam masakan.
Bancuh serbuk cili dengan air. Pastikan betul-betul sebati ya.
Panaskan minyak masak dan tumis hirisan bawang. Ni kalau ada hirisan halia ni lagi wangi ni.
Masukkan bancuhan serbuk cili dan 1 sudu serbuk kunyit. Kacau sehingga pecah minyak.
Dah pecah minyak, boleh masukkan ikan dari dalam tin. Masukkan sedikit air untuk lembap dan 1 asam keping. Biar masak lama sikit untuk hilang hanyir ikan. Akhir sekali perasakan dengan garam. Saya campak cili hijau untuk rasa picit-picit masa makan dengan nasi nanti.
Siap, dihidangkan bersama telur dadar dan ulam pucuk bayam brazil.
Baca Lagi Di Sini:
Punyalah Senang Nak Buat Roti Telur Sardin Viral Sedap Ni! Sesuai Makan Musim Hujan, Ini Caranya
Resipi Laksa Penang Ekspress Guna Sardin Dalam Tin, 30 minit Siap & Sedap!
MW:Sewaktu musim banjir, ditempatkan di penempatan sementara sememangnya lauk sardin ini adalah ‘penyelamat’ yang cukup mudah disediakan dan sedap dimakan dengan nasi panas. Boleh ikut tip dan resipi yang dikongsikan agar sambal sardin lebih sedap.
Sumber: Zurina Zulkefli