SAMBAL BELACAN Sedap Warna Menarik, Belacan & Asam Jawa Jangan Kedekut!

Share

Ada pelbagai resipi sambal belacan yang mak-mak boleh cuba.Jumlah bilangan cili padi, cili merah, belacan dan asam jawa yang digunakan memang memainkan peranan untuk menghasilkan sambal belacan yang sedap serta warnya menarik.

Boleh cuba resipi mudah sambal belacan sedap yang dikongsikan oleh Bulan Indah ini sebagai rujukan;

Dekat umah menu wajib ada siang atau pon malam. Warna sambal belacan ikot pada kuantiti cili,lebih cili kecik hijau lain warnanya,lebih cili merah besar jugak lain warnanya.

Dan warna sambal belacan tumbuk ni jugak ikot jenis belacan. Kalau kat Kedah ni banyak jenis belacan serta warnanya. Pilihan saya belacan keluaran Tanjong Dawai

laa. Saya tak suka belacan bakar,saya lebih suka dia ori.

Sini saya sertakan video cara tumbuk nak kasar boleh nak halus pon boleh..ikut semampu mana larat menumbuknya.

Bahan-Bahan:

Cili Padi (ikut kepedasan)
2 biji Cili padi Merah (Besar)
6,7 Biji Cili padi Hijau
1/2 sudu teh garam
Belacan
Asam Jawa
Sedikit Air

Cabai ikot kuantiti nak banyak mana. Nak pedas boleh lebihkan cili hijau kecik, cili padi lagi aummmmm, nak kurangkan pedas lebihkan cili merah besar tu. Garam secukup rasa..setengah sudu teh cukup, cili hijau 6,7 biji dan cili besar 2 biji saiz sedang ja. Ini penting kalau nak sambil nampak menarik atau kaw!.

Belacan dan asam jawa jangan kedekut. Belacan saya lebihkan dari ibu jari saya.. belacan lebih nanti jadi macam sambal saya tu.

Cara Membuat:

Satukan semua dan tumbuk. Nak mesin pon boleh,tapi kejap jaa tak best kalau halus sangat. Air pon agak-agak ja masa nak mesin tu,cair sangat pun tak best.Jangan risau tak sakit perut pun.

Ok selamat mencuba. Warisan dari ibunda.

Mesti Baca:Resipi SAMBAL BELACAN KELANTAN, 2 Minggu Tahan Tak Letak Peti Ais!
Baca Lagi Di Sini:Wanita Ini Kongsi Resipi Nostalgia Sambal Belacan Cili Kering Sedap
Artikel Menarik:Resipi Sambal Tumbuk Cili Hijau, Menu Simple Tapi Sedap Makan Dengan Nasi Panas!

Mingguan Wanita: Macam ni rupanya nak buat sambal belacan yang mudah dan rasanya sedap. Tak perlu perah limau pun, bahan-bahan pun tak banyak.

Sumber: Bulan Indah

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab