Meniti kehidupan rumah tangga bahagia itu impian setiap pasangan. Berapa ramai yang amalkan saling memuji pasangan. Pasangan lama ini, sudah berpuluh tahun berkahwin. Namun, ada satu hal yang pasangan lama ini sering lakukan.
Itulah yang mengutuhkan keharmonian hidup berumah tangga. Benarlah, untuk mengecap bahagia dalam perkahwinan itu kedua-dua pihak perlu saling memainkan peranan.
Sebagaimana yang dikongsikan oleh Sariah Suhailah ini akan kisah kawan ayah mentuanya. Walau sudah bertahun hidup bersama, masing-masing tak lokek memuji pasangan masing-masing.
Saling Memuji Pasangan Walaupun Di Depan Orang Lain
Saya ada kenal dengan beberapa pasangan kawan abah (ayah mertua). Mereka ni kalau berkunjung, memang meriah. Saya suka tengok cara mereka.
Mereka hidup bersama berpuluh tahun. Ada yang anak-anak dah berkahwin, dah punya cucu, dan pastinya mereka dah lalui pelbagai asam garam kehidupan.
Satu perkara yang saya lihat sama antara beberapa pasangan ni ialah, mereka saling memuji pasangan mereka di depan orang lain.
Contohnya macam ni. Katalah kita tengah bincang bab pokok.
“Pokok tu susah jugak nak hidup kan?”
“Haa, yang tu kena tanya Makcik. Makcik memang pandai bab tanam pokok. Yang dia tanam semua elok.”
Ads
Dan Makciknya menjawab dengan rendah diri, “Ish, ade jugak tak menjadi.”
Atau pun kalau bincang bab masakan.
“Saya masak tak berapa jadilah.”
“Haa, nak masak tu tanya Makcik, dia buat jadi. Sedap.”
Atau bincang bab baiki rumah.
“Cuba tanya Pakcik. Setakat ni, kalau rosak-rosak kat rumah tu dia baiki sendiri. Menjadi tangan dia.”
Bila anak nak masuk darjah 1 tahun 2020 ini, mak ayah jangan kalut ya. Persediaan awal boleh mak ayah buat ikut panduan yang Cikgu Mohd Fadli Salleh kongsikan ini.
Selain anak dah kena kenal huruf, penting juga untuk anak tahu macam mana nak guna wang. Mudahlah nanti bila mak ayah dah tak teman di kantin sekolah. Persiapan lainnya, bolehlah mak ayah hadamkan faktanya.
Ada Anak Darjah 1 tahun 2020? Ini Persiapan Sebagai Ibu Bapa
1) Pastikan anak kenal huruf dan boleh membaca dan mengeja walau sedikit. Operasi asas nombor, tambah dan tolak bawah 10 dia dah kuasai.
Silibus KSSR Semakan 2017 sangat tinggi arasnya. Murid yang masuk dengan ‘zero’, pasti ketinggalan jauh ke belakang. Silap-silap akan masuk kelas pemulihan.
Bahasa Malaysia tahun 1 silibus baru ini murid dah kena pandai bina ayat berdasarkan gambar menjelang pertengahan tahun.
Matematik pula dah diperkenalkan asas bundar, asas pecahan malah pengurusan data. Ini semua topik di Tahun 4 kalau ikut silibus lama, KBSR. KSSR ni lain macam dia punya pergi.
Bayangkan kalau anak kita masuk dengan ‘zero’. Pasti tertinggal kerana cikgu tak akan tunggu anak kita seorang.
2) Bimbing anak di rumah. Ini sangat penting. Berhenti merungut kata silibus tinggi dan soalan terlampau KBAT.
Anak walau ada asas membaca dan tahu operasi asas nombor pasti ketinggalan juga jika tiada bimbingan lanjut di rumah.
Silibus berat, masa singkat. Namun sebenarnya anak-anak kita boleh kuasai. Majoriti murid mampu ikut dengan baik.
Kebanyakan murid yang tertinggal adalah yang tidak diberi bimbingan lanjut di rumah.
Nak anak berjaya? Bantu mereka. Jangan harap ilmu di sekolah dan guru semata-mata.
.
