Sedapnya makan Sambal Bilis Kering ‘Salted Egg’ ini dengan nasi putih atau bubur panas-panas, memang membuka selera. Malah boleh dijadikan ‘lauk kecemasan’ kalau tak rajin nak masak dekat dapur. Mudah sangat!
Jika beli sambal kering ni memang boleh tahan harganya malah kuantitinya pun agak sedikit. Lebih jimat dan puas hati makan sebenarnya jika buat sendiri di rumah. Malah uniknya bila ada letak serbuk telur masin. Secukup rasa sambal kering ni rasa pedas manis masin. Nak buat jual pun boleh sangat, boleh tambah pendapatan. Yang penting ‘gerenti’ sedap.
Dah lama tak masak stail ni. Biasa masak sambal basah ikan bilis untuk nasi lemak.Lauk sambal ikan bilis kering ni menjadi favourite saya dan kami sekeluarga. Paling best anak bawak lauk ini balik asrama.
CikMa nak share resepi sambal bilis kering salted egg. Ada sesiapa yang suka makan sambal ikan bilis kering? Ala-ala macam sambal ikan bilis garing Che Nor. Jom kita kongsi resepi sambal ini. Makan dgn nasi panas atau bubur nasi bersama telur goreng sarang pun sodap. Sesuai untuk bekalan tambahan bila nak travel jauh. Kiranya lauk kecemasan kalau tak rajin nak masak lauk-lauk yang lain. Wow..ummphh cer gini.
500 gram cili kering kerinting pedas@ cili kering besar tak pedas. Nak mix cili pun ok je. Terpulang mana yang suka pedas.
500 gram ikan bilis kopek
Bawang goreng segera.
Gula halus/gula pasir ( dikisar) agak-agak dalam 1-2 senduk.
Garam bukit. ( pilihan)
Serbuk cheese. ( pilihan)
2 ketul kuib ayam- brand maggie.
Serbuk secukup rasa- brand maggie.
Serbuk salted egg-brand bestari.
Minyak masak untuk goreng cili kering/ikan bilis/kuib ayam.
1. Basuh cili kering sekejap dan tos bagi kering. Gunting kecil-kecil. Kemudian goreng dalam minyak panas sekejap je. Goreng kasi garing. Jangan sampai hangus ye.Cili kering bau hangit nanti tak sedap sambal tu.
Kemudian guna hand blander atau blender kering rempah. Kisar bersama sedikit garam. Biar sederhana halus.
2. Ikan bilis digoreng sampai garing. Bahagi kepada 2 bahagian. Kisar sederhana halus dan kasar.
Dah siap dikisar ikan bilis goreng guna hand blender.
Bahan-bahan cili kering /ikan bilis kasar/halus yang sudah siap kisar.
3. Panaskan minyak. Bila dah panas, ambil 4 camca besar minyak goreng tadi, masukkan 2 ketul kiub ayam dan hancurkan sehingga sebati dengan minyak.Kacau hingga sebati. Guna api paling kecil sekali.
4. Masuk kan cili kering blender, ikan bilis goreng, bawang goreng, gula halus, serbuk perasa, serbuk salted egg, serbuk cheese (terpulang nak letak atau tidak).Masa gaul sebati guna api kecil je. Sentiasa gaul dalam 5 minit gitu. Pastu tutup api. Biarkan sejuk.
Bahan-bahan sebelum digaul. Yang putih tu gula pasir yang sudah dikisar. Lagi bagus guna gula halus.
5. Sentiasa gaul semua bahan tadi dalam 5-8 minit untuk sebatikan bahan-bahan supaya tidak hangus dan tutup api. Sejuk kan terlebih dahulu sebelum masukkan dalam bekas.
6. Ada rasa pedas manis masin. Sambal ikan bilis pun bau wangi cheese/salted egg.
7. Dah siap sambal kering ikan bilis garing/kering salted egg. Sedia untuk dimakan.
Saya buat untuk sekilo, dapat dalam bekas balang sederhana.Bau wangi tau.. rasa manis masin pedas.
Selamat mencuba.
Semoga manafaat.
Baca Lagi Di Sini:
Cara BOTOLKAN Produk Sambal Tanpa Guna Bahan Pengawet, Boleh Tahan 6 Bulan!
SAMBAL GARING Pedas Homemade Guna 4 Bahan, Makan Dengan Bubur Pun Sedap!
Mingguan Wanita: Sedapnya Sambal Garing ni makan dengan bubur atau nasi panas. Bukan apa menu sambal simple macam ni, boleh boleh buat makan bertambah-tambah.
Sumber: Zainor Shima Ihsan
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:
Jahit Baju Kurung Pesak : https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/
Cookies Viral : https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-buat-sampai-jadi/
Kuih Frozen : https://toko.ideaktiv.com/product/aneka-kuih-frozen/
Roti & Bun : https://toko.ideaktiv.com/product/asas-bakeri/
Untuk pertanyaan hubungi : 019632875
Mingguan Wanita boleh diikuti di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Telegram Bangkit Wanita: https://t.me/bangkitwanita