Sambal Kacang garing macam ni memang sedap dijadikan kudapan sambil menonton TV.Apatah lagi gabungan bawang putih, bawang merah, ikan bilis dan kacang tanah dengan sambal pedas manis, memang tak sedar boleh habis sebekas!
Jika dibeli boleh tahan juga harganya, malah tak puas makan. Elok kita buat sendiri je di rumah. Ada caranya untuk pastikan sambal kacang garing ni kekal rangup. Kena tunggu cili betul-betul sejuk dahulu barulah digaul rata.
Janji pasti ditepati. Sambal kacang garing by CikAyu.Selamat mencuba semua. Boleh buat untuk makan keluarga atau juga untuk hasil jualan. CikAyu halalkan resepi ini dunia akhirat, semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dirahmati olehNya.
Kacang Tanah
Bawang Putih
Bawang Goreng
Ikan bilis
Cili kering (cili kerinting dicampur dgn cili besar untuk mengurangkan rasa pedas cili)
2 sudu gula halus
2 kiub ikan bilis
Minyak Masak secukupnya
1.Goreng kacang dengan sedikit minyak. Goreng sehingga kacang bunyi meletup-letup. Itu tanda kacang dah hampir masak ya. Letak sedikit garam untuk menaikkan rasa lemak kacang goreng ini.
2. Kemudian goreng bawang putih, bawang merah dan ikan bilis sehingga garing dan gaul rata semuanya.
3. Gunting buang biji cili kering, basuh dan toskan ia. Kemudian jemur sehingga cili betul-betul kering.
4. Kemudian goreng cili kering ini dengan sedikit minyak dengan menggunakan api yang kecil. Goreng sehingga cili menjadi rapuh dan garing.
5. Selepas itu, masukkan cili ke dalam food processor @ chopper @ blender kering. Masukkan gula halus. Blend cili.
6. Ini hasilnya selepas diblend.
7. Kemudian, panaskan sedikit minyak di dalam kuali yang sama.
8. Masukkan kiub ikan bilis. Masak hingga kiub cair dan berbuih-buih.
9. Masukkan cili yang dikisar tadi ke dalam kuali. Masak dengan menggunakan api yang perlahan. Masak hingga sedikit kering dan tutup api. Tunggu sehingga betul-betul sejuk.
10. Masukkan cili ke dalam dulang yang 3 bahan utama tadi dan digaul rata.
11. Tada… dah siap sambal kacang garing kita. Masukkan kacang ke dalam bekas kedap udara.
Semoga bermanfaat! Selamat Mencuba.
Baca Lagi Di Sini:
Kerepek Kentang Bilis Kacang Sambal Pedas Manis Sedap, Rangup Tak Serap Minyak!
Sambal Bilis Kekal RANGUP Sampai Seminggu, Jangan Guna Bawang Merah!
Cara Buat BAWANG PUTIH Goreng Rangup, Tak Pahit Elok Lerai Satu-Satu!
Cara Buat BAWANG GORENG Rangup Krup Krap, ‘Ori’ Tak Campur Tepung!
Mingguan Wanita:Menariknya sambal kacang garing. Boleh buat kudapan makan sambil tengok tv nanti. Nak buat jual pun boleh sangat.
Sumber: Masfaliza Ab Jaafer
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita