Selalu kita dengar ramai yang jatuh di bilik air. Ada juga yang pengsan dan diserang stroke. Sebenarnya ada dua sebab utama, cara mandi yang salah dan sudah tentulah bilik air adalah tempat yang paling suka dihuni syaitan. Sebab itulah jika disarankan baca doa sebelum masuk bilik air.
Ramai antara kita yang mandi basahkan kepala dulu sebab nak cepat. Sebenarnya cara ini salah. Silap gaya boleh melayang nyawa. Jangan main-main ya, jom semak punca dan kesannya…
1. Apabila kita siram kepala dulu, panas dalam tubuh akan teperangkap. Ia boleh menyebabkan pembuluh darah pecah.
2. Air sejuk yang disiram pada kepala akan menyebabkan darah mengalir ke kepala untuk memanaskan kepala. Itu yang ramai yang pengsan.
3. Angin dalam badan tidak keluar apabila kita siram kepala atau badan dulu. Sebab tu ramai yang sakit-sakit badan kerana angin berkumpul.
Nak selamat, ikut cara mandi yang betul…
1. Baca doa atau sekurang-kurangnya baca bismillah sebelum masuk ke bilik air.
Ads
2. Jangan tergesa-gesa.
3. Mulakan dengan bahagian kaki, siram tapak kaki.
4. Kemudian, barulah siram bahagian betis diikuti paha dan perut.
5. Selepas itu, baru siram bahagian bahu.
Ads
6. Berhenti seketika, saat ini kita akan dapat rasakan wap atau angin keluar dari ubun-ubun.
7. Akhir sekali barulah basahkan kepala.
Waktu Mandi Yang Dilarang Dalam Islam
1. 30 minit selepas solat Asar kerana waktu ini darah di dalam diri kita sedang panas. Jika kita mandi ketika itu, akan menyebabkan badan menjadi lelah untuk melakukan perkerjaan.
2. Setelah Maghrib. Jantung kita setelah maghrib sudah mulai lemah untuk melakukan perkerjaan. Jadi, kajian menunjukkan bahawa ketika ini jika kita mandi akan menyebabkan paru-paru boleh dimasuki air dan boleh menyebabkan paru-paru basah.
Ads
3. Setelah Isyak sehingga pukul 12 malam. Setelah solat Isyak, jantung kita berhenti dan melakukan istirahat. Jika mandi ketika ini akan menyebabkan kerosakan jantung akibat kemasukan air.
4. Selepas bersukan atau sedang berpeluh. Tunggu sampai badan sejuk atau hilang peluh. Selain menyebabkan panau, ini juga boleh menyebabkan serangan stroke.
Nak Awet Muda, Mandi Dengan Cara Ini
1. Menjelang waktu Subuh (antara jam 2 hingga 3 pagi)
Badan menjadi lebih sihat, awet muda dan membaiki metabolisme tubuh. Suhu badan menjadi lebih stabil, melancarkan perjalanan darah dan membuang sikap malas.
Tengok saja nenek dan datuk kita yang sering mandi waktu begini, tubuh mereka sihat dan nampak muda.
2. Selepas Subuh ( 6 pagi)
Tubuh akan lebih segar dan mood jadi baik.
Ok wanita, anda mampu mengubah demi kesihatan yang lebih baik, moga bermanfaat buat anda!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tak pelah, bangun pagi esoklah baru masuk bilik air dan buang air kecil….
Itu adalah perkara biasa bagi kita terutamanya bila mata sudah betul-betul mengantuk. Sanggup menahan kecing dan terus tidur. Namun, tahukah kita, bila menahan kencing pelbagai masalah kesihatan yang boleh berlaku terutamanya masalah jantung dan seterusnya membawa kepada strok.
Beberapa info yang perlu kita tahu tentang punca kesihatan akibat malas kencing malam.
Gejala paling umum pada orang tua adalah masalah kencing malam.
Oleh kerana malas untuk kencing malam, mereka tidak minum air. Ada juga yang tidak minum air sebelum tidur dan minum air selepas buang air kecil. Ini adalah penyebab utama penyumbatan pembuluh darah otak di kalangan orang tua pada waktu pagi.
Sebetulnya, kencing malam bukan masalah pundi kencing, penyebabnya adalah penuaan fungsi jantung. Daya kekuatan darah atrium kanan dari bawah tubuh sudah berkurangan.
Pada malam hari ketika berbaring tidur, bahagian bawah tubuh sudah reda dari tekanan, banyak penimbunan air di jaringan tubuh kembali ke darah.
Terlalu banyak air, ginjal mula berupaya untuk mengalirkan air ke pundi kencing, menyebabkan rasa ingin kencing pada waktu malam.
Biasanya semasa tidur antara 3-4 jam, kita akan ke tandas untuk pertama kali.
Setelah selesai, air di dalam darah masih terus meningkat, sehingga lewat 3 jam kemudian akan masuk tandas buat kali kedua.
Punca Utama Penyumbatan Pembuluh Darah Otak
Setelah dua atau tiga kali buang air kecil, air dalam darah akan berkurang, lebih-lebih lagi bila berada di tempat yang berhawa dingin.
Saat tidur, metabolisme tubuh perlahan, denyut jantung menjadi lambat sehingga darah yang kental ditambah aliran darah yang lambat, bahagian pembuluh darah yang sempit mudah tersumbat.
Inilah sebabnya mengapa hampir selalu terjadi penyumbatan pembuluh darah jantung & otak di waktu pagi sekitar jam 5 atau 6 pagi. Saat yang paling parah adalah meninggal waktu tidur!
Kesimpulan :
1. Kencing malam bukan masalah pundi kencing tetapi terjadi penuaan pada fungsi jantung.
2.Sebelum tidur harus minum sedikit air suam, setelah tengah malam buang air kecil, minum lagi sedikit air suam. Jangan takut kencing malam.
3.Perlu banyak senaman & latihan tubuh, boleh memperkuatkan fungsi jantung.
4.Harus menolak makanan yang tidak sihat terutama yang kadar tepungnya tinggi dan gorengan, telur, seafood & lainnya. Pegambilan yang berlebihan akan akan membuat pembuluh darah anda cepat menua.
JANGAN MALAS UNTUK KENCING MALAM.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tergamaknya dia bagi budak sekolah makan nasi basi semata nak untung! Inilah sikap buruk sesetengah peniaga yang langsung tak fikir keberkatan dalam mencari rezeki.
Sedih…
Bukan nasi goreng sahaja, buat mi dan cara goreng nuget pun sama teruk. Allah… tak sangka ada orang jenis bersikap buruk macam ini.
Kisah ini tular di status facebook Puan As MamaHasnur yang mana dia merupakan tukang masak di kantin beberapa tahun sebelum ini. Tetapi kes ini cukup bagus untuk membuka mata kita agar lebih berhati-hati dan kalau ada masa curilah masa untuk sediakan bekal buat anak-anak.
Mungkin itu lebih baik, jemput baca perkongsiannya…
Kisah benar dari dapur kantin sekolah yang berlaku depan mata saya sendiri.
Berdasarkan pengalaman bekerja di kantin sekolah rendah beberapa tahun yang lalu.
“Kak, dah basi tu.. kenapa campur?” saya cuba.
” Ah! nanti letak je kicap banyak-banyak.Habis juga” katanya.
Astaghfirullah..
Mee goreng – dari plastik terus masuk kuali.
” Tak basuh dulu? Pahit nanti” saya cuba lagi.
“Letaklah kicap manis banyak-banyak.Oklah nanti” – katanya lagi.
Hmm…
Syukurlah Allah letakkan saya di posisi tukang masak untuk guru.
Saya masak macam masak untuk keluarga.
Letakkan ikhlas dalam setiap apa yang dilakukan.
Hati puas dan tenang.
Betapa belasnya hati saya melihat nasi goreng ‘campur’ dan mee pahit tadi disendukkan ke dalam bento khas RMT (Rancangan makanan tambahan).