Penting Ajar Anak Darjah 1 Guna Wang
3) Ajar anak kenali wang. Ya, ajar anak guna wang. Ajar anak tunggu terima baki. Dan ajar anak jangan bagi wang jika murid lain minta. Ajar anak maklumkan pada cikgu kalau murid lain minta wang dari mereka.
Semua asas ini perlu diajar dari rumah lagi. Cikgu tak mampu nak ajar beratus murid cara guna wang dan cara jaga duit poket mereka.
Fakta : Ramai murid tahun 1 tidak tahu guna wang.
4) Ajar anak guna tandas awam/sekolah. Jangan buat macam di rumah. Ajar anak minta izin untuk ke tandas.
Fakta : Ada murid buka seluar dalam kelas dan berlari bogel menuju ke tandas tanpa rasa malu. Ada pula buka seluar di luar pintu tandas dan seluar basah kuyup kena air kat lantai dan kotor dipijak kawan yang lalu lalang.
5) Jangan takutkan murid dengan bagitahu mereka cikgu garang. JANGAN!
Ramai ibu bapa takutkan anak mereka dengan ayat,
“Abang jangan nakal-nakal. Nanti cikgu rotan.”
Akibatnya, murid takut nak minta izin ke tandas.
Fakta : Kebanyakan murid yang kencing berak dalam seluar kerana takut untuk minta izin sebab dimomokkan oleh ibu bapa mereka bahawa cikgu garang.
6) Ajar anak berkongsi dan menjaga barang sendiri.
Bekal makanan buatlah lebih. Suruh anak berkongsi dengan murid lain. Ini amalan mulia.
Begitu juga pensel, pemadam dan alat tulis. Berkongsi, tapi sila pastikan mereka ambil dan simpan semula.
Fakta : Ramai murid tidak pandai jaga harta sendiri. Hasilnya, di kantin lambakan botol air dan bekal makanan yang murid tinggal. Dalam kelas, lambakan alat tulis yang jatuh tidak dikutip, buku ditinggalkan di bawah meja.
Elakkan Kasut Bertali
7) Jangan bagi murid pakai kasut bertali jika mereka tak pandai ikat. Ajar juga anak buka dan pasang tali pinggang.
Ramai murid tahun 1 pakai tali pinggang buat kali pertama bila menjejak kaki di sekolah. Mak ayah yang pakaikan di rumah.
Fakta : Ramai murid terkencing dan terberak dalam seluar gara-gara tak pandai buka tali pinggang.
8. Ajar anak susun jadual ikut hari. Jangan bawa semua buku. Bawa buku mengikut jadual sahaja. Baru beg tak berat.
Ajar ayah dia sekali susun jadual anak. Ini pun penting!
Fakta : Biasa murid bawa buku ikut jadual dan beg tak berat. Suatu hari semua buku murid itu bawa. Rupanya ibu dia ‘out station’ dan ayah tukang susun buku.
Semua buku ayah dia sumbat. Banana punya ayah. Kesian kat anak.
Syarat Ada Group Wasap Kelas
9) Jika ada group wasap kelas, jangan wasap tengah-tengah malam buta dan mengharap balasan segera. Cikgu bukan kedai 7-Eleven yang setiap masa tunggu nak reply mesej anda.
Hormati group wasap tersebut. Jangan post status politik, jangan spam dengan nasihat, kata-kata hikmah, perkongsian cerita menarik atau apa jua. Cukuplah group itu untuk maklumat anak dan kelas.
Nak sangat post isu semasa, hadis, kata nasihat, mutiara kata, mutiara naga, kau buka group wasap lain dan add lah semua parent. Post lah semua benda sesuka hati kamu.
Paling penting, jangan promote barang anda berniaga dalam group tu. Menyampah dan mengganggu tahu tak?
10) Tampal no telefon ibubapa pada bekas pensel, buku komunikasi dan beg sekolah anak. Mana tahu ada kecemasan, anak terberak dalam kelas, anak jatuh terluka, anak demam dan sakit tiba-tiba, senang cikgu nak hubungi.
11) Usah lagi diratib tentang sukarnya silibus baru dan payahnya soalan KBAT.
BERHENTI MERUNGUT!
Sebaliknya bertindaklah. Merungut tidak mampu mengubah apa-apa. Orang lain yang bertindak anak mereka dah maju ke depan.
Kita yang sering merungut di hadapan anak tentang sukarnya silibus sehingga anak pun set dalam kepala ‘payahnya belajar’.
