Salam takziah, pelakon veteran Hisham Ahmad Tajuddin meninggal dunia. Allahyarham Hisham Ahmad Tajuddin yang merupakan pelakon drama dan filem tanah air sekitar 80-an telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 76 tahun di Hospital Shah Alam pada pukul 4.30 petang akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Berita sedih itu dikongsikan anaknya, Aqeela Mohd Hisham menerusi mesej di aplikasi WhatApps.
Allahyarham sebelum ini dalam keadaan kritikal dan menerima rawatan di hospital itu sejak 29 September lalu.
Beliau adalah pelakon drama dan filem tanah air sekitar 80-an.
Allahyarham yang juga pesara kerajaan banyak menghabiskan waktu berehat di rumah kerana faktor usia dan penjagaan kesihatan kerana menghidap diabetes serta darah tinggi.
Antara karya lakonannya ialah Tsu Feh Sofiah, Guru Yahya, Wira Angkasa, Hanny, Putera, Black Maria, Tanah Kubur dan Tok Ayah.
Baru-baru ini beliau dikejarkan ke hospital selepas paras oksigen dalam badan semakin menurun. Aqeela mendedahkan bapanya tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan sehinggalah mengalami batuk berterusan.
Baca Disini : Usia 79 Tahun, Pelakon Margaret Gan Temui Hidayah Peluk Islam
Pelakon Senior Sinonim Watak Bapa Penyayang ‘Pak Andak’ Kembali Ke Ramahtullah
Mingguan Wanita : Salam takziah kepada keluarga Allahyarham Hisham Ahmad Tajuddin.
Sumber : Sinar Harian
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN MW & EPAL
Jom daftar sekarang!!! KELAS JAHITAN KREATIF
Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery