Sambal belacan memang sedap dicicah dengan ulam-ulaman atau ikan goreng. Ada macam-macam resipi dan cara nak buat sambal belacan. Salah satu cara nak buat sambal belacan yang sedap dan mudah seperti yang dikongsikan oleh Instafamous Masakan Yatie Kitchen ini. Bahan-bahannya tak banyak dan caranya pun tak rumit. Salah satu tipsnya, menggunakan air perahan limau kasturi dan hirisan kulit limau hanya perlu digaul dan tak perlu ditumbuk.
Mempunyai lebih 500 ribu followers di Instagram, Yatie Kitchen kerap memuat naik dan berkongsi pelbagai jenis resipi, tip-tip serta hasil masakan didalam postingnya. Malah ramai selebriti pernah merasa air tangan Yatie Kitchen ini, seperti Anzalna Nasir, Shiela Rusly, Ozlyn, Dato’ Seri Siti Nurhaliza dan sebagainya.
Cili Merah
Cili Padi
4 biji air perahan Limau Kasturi
Belacan
1 sudu kecil Asam Jawa
Garam
Mushroom Seasoning
Hirisan kulit limau
1. Tumbuk cili merah, cili padi dan belacan dalam lesung batu, sampai lumat.
2. Masukkan pes asam jawa.
3. Masukkan pula garam dan mushroom seasoning.Jika tiada mushroom seasoning boleh gantikan dengan secukup rasa.
4. Masukkan air perahan limau.
5. Tumbuk sebati kesemua bahan-bahan dan masukkan pula hirisan kulit limau dan gaul (tak perlu tumbuk).
Siap!
MW: Semoga perkongsian resipi ini bermanfaat. Mak-mak bolehlah cuba kelainan buat sambal belacan menggunakan resipi Yatie Kitchen ini.
Sumber: Yatie Kitchen