Oh ya, kau yang ada tips penting silalah kongsi diruangan komen. Nanti kawan-kawan boleh pakat baca.
Rezeki memang di tangan Tuhan. Namun sebagai manusia, mak ayah boleh melakukan perkara-perkara yang digalakkan dalam Islam untuk murah rezeki.
Oleh itu, kalau nak murah rezeki, kena buat perkara ini. Tapi mak ayah perlu ingat rezeki bukanlah soal duit semata-mata. Dikurniakan anak yang ramai dan kesihatan yang baik juga adalah rezeki.
Ikuti perkongsian Ustaz Firdaus Mokhtar ini dan fahami sebaiknya:
Nak Murah Rezeki, Kena Buat Perkara Ini!
Suami isteri nak murah rezeki, ini kena buat selalu.
1. Makan sama-sama. Ini yang kita kena buat selalu. Lagi-lagi pasangan yang suami isteri bekerja. Masa yang ada cuma masa balik daripada kerja dan dua-dua sudah penat.
Balik dengan emosi. Balik dengan masalah tempat kerja dan kerja yang tidak selesai. Apa pun berlaku, cari masa untuk makan bersama. Walau pun cuma makan biskut kering bersama. Huhu.
Kalau tak larat nak masak lepas balik kerja, ajaklah pasangan keluar makan di luar. Itu pun dah ada waktu makan bersama.
Layan Anak Sebaiknya
2. Layani anak-anak dengan penuh kemesraan. Bila dah ramai anak, biasalah ragam mereka juga berbagai-bagai. Seorang macam ini, seorang macam itu.
Yang pertama ajak main, yang kedua ajak makan, yang paling kecil ajak tidur. Serentak semuanya. Kahkah.
Ini normal. Santuni anak-anak elok-elok. Banyakkan bercakap dengan mereka. Bagi logik supaya mereka belajar untuk berfikir.
“Adik tu sudah lama jaga, lama juga dia main tadi. Adik dah penat tu bagi ayah tidurkan adik dulu ya. Abang Ngah baru bangun tidur ada tenaga banyak lagi.
Pergi tolong mak sekejap. Adik tidur nanti ayah tolong abang Ngah buat kerja tu.”
Kena sangat-sangat sabar. Mereka tak tahu apa lagi.
3. Beri panggilan yang baik untuk suami dan isteri. Dalam situasi apa sekali pun, tenang atau pun konflik. Kemesraan panggilan kena kekalkan.
Dan bila isteri panggil, suami jawablah elok-elok. Pandang muka isteri dan senyum. Hah, begitu.
4. Beri isteri duit belanja sekali pun isteri ada pekerjaan dan ada gaji sendiri. Benar zaman ini zaman suami isteri bekerja. Suami ada pendapatan, isteri juga sama. Banyak juga berlaku gaji isteri lebih besar. Tak kesah hal itu, ambil berkat beri isteri sedikit duit belanja. Sekali pun cuma RM10.
Yang isteri bila dapat duit daripada suami ucapkan terima kasih. Ambil cara elok dan senyum juga. Iya sama, sekali pun cuma RM10. Huhu.
5. Selalu tenangkan hati pasangan ketika resah. Seorang suami pasti faham dan tahu emosi isteri yang sedang resah. Begitu juga bagi seorang isteri.
Rupa kerut dahi yang mencantumkan kening suami itu pasti dia tahu sebab apa. Punyalah hebatisteri ini. Maka, tenangkan. Ajak bersembang dan mungkin berjalan.
Kalian, semua ini adalah perkara yang merapatkan lagi kasih sayang antara suami isteri.
Tapi Ingat Rezeki Bukanlah Duit Semata
Dan memang itulah rahsianya. Kalau kalian nak rumah tangga kalian murah rezeki, kena tingkatkan kasih sayang antara tonggak utama rumah tangga itu.
Suami dan isteri kena sangat menzahirkan kasih sayang. Maka dengan itu rezeki akan datang sebanyak-banyaknya.
Namun ingat juga ya, rezeki bukan soal duit semata-mata. Anak yang baik, mertua yang memahami, jiran yang selalu membantu, kereta yang tak pernah rosak, dapat solat jemaah sama-sama, makan yang tak pernah putus dan paling tidak masih dapat melihat suami dan isteri itu hidup bersama juga adalah rezeki.
Sekian. Firdaus Mokhtar, Begitulah.
MW: Rezeki itu luas, bersyukurlah dengan setiap rezeki yang Allah kurniakan kepada mak, ayah. Insyallah rumah tangga akan bertambah bahagia.
Selalu diperkatakan dan ingat, orang perempuan ini rasa dirinya betul. Kadang-kadang, apa yang dibuat tanpa sedar hingga boleh meninmbulkan orang lain terasa hati.
Begitu juga apabilka sudah berkahwin, perangai yang kita rasa betul itu, tanpa sedar boleh membuatkan pasangan kecil hati.
Tak dinafikan, dalam rumahtangga pasti ada pasang surutnya dan tidak selalu indah. Tapi kerana ini jugalah membuatkan pasangan semakin berkasih sayang dan mula melengkapi antara satu sama lain.
Namun, kena ingat, jangan terlaliu mencari kesalahan suami sampai isteri sendiri tanpa sedar turut melakukan kesalahan secara tak sengaja.
Apa yang penting, isteri kena perhatikan ada 3 perkara yang membuatkan kita tanpa sedar terbuat sesuatu yang boleh mengeruhkan keadaan dan lebih teruk, mengecilkan hati suami. Kena ingat ye!
Selalu diperkatakan dan ingat, orang perempuan ini rasa dirinya betul. Kadang-kadang, apa yang dibuat tanpa sedar hingga boleh meninmbulkan orang lain terasa hati.
There’s no such thing as a perfect marriage!
.
Walau macam mana aman damai pun perkahwinan tu, percaya lah setiap pasangan has struggles kerana tak seorang pun perfect dan setiap orang pasti akan melakukan kesalahan.
Kali ni saya kongsikan 3 kesilapan yang saya selalu buat tanpa sedar, sampai kadang-kadang mengeruhkan hubungan dengan suami.
Our marriage isn’t perfect either, but we are always looking for ways to love each other better.
Satu benda yang kitorang selalu audit dalam perkahwinan ialah acknowledging the mistakes we do dan berusaha untuk tidak mengulanginya pada masa akan datang.
Saling menegur, menyokong dan saling percaya untuk bekerjasama towards a stronger marriage. Insya Allah.
Jadi, 3 kesilapan dalam perkahwinan yang saya selalu TERRRbuat ialah:
1. SELALU MERASAKAN SUAMI BOLEH “BACA” APA YANG ISTERI FIKIR / RASA
Bila dah lama kahwin, kadang-kadang kita rasa dah cukup kenal satu sama lain. Kita rasa suami patut dah tahu apa kita nak, apa yang kita rasa, tanpa perlu beritahu dia.
Kau gila apa?
Ingat laki kau tok bomoh siam yang tahu luar dalam?
The thing is, your spouse is not a mind-reader, and SO ARE YOU.
Jadi, kita kena sentiasa berkomunikasi tentang our concerns, desires, wishes, and expectations CLEARLY.
Sudah-sudahlah menyusahkan orang nak kena berteka teki dengan perasaan kau.
2. BILA ADA SALAH FAHAM / BERBEZA PENDAPAT, SELALU NAK MENANGKAN DIRI SENDIRI.
Sedangkan dalam perkahwinan, suami isteri adalah SATU TEAM. Patutnya sama-sama menang dan sama-sama kalah.
Bergaduh, bertekak, berselisih faham suami isteri tu normal. Tapi yang tak normal ialah bergaduh sebab nak vent out anger and frustrations toward each other. Bertekak sebab nak prove siapa betul siapa salah dan siapa menang siapa kalah.
Bukan ke suami isteri itu dalam SATU TEAM?
3. SELALU FIKIR ANAK, SEBELUM FIKIR SUAMI.
Kita selalu fikir suami last sekali betul tak?
Sebab kita rasa suami dah besar boleh urus makan pakai keperluan diri semua sendiri.
Padahal Islam pun ajar kita utamakan kebajikan pasangan sebelum anak.
It’s not “happy wife, happy life”. It is actually “happy spouse, happy house!” Husbands need to be happy too!
Semoga bermanfaat!
Mingguan Wanita : Moga ia memberi manfaat buat isteri di luar sana. Paling penting, jangan dahulukan anak sampai suami rasa terabai.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.