Penyedap makan waktu sahur, Sambal Garing Bilis Tempe ini salah satu menu yang dicari-cari bila nak masuk bulan Ramadan. Tetapi kalau tak dapat tangkap di kedai, maka mak-mak kenalah buat sendiri.
Nah, ini rahsia buat sambal garing bilis daripada Puan Sutera Ayu yang mendapat perhatian ramai di laman media sosial. Apa yang menarik, wanita ini juga tak lokek kongsi tip macam mana nak goreng tempe dengan betul. Tak pecah dan hancur bila digaul.
Sambal garing bilis tempe pedas masam manis.
Untuk persediaan lauk di bulan ramadan.
1 kg ikan bilis kopek 4
10 keping tempe rega 50 sen
250 gram cili padi hijau
50 gram cili api
200 gram bawang putih
50 gram asam jawa(ambil airnya)
300gram gula putih
2 sudu besar chikenstock
2 sudu teh garam
5 sudu besar gula flame
Basuh ikan bilis, tapis dah air kering baru goreng hingga rangup.
Potong-potong nipis cili dan bawang putih, goreng asing-asing sehingga kering tapi jangan hangit. Nanti pahit. Cili itu setengah kering pun boleh, dah goreng terus tapis macam ni.
Kali ni saya tak letak halia, sebab budak-budak ada yang tak suka. Kalau nak letak halia pun boleh. Sama je caranya, halia potong nipis-nipis dan terus goreng sampai kering.
Panaskan minyak dalam 1 cawan, masukkan serbuk cili babas, air asam jawa, gula flame dan gula putih. Kacau hingga naik minyak dengan api perlahan dan naik minyak dan berbuih tutup api. Baru kita masukkan cili goreng bawang, tempe dan bilis tadi. Gaul hingga sebati.
Setelah pecah minyak dan gula macam ni terus tutup api. Masukkan bawang dan cili yang dah goreng tadi. Gaul rata, masukkan tempe dan bilis. Gaul-gaul perlahan hingga sebati.
Beli tempe hari ini, jangan terus goreng. Biarkan dulu 2 malam dalam peti ais, nanti dia akn padat dan senang untuk dipotong. Tak pecah-pecah.
Dah sejuk baru kita simpan dalam botol-botol kecil macam ni, senang nak makan, habis satu, ambik lagi satu. Kalau rajin boleh buat open order untuk kengkawan ataupun jiran.
Sambal ni tak perlu disimpan dalam peti ais sebab tahan dalam sebulan lebih.