Orang cakap, kalau tak ada sambal belacan dalam mana-mana hidangan memang tak sah. Inilah penambah selera sampaikan dua tiga kali tambah nasi pun tak sedar. Lauk ikan bakar dengan sambal belacan dan ulam pun dah cukup kan. Kecur mulut la pulak.

Tapi, tak semua orang dapat buat sambal belacan yang sedap. Itu pun ikut citarasa masing-masing la. Kali ini, Leya Aalieya, berkongsi cara nak buat sambal belacan dengan menggunakan belimbing buluh. Mana-mana yang ada pokok belimbing buluh, boleh la cuba buat sambal belacan ini.

“Baru saya tau..rupanya belimbing buluh ni sedap buat sambal belacan, walaupun pertama kali buat.

Resipi Sambal Belacan Belimbing Buluh

Bahan-bahan:

Belacan papar ( besar ibu jari )
4/5 biji belimbing buluh Lada padi 10 tangkai
2 tangkai lada besar
1 biji tomato
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 genggam udang kering
Garam ( secukup rasa )
Gula ( secukup rasa )
Ajinomoto @ pati ayam
3 sudu makan minyak ( untuk menumis )

IKLAN

Cara Membuat:

1. Blend semua bahan di atas bersama sedikit air, panaskan kuali bersama minyak dan tumis bahan yang sudah di blend tadi.
2.Masukan garam, gula dan perisa secukup rasa
3. Bila dah kering pekat tutup api dan siap untuk di hidangkan bersama nasi panas serta ulam ulaman dan lauk pauk kegemaran

Sambal Belacan Belimbing Buluh. Sedap Rupanya, Boleh Cuba!

IKLAN

Sambal Belacan Belimbing Buluh. Sedap Rupanya, Boleh Cuba!

IKLAN

Selamat mencuba!

MW: Bolehlah cuba buat untuk hidangan tengah hari nanti ye.

Resipi: Leya Aalieya

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI