Salah Ke Lahir Bulan Disember? Ibu Terasa Anak Dikaitkan Lambat Matang

Share

Apabila orang tua-tua mula mempertikaikan kelahiran anak wanita ini yang lahir pada bulan Disember, hati ibu ini mulai membengkak. Malah dalam sebuah page berkaitan kehamilan berkongsi ada warga emas yang mengaitkan kelahiran bulan Disember ini anaknya jadi lembap dan lambat matang.

Dan kisah ini memberi kesan yang cukup mendalam buat ibu ini, Cik Puan Ammy. Rupanya, ibu ini pun ada cerita tentang anaknya yang lahir pada penghujung tahun itu. Biarpun andaian ‘makcik’ itu boleh menggores hatinya, dia memilih untuk jadi lebih positif.

Anak Lahir Bulan Disember Dikatakan Lembab

Mitos yang mengatakan anak kelahiran Disember ternyata tidak benar. Anak Ammy yang lahir awal Disember, alhamdulillah sihat dan cepat belajar.

Anak saya dilahirkan awal bulan 12. Saya nak tanya, salah ke lahir bulan 12? Kenapa mesti ada sikap yang suka membanding-bandingkan anak sendiri dengan anak orang lain. Sedangkan kita sendiri maklum bahawa perkembangan bayi adalah berbeza.

Saya pernah disapa oleh seorang wanita ketika saya sedang berniaga. Walaupun sudah hampir 4 tahun, setiap kali saya pandang anak saya, pasti akan teringatkan kata-kata makcik tersebut.

Makcik : Dah berapa bulan ni? (Sambil tangan memilih selipar baby)
Saya : Dah nak masuk 8 bulan.
Makcik : Dah pandai apa yer?
Saya : Owh! Dah boleh duduk dan guling-guling.
Makcik : Lambatnya… Cucu acik dah boleh bangun sendiri tateh-tateh dah. Dah tumbuh gigi pun 2 batang. Orang dah makan nasi nanti awak makan bubur lagi ya sayang.. Sambil cuit-cuit pipi anak saya.
Makcik : Lain kali kau jangan beranak bulan 12. Lambat anak nak besor. Lembab nanti nak belajar. Erkkkk…camtu plak…
Makcik : Berapa ringgit selipar ni?
Saya : 10 ringgit jer acik.
Makcik : Haisssh… tak dapat kurang lagi ke? 8 ringgit dah la. Untuk cucu.
Saya : 10 ringgit dah murah acik.

Mama Sentiasa Ada Untuk Kamu Dik

Tak jadi dia beli selipar tu. Saya tengok mata anak saya.

Tak apa lah dik. Kamu lambat jalan, mama, baba, kakak, abang-abang sentiasa ada untuk dukung kamu… Kamu lambat tumbuh gigi pun tak apa.

Mama sentiasa ada untuk blender makanan untuk kamu. Yang penting kamu sihat, kuat dan cergas. Senyuman sentiasa ada bersama kamu. Sayang kamu anak mama.

Sekarang, awal bulan 12 ni dah nak masuk 4 tahun pun dia. Saya pun dah tidak berniaga di pasar malam lagi.

Alhamdulillah ternyata apa yang dikatakan oleh makcik tu adalah mitos semata-mata.

Baca sini : Anak Dua Pusar Di Kepala Bukan Nakal, Tapi Ada Rahsia Lain Yang Mak-mak Tak Tahu

Sumber/Foto : Cik Puan Ammy

 

Published by
Netty Ah Hiyer