Sambal Belacan Mak Ajar Lagi Sedap Goreng Dulu, Tahan Lebih Lama

Share

Ada macam-macam jenis sambal belacan yang ada.Namun yang paling penting rasa mestilah sedap secukup rasa, makan tak sakit perut sebab cili mentah dan paling penting ia mampu bertahan lama.

Bagi penggemar sambal belacan dan setiap kali makan mesti nak ada sambal, elok cuba resipi yang dikongsikan oleh Afni Abdurahar ini.

Menurut wanita ini, sambal belacan ini dipelajari daripada maknya, malah lagi sedap digoreng dulu dan sambal tahan lebih lama. Jadi bolehlah buat stok banyak-banyak dan boleh makan bila-bila masa.

Berikut perkongsian tersebut;

“Dari zaman bujang sampai anak dah 3 masih setia dengan sambal belacan ni…memang terbaik la sambal mak ajar ni”

Bahan-Bahan:

Tomato
cili api
lada merah
belacan (Belacan agak-agak je jangan banyak sangat nanti rasa belacan lebih pulak)

Cara Membuat:

1. Basuh bahan-bahan tersebut dan toskan.
2. Goreng bahan-bahan tersebut secara berasingan. Goreng tomato dulu, kemudian lada merah, cili padi dan akhir sekali baru goreng belacan.

3. Dah goreng semua blend jadi gini letak minyak sikit (blend kejap je tau hanya untuk bagi bahan-bahan pecah macma dalam gambar tu).

4.Tumis balik bahan yang dah di blend tadi (guna minyak yang sama waktu menggoreng bahan-bahan).
5. Perasakan garam gula…saya tambah cili dan tomato (buang tengah) masukkan sekali dengan sambal tumis tadi..rasa da okay boleh matikan api.

6.Siap! makan dengan nasi panas-panas boleh bertambah tambah nasi tau.

Selamat Mencuba!

MW: Sedapnya resipi sambal belacan ni. Makan dengan nasi panas, ikan goreng dan ulam memang boleh bertambah-tambah.

Sumber: Afni Abdurahar

Published by
Suhaidah Abd Wahab