Sambal Ala Balado Padu Sangat Rasanya, Buat Stok Boleh Tahan 2 Minggu!

Share

Sambal Belado cukup popular di Indonesia.Bagi peminat sambal dan suka makan pedas-pedas, boleh cuba buat Sambal Ala Balado yang sedap ni. Makan dengan ikan dan ayam goreng memang padu sangat rasanya. Buat stok banyak-banyak dalam peti sejuk boleh tahan 2 minggu.

Cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Mazliana Mazlan ini.

Resepi sambal ala balado ini, adik saya dapat dari kawan dia yang berasal dan menetap di Indonesia.

Lepas saya cuba resepi dari Indonesia ini, saya dah tak pernah buat carian resepi lagi di internet untuk sambal balado. Saya dah jumpa resepi yang betul-betul kena dengan lidah. Padu sangat rasa dia, pelbagai guna lagi, memang stok yang tak pernah putus yang perlu ada di rumah saya.

Tumis bawang, kemudian masukkan sambal dan telur, gaul dengan nasi. Siap nasi goreng tak sampai 5 minit.

Tumis bawang holland, masukkan sambal, masuk air dan perasakan dengan garam. Siap untuk digaul dengan ayam atau ikan goreng. Makan dengan sup sayur pun dah tak ingat orang sebelah.

Buat peminat sambal, anda wajib cuba resepi ini tau!

Resepi Sambal Balado Ala Indonesia

(Kuantiti yang saya tulis hanya sebagai guideline sahaja. Boleh ubah ikut tahap kepedasan yang diingini. Saya banyak kali cuba olah bawang lebih, sambal lebih, tomato lebih, akhirnya saya suka dengan kuantiti yang ini.)

Bahan-Bahan :

1 biji bawang besar
1 biji tomato
3 ulas bawang putih
3 biji cili merah
3 genggam cili padi (campur merah dan hijau ikut tahap kepedasan masing-masing)
2 inci belacan
2 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Minyak

Ini bahan-bahannya. Saya kehabisan bawang besar yang betul-betul besar, jadi saya masukkan 3 biji bawang besar yang bersaiz agak kecil.

Siapa yang suka pedas meletop, boleh lebihkan cili padi merah.

Cara penyediaan boleh lihat di gambar ya.

1.Kalau rajin, boleh tumbuk bahan-bahan ini.Cara saya yang kurang sikit rajinnya dan nak cepat, saya masukkan semua dalam food processor. Jangan letak air langsung ye.

Kalau guna blender biasa pun boleh, letak air sikit je okay.

2.Kisar jangan lumat sangat, biar nampak ada serdak-serdak cili gitu.

3.Panaskan minyak, agak-agak je. Saya guna minyak masak lebihan goreng ikan bilis masa buat sambal tempoyak haritu. Sekali harung buat stok semua bahan.

4.Masukkan dalam kuali. Masak sampai agak kering airnya untuk tahan lama, biar betul-betul kering.

5.Masukkan gula dalam 2 sudu. Saya guna organic raw cane sugar.

6.Masukkan garam Himalaya secukup rasa. Apa-apa garam pun boleh.

7.Siap! Boleh simpan dalam bekas dan masukkan dalam chiller. Tak perlu sejuk beku, boleh tahan dalam 2 minggu.

8.Ini haaaa salah satu menunya. Pecal lele gitu. Padu betul rasa dia.

Selamat mencuba!

Baca Lagi Di Sini:

Beli Banyak Tomato, Masak SAMBAL PENYET Buat Stok Dalam Peti!

Resipi Telur Mata Sambal Hijau, Makan Confirm Ngencess Sekali!

SAMBAL GESEK Penambah Selera, Tumbuk Separuh Hancur Tak Perlu Dimasak!

MW: Bagi peminat sambal dan suka makan pedas-pedas, kena cuba resipi Sambal Ala Balado ini. Buat stok banyak-banyak, bila nak makan tinggal ambil je dalam peti sejuk. Jadikan pes untuk nasi goreng pun boleh sangat.

Sumber: Mazliana Mazlan

Published by
Suhaidah Abd Wahab