Saya yakin mereka takkan mampu makan walau separuh daripada hidangan kecil itu.
Terbayang wajah riang mereka bila mencapai bekas makanan bagi mengalas perut ketika rehat.
Namun suapan pertama belum mampu ditelan apatah lagi suapan yang seterusnya.
Saya juga lihat,nugget, sosej dan kentang dari jenama yang paling murah dibiarkan lama di luar sebelum di goreng dan seterusnya dicicah dengan sos yang paling murah juga.
Kalau semuanya murah,jual murah juga ke?
Eh,taklah!
Harga sama macam di luar juga.
Mereka beli racun pada harga yang mahal untuk disuap ke mulut mereka tatkala mereka sedang menuntut ilmu.
Saya cuba bertanya, boleh ke jual makanan macam ni di sekolah?
” Mestilah boleh,sebab tu kita jual. Makanan nilah yang paling senang,paling laku dan paling banyak untung!” – katanya.
Itulah pengalaman paling mahal saya selama dua minggu jadi chef di kantin sekolah beberapa tahun yang lalu.
Kita tak mampu nak ubah semua tapi kita boleh pastikan anak-anak kita terkecuali dari situasi menyedihkan itu dengan merajinkan diri menyediakan bekal anak-anak ke sekolah.
Keluarga kenyang ,terjamin dan jimat.
In sha Allah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelbagai penindasan, kezaliman yang dilakukan oleh Israel terhadap umat Islam selepas pencerobohannya di Palestin. Terbaru pihak berkuasa Israel mencetuskan kemarahan umat Islam Palestin apabila menukar Masjid Al Ahmar di wilayah yang diduduki menjadi sebuah kelab malam.Namanya turut ditukar kepada Khan Al-Ahmar, menurut Middle East Monitor, memetik laporan akhbar Al-Quds Al-Arabi.
Permohonan bagi menukar masjid bersejarah itu menjadi bar dan dewan perkahwinan mendapat kelulusan Majlis Perbandaran Israel di wilayah Safad.
Masjid Bersejarah
Masjid berkenaan adalah antara rumah ibadat umat Islam paling bersejarah di bandar raya Safed, yang terletak di utara Palestin, yang diceroboh rejim Zionis pada 1948.
Bangunan itu pada mulanya dijadikan sekolah Yahudi, kemudian pusat bagi kempen pilihan raya Parti Likud dan kemudian kedai pakaian sebelum ditukar kepada kelab malam.
“Masjid Al Ahmar mendapat namanya kerana ia dibina menggunakan batu berwarna merah. Hari ini, masjid itu dibuka untuk hampir semua acara kecuali solat bagi penduduk Muslim.
“Masjid ini mempunyai nilai sejarah dan seni bina tersendiri. Ia dibina oleh Mameluke Sultan Al Daher Baibar (1223-1277 Sebelum Masihi),” kata ahli sejarah dan penduduk tempatan, Mustafa Abbas.
Tambahnya, penduduk Islam yang melawat masjid berkenaan sering berdepan serangan pendatang Yahudi.
Tunggu Keputusan Mahkamah
Sementara itu, Setiausaha Infak Safed dan Tiberias, Khair Tabari, berkata beliau menunggu mahkamah Nazareth membuat keputusan mengenai aduan yang difailkan meminta masjid itu dikosongkan dan dikembalikan kepada agensi itu.
Tabari menambah, beliau menyertakan dokumen membuktikan pemilikan masjid berkenaan dan menggesa parti politik dan badan popular meningkatkan kerjasama dengannya dalam usaha menyelamatkan masjid itu daripada sebarang pelanggaran.
Beberapa tahun lalu, rejim Zionis dilihat sengaja mencetuskan konfrontasi apabila membuka beberapa bar dan pusat hiburan berhampiran Masjid Al-Aqsa yang merupakan tempat suci ketiga umat Islam.— Agensi
MW: Janji Allah itu pasti.Semoga rejim zionis mendapat pembalasannnya suatu hari nanti dan kegemilangan Islam akan kembali.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.