Bagi peminat sambal dan masakan yang pedas-pedas, kena cuba buat sendiri sambal ayam geprek ini sendiri. Memang sedap dan lain daripada yang lain. Istimewanya, ramuannya sambalnya tak perlu dimasak, hanya perlu di geprek (lenyek) dengan minyak panas.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Juwita Afifah ini.Katanya resipi ini adalah resepi asal sambal geprek iaitu dari Jogjakarta, Indonesia.
Berikut perkongsian tersebut;
SAMBAL GEPREK PALING ENAKKK
Haritu saya ada share resepi sambal penyet kan. Harini saya nak share pula resepi sambal geprek.
Ayam geprek ni berbeza dengan ayam penyet dan berbeza juga dengan ayam gepuk. Sebab ayam geprek mesti digoreng dengan ayam celup tepung yang takde tulang (boneless/fillet). Ayam celup tepung ni saya tak buat sendiri. Beli yang frozen je kat tesco. Sebab nak cepat.
Sambal juga berbeza. Kalau sambal penyet, kena masak dua kali atas api. Sambal geprek tak perlu masak, sama macam sambal gepuk. Hanya letak minyak panas.
Cuma sambal gepuk tak perlu digaul dengan ayam, dan sambal geprek pula memang kena gaul rata dengan ayam.
Resepi ni sedikit berbeza, tapi memang paling sedap di tekak saya. Macam biasa, saya godek-godek dan ambil dari blog orang Indonesia. Katanya, resepi ini adalah resepi asal sambal geprek iaitu dari Jogjakarta.
Cili padi
Cili besar (dicincang kasar)
Bawang putih
Kacang gajus
Minyak panas bekas goreng ayam
Cara-caranya :
1. Letak cili padi, garam, kacang gajus dan bawang putih ke dalam lesung. Saya guna lesung cobek yang suami beli dari Jogjakarta.
2. Lumatkan lah semua bahan tu guna lesung.
3. Masukkan cili besar.
4. Masukkan pula minyak bekas goreng ayam yang sedang panas. Paling panas direct dari kuali lagi bagus. Supaya sambal tu masak sikit. Takdelah mentah sangat. Perut pun selamat. Gittew.Ni gambar dah letak cili besar. Lepastu letak minyak panas. Dalam 3 sudu. Ni saya ambil direct dari kuali. Sebab dalam kuali tengah goreng ayam. Kalau ambil minyak yang tak berapa panas, nanti tak berapa menjadi tau.
5. Dah letak minyak, dia akan keluar bunyi berdesir.Gaul rata.
Ads
6. Masukkan ayam celup tepung yang dah digoreng.
7.Geprek-kan ayam tersebut bersama dengan sambal.
8.Dan gaul dengan sambal.
Ads
9.Dah siap. Boleh dimakan bersama nasi putih. Fuhh. Memang bertambah ni. MashaAllah. Sedapnya. Boleh makan dengan tauhu/tempe. Ni saya goreng tauhu celup tepung jugak.
Selamat mencuba semua.
P/s : Geprek = lenyek/tumbuk dengan perlahan sehingga nipis.
Juwita Afifah
MW:Sedapnya sambal geprek ni. Mak-mak yang suka makan pedas-pedas boleh cuba resipi yang dikongsikan ni. Makan dengan nasi putih je pun, dah boleh bertambah-tambah nasi.
Bukan selalu boleh rasa burger prosperity McDonald’s tu. Bulan-bulan tertentu je boleh rasa. Bila sesekali ‘food craving’ tu, apa kata buat je sendiri burger prosperity di rumah.
Sah-sah bila-bila je teringin, dah boleh makan.
Kata pemilik resepi, Mohd Faiz Fitri Iberahim; “‘homemade prosperity’ aku rasa macam lagi sedap je dari yang ori.”
Panaskan butter 2 sudu besar dan masukkan tepung gandum. Kacau sampai jadi gold. Pastu masukkan air 1 gelas dan kacau.. masukkan bawang besar potong dadu tadi, lada hitam 1 sudu besar, sos tiram, kicap dan garam.. masak sampai pekat mana korang nak.
