Sambal Cili Padi Jering Tua Bilis, Pedas Berdesing Tak Perlu Bawang Pun!

Sambal jering? Eii..ada yang dengar pun dah tutup hidung dan tahan nafas. Ya, bau jering memang unik; ‘busuk’ tapi sedap gitu! Hanya penggemarnya yang tahu betapa nikmat kelazatannya. https://www.facebook.com/nurul.azwa.509

Boleh dimakan mentah sebagai ulaman, direbus, masak lemak, sambal dan macam-macam lagi. Tentu masih ramai yang menggemarinya.

Dalam tempoh PKP ni, ada tak yang rindu nak masak dan makan jering? Kali ini dikongsikan resipi ringkas sambal cili padi jering tua dengan bilis. Resipi ini sangat pedas ye. Jadi, awas bagi yang kurang suka pedas.  Atau anda boleh kurangkan jumlah cili padi dan tambah sedikit cili besar merah.

PENTING: Untuk masakan ini, gunakan JERING TUA ye. Kalau boleh, yang sudah selaput dalamnya sudah berwarna kecoklatan. Baru ngam! Guna jering muda..memang tak jadi!

 Sambal Cili Padi Jering Tua Dengan Bilis

Bahan-bahan:

15-20 keping jering tua – buang kulit luat, tinggalkan selaput dalam. Kerat 3@4

1 genggam bilis

Ads

20-30 biji cili padi hijau atau merah (bergantung kepedasan yang dikehendaki) – kisar

1 keping asam gelugur

Sedikit garam

Minyak masak

Ads

Cara Memasak:

Sambal Cili Padi Jering Tua Bilis, Pedas Berdesing Tak Perlu Bawang!Panaskan minyak dengan jumlah agak banyak. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat, tos dan ketepikan.

Sambal Cili Padi Jering Tua Bilis, Pedas Berdesing Tak Perlu Bawang!Goreng jering tua yang sudah dipotong tadi hingga agak garing. Angkat, tos dan ketepikan.

Sambal Cili Padi Jering Tua Bilis, Pedas Berdesing Tak Perlu Bawang!Masukkan cili padi kisar dan tumis. Masukkan asam keping, tumis hingga cili kelihatan garing dan naik minyak. Perasakan dengan garam secukup rasa. Pastikan cili benar-benar masak sebelum masukkan bahan lain.

Tambah minyak dari semasa ke semasa jika perlu, agar cili dapat masak sepenuhnya.

Ads

INGAT: Kena sabar dan masak agak lama. Bila cili masak sempurna, taklah nanti sakit perut walau pun pedas berdesing. 

Sambal Cili Padi Jering Tua Bilis, Pedas Berdesing Tak Perlu Bawang!Masukkan bilis dan jering yang telah digoreng tadi. Gaul sebati. Tutup api.

Sambal Cili Padi Jering Tua Bilis, Pedas Berdesing Tak Perlu Bawang!Siap. Sangat mudah kan? Boleh juga gantikan jering dengan petai. Mantap!

INFO TAMBAHAN:

  1. Jering berkhasiat mencegah radikal bebas, mengandungi beberapa jenis vitamin seperti A, B1, B2 dan C.
  2. Bersifat antimikrob.
  3. Mencegah anemkia.
  4. AWAS! Jangan ambil berlebihan kerana boleh memberi kesan negative kepada fungsi buah pinggang disebabkan kehadiran asid djenkolik di dalamnya.

https://www.mingguanwanita.my/peminat-masakan-jawa-boleh-cuba-resipi-sambal-goreng-jawa-versi-basah-ini/

https://www.mingguanwanita.my/sambal-tumis-tempoyak-petai-pedas-paling-sedap-tak-cari-lauk-lain-1/

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI