Gara-gara nak kurus sangat, Rosma AF pernah diet sampai pengsan gara-gara tersalah ikut diet. Apatah lagi dia pernah dikecam dan diperlekehkan berbadan tembam dan berisi sejak belum berkahwin lagi.
Jika mahu diselak kembali, berbakul-bakul cacian diterima penyanyi dan ahli perniagaan, Rosma sejak awal menceburi dunia seni kira-kira 18 tahun lalu.
Jika zaman media sosial ketika itu sudah sehangat dan serancak kebelakangan ini, barangkali hal memperlekehkan bentuk fizikal seseorang atau body shaming dilalui Rosma akan jauh lebih teruk dan boleh buat dirinya jatuh terduduk.
Namun bagi pemilik nama penuh, Rosmayati Sidik yang kini turut memiliki perniagaan KR Successful Sdn Bhd bersama suaminya, Khai sejak tahun 2014 itu semua itu tidak membuatkannya jadi lemah semangat.
Bagi penyanyi gilapan pertandingan realiti Akademi Fantasia pertama itu, tiada pilihan selain untuk jadi kebal.
“Dek fizikal badan saya tembam pun jadi modal kecaman. Ada saja yang tak kena di mata yang membenci. Pernah ketika terbabit promosi sebuah laman sembang pun, ‘kaw kaw’ fizikal diri saya diperkotak-katik.
“Ada komen cakap usia muda tapi badan macam tahap makcik-makcik yang ada ramai anak. Gelaran bulat dan debab pun ada dikenakan untuk saya.
“Malah jauh lebih teruk, mempersoalkan saya bercinta dengan Khai (sebelum menjadi suami). Siap cakap badan gemuk, ada hati nak bercinta dengan Khai yang digilai ramai ketika itu. Pendek kata saya ini tak layak berdampingan dengannya,” terang Rosma ketika dijemput dalam MWLive baru-baru ini.
Rosma yang pernah tersilap Langkah dalam mengamalkan diet semata-mata ingin turunkan berat badan sedar bahawa kini tiba masanya dia mendidik cara yang betul kepada pengikutnya.
Kini dirinya seringkali berkongsi dengan followernya agar mengikut diet yang betul agar tidak memudaratkan kesihatan dan tidak menyeksa tubuh.
“Memang pada awalnya agak sukar untuk maintain berat badan. Berat turun, naik itu adalah memang proses yang normal dan setiap daripada kita perlu melaluinya.
“Apa yang penting adalah bersabar dan konsisten untuk turunkan berat badan. Selain jaga pemakanan, amalkan gaya hidup yang sihat juga mampu mempercepatkan penurunan berat badan.
“Sekarang berat badan Rosma maintain dalam 48 atau 49. Bila lama-lama kita berdiet, kita akan faham sendiri badan kita. Automatik kita tahu apa yang boleh dan tak boleh. Proses ini dinamakan proses penyesuaian,” kongsi Rosma.
Rosma tahu ramai di luar sana yang ingin turunkan berat badan tetapi tidak tahu cara yang betul. Oleh hal yang demikian dia wujudkan grup telegram untuk membantu lebih ramai wanita yang ingin turunkan berat badan dengan cara lebih sihat serta selamat.
Rosma akui pada awalnya dia juga tidak pernah menyangka akan terlibat dalam bidang perniagaan. Oleh sebab itu dia mengakui bahawa seperti mana orang lain, dia juga belajar dari bawah kerana langsung tiada pengalaman.
Mulanya menjual produk orang lain hinggalah mempunyai produk sendiri. Selepas setahun serius dalam bisnes, barulah pergi belajar dan fahami selok belok bidang perniagaan. Ketika itu barulah berani kembangkan bisnes.
“Perniagaan ini memang hanya kami berdua, dengan suami sahaja. Jatuh, bangun dalam perniagaan hanyalah kami berdua. Kemudian yang menjadi tulang belakang perniagaan kami adalah ahli keluarga sendiri sahaja yang sentiasa suntik semangat dan tolong “run” kan bisnes.
“Menjadi partner dalam perniagaan dengan suami, berbalah itu biasa tetapi kebiasaannya kami akan berbincang untuk mencapai kata sepakat. Jadi masing-masing akur jika keputusan yang diambil untuk kebaikan perniagaan yang dijalankan bersama.
Selain produk pelangsiangan, Rosma dan khai juga dalam perancangan untuk mengeluarkan produk-produk lain dalam masa terdekat jika diizinkan Tuhan.
Menurut Rosma apa yang dikecapi hari ini bukanlah datang bergolek. Dia dan suaminya pernah melalui kesusahan dalam hidup, malah pernah mengumpul duit syiling, pernah juga merasa ada dua ringgit dalam beg duit dan paling teruk dalam bank tiada duit.
Pada ketika apa yang Rosma dan Khai lakukan adalah fikirkan cara terbaik untuk “generate” duit yang tinggal. Biar pun susah kami tak mudah berputus asa.
Saksikan video di bawah ini yang mampu memberi pengetahuan dan tip buat wanita yang ingin menempuh kehidupan yang lebih baik.
#mingguanwanita
#bangkitwanita
#kisahinspirasisuksesmingguanwanita
Mingguan Wanita : Suatu hari teringin juga anak jadi kurus macam Rosma. Kurus dan sihat.