Celupkan daging yang dah goreng tadi.
Letak atas roti dan letak bawang yang korang hiris tadi.
Aiskrim asam boi, salah satu perisa Aiskrim Malaysia yang cukup ‘legend’. Dari kecil hinggalah ke usia emas ramai yang suka.Rasanya yang masam-masam manis, cukup melegakan tekak sewaktu musim panas.Nak buat untuk makan sendiri dengan anak-anak boleh, atau nak buat jual pun boleh sangat. Sebab harga aiskrim Malaysia sekarang ni boleh tahan juga harganya.
Rupanya nak buat aiskrim asam boi yang lembut, gebu dan bertambah sedap kena campurkan dengan sedikit tepung jagung dan perahan limau kasturi.
Caranya dikongsikan oleh Puan Ida Alina Salleh ini sebagai panduan;
“Hari makin panas di sini. Ada benda legend ni dalam freezer, rasa macam kanak-kanak riang! Alhamdulillah. Sedapnya.Saya tambah perahan limau kasturi sikit seperti saranan kawan. Saya letak juga sikit tepung jagung untuk haluskan ais – ada yang kongsikan tip ni di group ni.Terima kasih.”
Hari tu beli RM1.50 satu. Disebabkan sedap, maka terjebak sampai termakan dua sekali jalan. Terus beli bahan nak cuba buat di sini. Sementara bahan masih ada, saya buat dan kongsikan resepi. Semoga ada yang gunakan resepi ni untuk buat berjual tambah pendapatan.
Tujuan campur tepung jagung tu untuk haluskan ais, limau kasturi pula tambah umph- Terima kasih pada mereka yang share tips-tips ni.
Resepi Ais Krim Asam Boi- Saya masih proses trial and error. Ais tu memang halus, Alhamdulillah saya dapat 24 aiskrim.
Resepi Ais Krim Asam Boi- Saya agak-agak, boleh adjust ikut rasa masing-masing.
Bahan-Bahan:
2 cawan gula (kurang sikit pun boleh)
2 liter air
2 sudu besar tepung jagung (campur dengan sedikit air dari yang 2 liter tu)
3 – 4 sudu besar kordial asam masin Double Lion
24-30 asam boi.
Cara Membuat:
1.Masukkan dalam periuk, air dan air campuran tepung jagung, gula, asam boi.
2.Masak hingga mendidih dan air menjadi jernih.
3.Masukkan kordial. Rasa dan tambah jika perlu. Boleh juga masukkan sedikit garam.
4.Sejukkan
5.Perahkan jus dari 4 atau 5 limau kasturi. Kacau.
6. Tapiskan air. Ketepikan asam boi. Masukkan asam boi satu-satu dalam plastik. Letak air asam boi. Ikat. Bekukan semalaman.
Resepi kuih gunting ini antara kuih raya yang terkenal dan sedap dinikmati tetamu. Sebenarnya tak perlu tunggu hari raya baru nak buat. Bila-bila pun boleh memasaknya.
Resepi yang dikongsikan Norzaiha Razali ini mudah sungguh untuk dicuba. Malah, rangup dan sedap hasilnya. Menurutnya, resepi kuih gunting ini sudah lebih 10 tahun dicuba. Sebab itulah namanya kuih gunting ‘legend’.
Kongsi Norzaiha, “dah 10 tahun lebih tak buat kuih ni. kuih legend ni. Namanya kuih gunting. Kuih siput kurang minat buat sebab sakit jari nak siapnya.
Kuih gunting tak sakit jari. Sape suka kuih gunting, angkat tangan.”
Ni cara guntingnya. Kuih gunting yang cantik bila kita gunting bentuk macam sampan. Kena pusing la masa gunting untuk cari part cantik membentuk sampan.
Ni yang siap gunting sikit. Jelas kan nampak bentuknya.
Sebahagian gunting dalam pinggan. Sebab nak tunjuk gambo. Hehehe… Yang lain terus gunting dalam kuali. Goreng dengan api yang kecil.
Kuih gunting yang siap digoreng. Goreng dengan api perlahan.
*kalau nak lebih sedap boleh tambah udang kering blend sikit.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...