Sama Tapi Tak Serupa “Memang Susah Nak Bezakan Serangan Sakit Jantung VS Serangan Panik”

Share

Sama tapi tak serupa, “Memang susah nak bezakan serangan sakit jantung vs serangan panik”. Begitulah perkongsian yang dinyatakan oleh Pakar Kardiologi, Pantai Hospital Kuala Lumpur, Dr. Muhammad Imran Abdul Hafidz.

Malah Dr Imran juga menjelaskan setiap pesakit adalah berlainan dek kerana itu juga kadang-kadang susah untuk membezakan antara serangan sakit jantung dan serangan panik.

Sama Tapi Tak Serupa

Untuk pengetahuan, serangan jantung merupakan tanda-tanda awal bagi seseorang itu disahkan menghidap penyakit jantung dengan rasa sakit di dada seperti dihimpit sesuatu dan berkemungkinan akan sukar bernafas, loya serta pening kepala.

Hakikatnya serangan jantung atau penyakit kardiovaskular boleh berlaku sekiranya individu tidak mengambil berat kesihatan termasuk menjalani pemeriksaan secara berkala.

Menerusi perkongsian di akaun Facebook miliknya, Dr Imran berkongsi bagaimana untuk mengenalpasti perbezaan antara pesakit yang mengalami serangan jantung dan juga serangan panik.

SERANGAN JANTUNG VS SERANGAN PANIK?

1) Tempoh masa simptom

Serangan sakit jantung – lama, biasanya >30 minit

Serangan panik – sekejap

2) Sakit dada

Serangan sakit jantung – dada berat, seperti ditekan

Serangan panik – pun boleh berat

3) Sakit di tempat lain?

Serangan sakit jantung – boleh dirasai di leher, belakang, bahu/lengan kiri

Serangan panik – biasanya di dada saja.

4) Kebas?

Serangan sakit jantung – jarang

Serangan panik – boleh kebas/semut2 di sekeliling mulut, jari, kaki.

5) Kesukaran bernafas?

Serangan sakit jantung – ada, macam tak cukup nafas, tak puas tarik nafas

Serangan panik – pun ada, pernafasan laju

6) Senaman atau aktiviti berat

Serangan sakit jantung – akan bertambah teruk

Serangan panik – simptom biasanya akan kurang

“Semua pesakit adalah berlainan, jadi kadang-kadang memang susah saya nak bezakan serangan sakit jantung vs serangan panik.

“Ujian yang basic seperti ECG atau stress test (treadmill) biasanya akan membantu.

“Sekiranya stress test dan ECG itu normal, biasanya saya akan menasihati yang simptom-simptom itu besar kemungkinan, bukan dari masalah jantung,” terang Dr Imran yang penuh dengan info terbaik.

 

Baca Disini : Gara-Gara Kafein, Meninggal Kerana Kegagalan Jantung, Ambillah Berpada-Pada Buat Peminum Tegar!

‘Takut Tak Sempat..’ Mualaf Diuji Jantung Bengkak, Tak Mampu Bayar Rawatan

Mingguan Wanita: Jagalah kesihatan ya, semoga Allah kurniakan setiap dari kita kesihatan yang baik. 

Sumber  :  Facebook Dr. Muhammad Imran

Sumber Foto : Canva 

**PROMOSI: Jom daftar sekarang!!! KELAS JAHITAN KREATIF
Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

Published by
Norhayati Suboh