Sebaknya baca catatan Norman Hakim dari Mekah untuk anak Abby Abadi dan Muhamad Faizal Zakaria, Baby D yang menghembuskan nafas terakhirnya selepas Isyak waktu Mekah.
Dekat dua bulan, Baby D atau nama sebenarnya Muhammad Danial Firman Faizal Bin Muhamad Faizal bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi, Hospital Sungai Buloh akhirnya pulang ke kampung akhirat kerana komplikasi hati.
Kongsi Norman,
“Salam Tahajud dari Makkah Baby D sayang..”
Walau papa, mummy, abang-abang dan kakak-kakak semua tak pernah bertentang mata dan tak pernah dapat peluang belai Baby D kecuali abah dengan mama, tapi kami sangat-sangat menyayangi Baby D tau. Hari-hari dengar progress Baby D dari abah dan mama.
Dan sekarang Baby dengan izinNya dah pun ke syurga tinggalkan kami dulu. Antara asbab untuk Baby D bawa abah @jaiezzany dan mama @abby_abadi112 ke syurga jugak nanti.
Semalam rasa macam mimpi bila abah bagitau yang Baby D dah tak ada tinggalkan kami lepas Isyak waktu Makkah.
Hari ni bangkit dari tahajud, pun rasa mimpi jugak tapi bila bukak IG tengok comment dan tengoka ramai yang mendoakan dan sedekahkan Baby D Al-Fatihah memang kenyataan Baby D dah takde, dah tinggalkan kami semua.
In shaa Allah selesai umrah, bila balik Malaysia nanti kitaorang ramai-ramai akan ziarah Baby D kat pusara nanti.
Tunggu kami datang ya sayang. In shaa Allah kita jumpa lagi nanti betul-betul kat syurga (kalau tak jumpa, selain dari abah dan mama, tolong cari kami nanti jugak tau sayang).
AL FATIHAH buat Muhammad Danial Firman Faizal Bin Muhamad Faizal (27/9/19 – 7/11/19).
Terima kasih buat semua sahabat-sahabat yang baik budiman kesayangan Allah SWT dan rasulullah s.a.w di atas ucapan dan doa-doa yang dikirim buat Baby D.
MW : Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Abby Abadi dan Jai Ezzany. Tentunya ada hikmah yang besar di sebalik dugaan ini.
Sumber/Foto : Norman Hakim