Sesungguhnya jodoh itu ketentuan tuhan. Penyanyi yang cukup popular dengan lagu ‘Gelombang’, Salamiah Hassan akhirnya kembali bergelar isteri pada usia 71 Tahun, selepas 35 tahun hidup sendiri.
Atilia Haron berkongsi berita gembira ibunya, penyanyi veteran popular, Salamiah Hassan selamat bernikah dengan jejaka berasal dari Liverpool yang menetap di Australia, iaitu Gerry Hughes.
Atilia berkata, Salamiah, 71, dan Hughes, 68, dinikahkan dalam majlis sederhana di Burnie, Tasmania, kira-kira jam 9 pagi tadi.
“Alhamdulillah, mama selamat bernikah, pagi tadi. Perasaan saya berbaur, dalam gembira, saya sedih sebab Mama akan berpindah ke Australia.
“Arwah bapa saya pula baru meninggal dunia, sebulan lalu. Saya rapat dengan mama, ke mana pun kami selalu bersama, apatah lagi, saya anak perempuan tunggal.
“Namun, saya sangat gembira untuk mama. Selama ini, mama berdikari dan saya tidak pernah sangka dia akan berkahwin.
“Malah, sebelum ini, mama beritahu, dia takkan berkahwin kerana gembira hidup seorang dan berjalan dengan kawan-kawan. Bagaimanapun, saya percaya Hughes boleh membahagiakan mama,”
katanya.Atilia turut menyaksikan pernikahan ibunya menerusi panggilan video. Salamiah dan Hughes mula berkenalan sejak kira-kira 15 tahun lalu.
“Mama dan Hughes sudah 15 tahun berkawan. Secara jujurnya, saya dan adik tidak tahu kisah percintaan mereka. Difikirkan, mereka hanya berkawan.
“Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu, mereka kembali berkomunikasi dalam talian. Mama kemudian pergi melawat sepupu saya di Melbourne dan mama berjumpa Hughes.
“Ketika itu, Hughes melamar dan mama terbuka hati kerana merasakan Hughes adalah lelaki yang tepat,” katanya.
Atilia merancang ‘terbang’ ke Australia untuk berjumpa bapa tirinya berikutan mereka belum berkesempatan berkenalan lebih lanjut.
“Saya tidak pernah berjumpa Hughes. Saya sudah memohon visa tapi ditolak sebab saya terlupa hendak sertakan salinan pasport.
“Selepas menjayakan beberapa persembahan sudah ditetapkan, saya akan pergi,” katanya.
Walaupun tidak pernah berjumpa dan hanya berbual menerusi panggilan video, Atilia percaya ibu sudah membuat pilihan tepat.
Malah, Atilia menganggap masanya sesuai untuk ibunya kembali berpasangan selepas 35 tahun hidup sendiri.
“Saya terkejut apabila mama panggil saya dan Shah (adik) masuk bilik untuk beritahu kami, kira-kira tiga bulan lalu. Kami fikirkan mama sakit. Dahulu mama pernah menghidap kanser payudara.
“Rupa-rupanya mama mahu beritahu dia hendak berkahwin. Kami kemudian buat panggilan video kepada Hughes dan beliau meminta izin kami.
“Hughes jejaka baik. Kita boleh rasa bila seseorang itu ikhlas atau tidak. Walaupun kami tidak pernah berjumpa, kita boleh rasa.
“Hughes turut mengucapkan terima kasih kerana menerima dirinya dan beritahu dia sangat mencintai mama,” katanya.
Salamiah pernah mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Raja Haron Raja Aziz dan berpisah pada 1986.Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Atilia dan Raja Ahmad Shah.
Allahyarham Raja Haron meninggal dunia pada 28 Julai lalu akibat masalah jantung.
Mesti Baca:Penyanyi Nora Kembali Bergelar ISTERI, Sifat PRIHATIN Suami Buka Pintu Hati!
Baca Lagi Di Sini:Bertemu Jodoh Usia 48 Tahun, Pelakon Haliza Misbun Akhiri Zaman Anak Dara
Artikel Menarik:Tak Pernah Berkahwin, Wanita Warga Emas Bertemu Jodoh Pada Usia 83 Tahun!
Mingguan Wanita:Ketentuan jodoh itu urusan Allah. Selamat pengantin baru buat Salamiah Hassan dan pasangan, semoga perkahwinan berkekalan hingga ke akhir hayat.
Sumber: Bharian
JANGAN BUANG JEANS BURUK, SERTAI KELAS MENJAHIT BERSAMA KAMI
Jom daftar sekarang!!! KELAS JAHITAN KREATIF
Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery