Salah Picit Ubat Gigi Pun Gaduh, Awas! Mungkin Pasangan Sedang Sakit

Share

Perkongsian Cik Puan Ammy ini akan bahaya gangguan kejiwaan yang dikenali sebagai ‘narcissistic Personality Disorder’ benar-benar terjadi dalam hubungan suami isteri. Salah satunya seperti yang dinyatakan itulah, salah picit ubat gigi yang boleh buat gaduh.

Baru-baru ini saya terbaca sebuah kisah yang di shared oleh satu page di media sosial yang mana sepasang suami isteri terpaksa kemeja kaunseling. Kerana bergaduh gara-gara cara picit ubat gigi yang salah.”

Si suami amalkan memicit daripada bahagian bawah manakala si isteri akan memicit di mana-mana bahagian asalkan ubat gigi itu keluar. Si isteri menganggap ini adalah pekara kecil. Manakala si suami menganggap ia sebaliknya kerana ianya melibatkan disiplin, sikap, cara pemikiran dan sebagainya.”

Pada mata kasar ianya mungkin adalah pekara biasa hanya satu pertengkaran suami dan isteri. Tetapi sedarkah kita di dalam diri salah seorang itu wujudnya #NARSISTIK!!

Boleh Jadi Orang Yang Anda Kenal

Narsistik atau dikenali sebagai ‘Narcissistic Personality Disorder’ adalah satu gangguan mental atau jiwa yang tidak dapat dikesan dengan mata kasar kerana penghidapnya adalah di kalangan orang-orang yang sihat, mungkin juga ada pada saya, kamu, dia atau sesiapa sahaja yang berada di sekeliling kita.

Dan narsistik adalah keadaan di mana seseorang itu mempunyai keyakinan diri yang melampau, menganggap dirinya jauh lebih bijak dari orang lain. Penghidapnya juga memiliki keinginan yang tinggi untuk dipuji atau dibanggakan, sentiasa menganggap dirinya sebagai orang terpenting dan sentiasa memandang rendah terhadap orang lain.

Narsistik juga sentiasa menganggap setiap keputusan atau pandangannya dalam sesuatu perkara adalah betul dan tepat. Sentiasa memandang rendah terhadap keputusan atau pendapat orang lain sehingga kadangkala akan berlakunya pergaduhan walaupun puncanya daripada perkara yang kecil dan remeh. Bahayanya jika memiliki narsistik di dalam rumah lebih-lebih lagi jika si narsistik itu pasangan kita sendiri.

Namun dibalik keyakinan diri yang begitu tinggi, narsistik akan mula terganggu sekiranya ada yang cuba mengkritik, mempertikaikan atau memperlekehkan setiap pandangan dan pendapat darinya. Ianya sering terjadi d itempat kerja.

Narsistik akan mula menjadikan orang yang mengkritik, mempertikaikan atau memperlekehkan setiap pandangan dan pendapatnya tadi sebagai musuh dan akan sentiasa menganggap mereka sebagai satu ancaman keatasnya sedangkan bagi manusia normal ianya hanya perbincangan di meja mesyuarat dan akan tamat apabila bersurai. Makanya disebabkan itu narsistik tidak pernah kekal disatu tempat kerja dan akan sentiasa bertukar-tukar tempat kerja.

Salah Yang Kecil Isteri, Dilihat Terlalu Besar

Begitu juga jika berlakunya di rumah. Contohnya apabila si isteri tertinggal ‘pampers’. Anak di rumah, si suami pasti akan membebel sepanjang jalan dan jika si isteri menjawab pasti akan berlakunya pergaduhan, sekiranya keadaan tidak terkawal si suami akan mula memukul si isteri dan menggunakan kuasa mutlaknya supaya si isteri diam dan tidak melawan.

Sedangkan bagi kita yang normal ianya adalah satu perkara kecil di mana ‘pampers’ boleh dibeli di mana-mana kedai di sepanjang jalan. Tidak salah rasanya jika si suami membantu si isteri memasukkan barang yang hendak dibawa ke dalam kereta dan saling ingat mengingati satu sama lain bimbang ada barang yang tertinggal sebelum memulakan perjalanan.

Namun malangnya, apabila telah meletakkan dirinya sebagai ‘leader’ dalam keluarga, semua itu diserahkan kepada isteri. Apabila si isteri minta sedikit pertolongan dia akan menjawab,

Itukan kerja awak… Saya penat lah...”
Atau…
Saya penat, nak tidur sekejap. Nanti nak ‘drive’. Dah siap masuk barang, kejutkan saya…”

Ciri-ciri Narsistik

Banyak lagi ciri-ciri narsistik yang boleh kita lihat contohnya,

– Menilai diri sendiri terlalu hebat berbanding orang lain secara berlebihan.
– Melebih-lebihkan pencapaian dan bakat diri walaupun ianya hanyalah perkara yang biasa dan mampu dibuat oleh orang lain.
– Memiliki keinginan yang tinggi untuk selalu dipuji atau dikagumi

sekiranya melakukan sesuatu perkara atau tugasan yang kecil.
– Memanfaatkan orang lain untuk mendapatkan apa yang diinginkan.
– Merasa cemburu terhadap orang lain dan sentiasa merasa diri dicemburui oleh orang lain.
– Tidak mahu mengalah walaupun tahu dirinya yang salah dan sentiasa mahu menang dalam setiap perkara.
– Suka menonjolkan diri atau menyampuk di setiap perbualan orang lain. Lebih banyak menceritakan tentang diri sendiri berbanding mendengar cerita orang lain.
– Sukar untuk menerima pendapat atau pendangan orang lain. Jika ada yang menasihati ianya akan dianggap sebagai satu ancaman kepada dirinya sendiri.
– Suka memberi arahan daripada melakukannya sendiri kerana berasa dirinya itu hebat dan tidak layak melakukan kerja itu. Biasanya ia berlaku di majlis-majlis kenduri kendara. Narsistik akan duduk tempat yang selesa sambil minum kopi dan akan menyuruh orang lain angkat itu dan ini sedangkan itu adalah majlis keluarganya sendiri.

Mengapa Seseorang Menghidap Gangguan Ini

Pembaca boleh google dan ketahui lebih lanjut apa itu narsistik sebelum ianya menular ke dalam diri sendiri tanpa kita sedar.

Tidak kiralah siapa yang mengidapnya ianya harus segera ditangani sebelum menjadi salah satu penyumbang keruntuhan rumah tangga dan pemutus ikatan silaturahim di dalam keluarga kerana gangguan ini mempengaruhi berbagai aspek dalam kehidupan apabila tidak ditangani secara tepat.

Sampai sekarang, punca narsistik ini belum diketahui. Meskipun begitu, kaunseling yang pernah merawat narsistik berpendapat ianya berpunca daripada ibu bapa yang sering melakukan kekerasan ketika menghukum kesalahan si anak, anak yang selalu ditinggalkan, dimanjakan dan sering memuji anak secara berlebihan ataupun yang sering merendah-rendahkan kebolehan anak.

Ibu bapa yang suka membanding-bandingkan kelebihan anak mereka dengan anak orang lain juga boleh menjadi satu sebab lahirnya narsistik di dalam diri si anak kerana menganggap dirinya hebat dan punyai keinginan yang tinggi untuk menjadi ‘leader’ di dalam setiap kumpulan walaupun dirinya tidak layak.

Jadi… Adakah kita si narsistik? Jika ada salah satu daripada di atas, sebelum terlambat… Segeralah berjumpa dengan pihak yang sepatutnya untuk mendapat rawatan. Tetapi jika ada di kalangan ahli keluarga atau sahabat kita punyai ciri-ciri narsistik, kita kena bijak menguruskannya.

Jangan sesekali berterus terang kepadanya tentang masalah yang sedang dia hadapi kerana narsistik tidak akan akui dia sedang diganggu oleh gangguan jiwa. Kelak dia akan menganggap kita sebagai ancaman terhadap dirinya. Sebaliknya cuba terima kelemahan mereka dengan hati yang terbuka.

Jika Pasangan Anda Seorang Narsistik..

Biasanya narsistik akan melakukan perkara yang kita tidak suka contohnya sentiasa memuji diri sendiri ataupun melakukan sesuatu pekerjaan semata-mata untuk mendapat pujian dan perhatian. Kita sebagai orang normal seharusnya tahu tentang masalah yang sedang dia alami. Jadi… Abaikan selagi tidak memudaratkan.

Narsistik akan cuba memintas percakapan kita dengan cerita-cerita hebat tentang dirinya, jadi biarkan dia sehingga dia habis bercerita walaupun rasa kurang selesa.

Tetapkan pendirian kita jika tidak bersalah kerana narsistik ini bijak bermain peranan seolah-olah dia yang betul dan kita yang bersalah.

Untuk yang mempunyai pasangan narsistik dinasihatkan supaya banyak bersabar dengan kerenahnya kerana di sebalik narsistik itu, dia merupakan pasangan yang setia kerana si narsistik ini tidak mudah percayakan orang lain kecuali orang yang sudah terbiasa dengan dirinya.

Sesungguhnya tahap kesabaran manusia tetap ada hadnya, jika rasa berpisah adalah pilihan yang tepat pastikan ianya adalah pilihan terakhir setelah penat berusaha untuk terus hidup bersama si narsistik.

Smber/Foto : Cik Puan Ammy

Published by
NETTY AH HIYER