Sambal tempoyak udang sangat mudah dimasak. Bahan yang digunakan pun tak banya dan ringkas saja. Sesiapa saja boleh memasaknya termasuk anak dara yang masih belasan tahun. Yang penting, ramuan utamanya wajib ada; TEMPOYAK!
Biasanya, kalau suka durian mesti akan suka tempoyak. Namun ada juga yang tak suka kerana tempoyak iaitu isi durian yang diperam lebih menyengat baunya.
Selain dimakan mentah sebagai pencecah atau dimakan bersama budu, tempoyak memang boleh dimasak menjadi pelbagai hidangan yang cukup enak. Bak kata orang, bau tempoyak pun dah boleh buat kecur liur. Belum makan lagi. Aromanya yang unik mampu membangkitkan selera hingga ramai yang menggemarinya.
Sekarang musim durian sedang melanda negara. Ada yang ambil peluang untuk membeli durian khas untuk dibuat tempoyak yang boleh disimpan lama. Setahun pun sedap lagi kalau betul cara penyediaannya.
Selain masak lemak tempoyak, ia juga sedap dibuat sambal goreng tempoyak. Boleh gunakan bilis, udang atau pun sotong. Terpulang pada selera anda sendiri.
Kali ini dikongsikan resipi Sambal Goreng Tempoyak Udang. Selamat mencuba!
300-350 gram tempoyak
1kg udang putih laut – udang ini manis rasanya
20-30 biji cili padi merah (nak pedas boleh tambah, nak kurang pedas, kurangkan cili padi dan tambah lebih cili merah besar)
5 batang cili besar merah
1 helai daun kunyit – racik
1 keping asam gelugur
Sedikit serbuk kunyit
Garam dan gula
Minyak masak
https://www.mingguanwanita.my/inti-popia-guna-pisang-nak-lebih-sedap-boleh-letak-pelbagai-topping/
https://www.facebook.com/mingguanwanita/