Cukup sayu di wajah Ahli Parlimen Simpang Renggam, YB Dr. Maszlee bin Malik apabila Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan, berkuatkuasa mulai 27 Mac 2020 hingga 9 April 2020.

Menerusi status yang dikongsi di status Facebook Dr. Maszlee, beliau merayu agar penduduk di kedua-dua kampung itu berada dalam keadaan tenang.

“Sama-Sama Kita Mengangkat Doa Agar Terus Kuat & Tabah Melalui Ujian Besar Ini” Dr. Maszlee Malik  
Foto: Sumber Facebook Dr. Maszlee Malik

“Dalam waktu kritikal sebegini, saya mohon agar penduduk di Kg Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Ibrahim Majid untuk berada dalam keadaan tenang dan tidak panik.

“Kita patuhi arahan pihak berkuasa dan kekal berada dalam rumah.

“Makanan dan bantuan lain akan terus disalurkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pejabat Parlimen Simpang Renggam sendiri.

IKLAN

“Sama-sama kita mengangkat doa agar kita terus kuat dan tabah melalui ujian besar ini.

#SimpangRenggamdihatiku.”

“Sama-Sama Kita Mengangkat Doa Agar Terus Kuat & Tabah Melalui Ujian Besar Ini” Dr. Maszlee Malik  

IKLAN

Tabung Derma Kilat Simpang Renggam

Dr. Maszlee juga turut berkongsi Pejabat Parlimen Simpang Renggam dengan kerjasama NGO Merdeka! telah melancarkan Tabung Derma Kilat Simpang Renggam.

“Ia dibuka bagi membolehkan orang ramai membantu penduduk Kg Dato’ Ibrahim Majid & Bandar Baharu Ibrahim Majid di Simpang Renggam sepanjang tempoh PKPD. Kepada yang ingin menderma, boleh ke akaun CIMB, Persatuan Perniagaan Ekonomi Merdeka: 8010159117.

IKLAN

“Terima kasih sangat-sangat saya ucapkan kepada semua yang prihatin dan mahu sama-sama meringankan beban penduduk Simpang Renggam.

“Jasa anda, hanya Tuhan yang bisa membalasnya. Teruslah berdoa agar keadaan ini segera pulih.

#pray4simpangrenggam .”

Kekal Berada Dalam Rumah

Sejurus selepas diumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di kawasan Simpang Renggam, Dr. Maszlee telah mengeluarkan kenyataan akhbar dan memohon rakyat Malaysia agar mendoakan kesejahteraan dan keselamatan penduduk di kawasan tersebut.  Kenyataan dibawah sempat juga turut dikongsikan di status facebook milik beliau;

  1. Berhubung kenyataan terbaru daripada YB Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan, berkuatkuasa, 27 Mac 2020 hingga 9 April 2020.
  2. Juga dimaklumkan Jabatan Kebajikan Masyarakat akan membekalkan makanan asas yang mencukupi kepada penduduk di 2 tempat terbabit sepanjang tempoh ini.
  3. Oleh yang demikian saya memohon semua penduduk bertenang dan mengikuti arahan pihak berkuasa untuk perlu kekal berada dalam rumah.
  4. Pihak Pejabat Parlimen Simpang Renggam juga akan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa untuk memastikan penularan wabak ini berjaya dikekang sepenuhnya.
  5. Di pihak Pejabat Parlimen, kami akan sentiasa memaklumkan dan mengemaskini info serta bantuan yang boleh disalurkan. Hubungi talian Pejabat Parlimen Simpang Renggam ini (Whatsapp sahaja) untuk sebarang aduan atau info: 010-235 0151.
  6. Saya mohon rakyat Malaysia untuk mendoakan kesejahteraan dan keselamatan seluruh penduduk Simpang Renggam dan para petugas dalam mengharungi masa-masa yang sukar ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI