Berita

Sambal Berkilat Naik Selera! Ayam Malu-Malu Masak Merah Kegemaran Seisi Keluarga

Share

Sambal berkilat naik selera!  Salam Ramadan hari kelima, kali ini video memasak Mingguan Wanita,  ‘Mak Empal Masak Apa Hari Ini?’ pilih menu Ayam Malu-Malu Masak Merah tau!

Rasanya yang pedas, manis dan berlemak ini kegemaran seisi keluarga. Paling penting resipi ini sangat mudah cepat untuk mak-mak menyediakannya di rumah.

Sambal Berkilat Naik Selera!

Jangan buang masa, jom masak menu special untuk berbuka, super sedap! Ayam masak merah ini juga sangat sesuai dinikmati dengan nasi putih panas atau nasi minyak.

Bahan-Bahan

Setengah ekor ayam (digoreng)

Bahan Hirisan:

3 biji bawang merah

Bahan Untuk Dikisar:

2 biji bawang merah

2 ulas bawang putih

Sedikit halia

Sedikit Kunyit hidup

1 batang serai

10 tangkai cili kering (mengikut tahap kepedasan yang diingini)

2 sudu besar sos cili

Garam secukup rasa

Gula pasir secukup rasa

Aji (penambah rasa)

Cara Memasak :

  1. Mulakan dengan menggoreng ayam. (ketepikan ayam telah digoreng)
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, kemudian tumis rempah 3 sekawan,
  3. Seterusnya, masukkan bahan yang telah dikisar, termasuk bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup. Tumiskan hingga kekuningan.
  4. Kemudian masukkan cili kisar, sos cili biarkan hingga garing dan pecah minyak.
  5. Masukkan ayam goreng, garam, serbuk perasa, bawang merah biarkan sehingga semua bahan masak dan wangi.
  6. Siap! Bolehlah hidangkan untuk berbuka hari ini.

 

Menarik Disini : Asam Pedas Ikan Kembung, Kuah Pekat, Cukup Rasa, Nah Ini Resipinya

Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.

Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.

“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.

 

 

Published by
Norhayati Suboh