Sakitnya Tuh Di Sini..

Share

Putus kasih itu bukan penamat segala-gala yang indah dalam hidup seseorang. Percayalah! Sebab ada 10 cara yang anda boleh buat untuk terus move on dah disayangi. Nanti sakitnya akan hilang ditelan waktu. Lelaki ini, Zamzuri Abd Malik berkongsi tip cepat move on yang anda takkan jumpa pesanan ini di mana-mana.

10 Tip Berkesan Bangkit Dari Kekecewaan

(Berdasarkan Pengalaman Sakitnya 10 Tahun Dipermainkan Perasaan)

Jujur. Aku kesian bila tahu kawan-kawan kena reject. Tak kisah lelaki ke perempuan. Perasaan bila orang menolak kita, sakitnya tu di sini kau tau. Heh!

Kadang-kadang dia tak perlu pun cerita kat aku. Cukup baca status kat media sosial ni. Especially Twitter. Disebabkan hadnya hanya 140 aksara maka statusnya jadi pendek berangkai-rangkai.

Sungguh, walau cuba disembunyikan dengan emoticon gelak berair mata atau ditulis, kahkahkah atau hahaha, kepedihan dalam hati tu aku boleh rasa.

Begini kawan. Aku tak tau macam mana nak tolong. Aku boleh kongsi pengalaman aku. Paling teruk dipermainkan hampir 10 tahun. Bila nak, contact manja-manja. Bila tak nak, miss call lah beribu kali pun. Takde nak dilayan. Aku yang bingai bagi peluang berkali-kali.

Sekarang takde dah. Abang kau ni bukan macam abang kau yang dulu. Kahkahkah

1. Tahu bila kau takde peluang. Sama ada dia cakap ‘direct’ dengan kau atau dia asyik mengelak nak jumpa kau. Mesej kau diam tak berbalas. Maka bersedialah untuk angkat kaki. Tak payah tipu diri kau kata mungkin dia nak uji kau. Kirim salam.

2. Jauhkan diri. Padam nombor dan mesej dia. Unfriend di media sosial. Ini lebih cepat akan ubatkan diri kau. Bila kita suka kat orang, dia update gambar awan pun kau boleh nampak macam syurga kau berdua. Pergi jauh dari dia. Bila kau dah ada kekuatan, terpulang nak sambung kawan ke tidak.

3. Hati-hati dengan ‘rebound relationship’. Normal bila kau kena reject, kau jumpa orang yang kau ‘rasa’ kau suka. Lepas tu kau berangan untuk orang tu gantikan orang yang kau suka. This is a big No No. Tahap penerimaan kita untuk sesuatu ‘tragedi’ berbeza dan mengambil masa. Usah terburu-buru. Hidup dan perasaan kau lagi penting kot.

4. Buat apa yang kau suka. Makan, cuti, whatever that makes you happy. Asalkan bukan benda bodoh. Ada garis nipis antara melampias kekecewaan dengan merosakkan diri sendiri. Dadah dengan arak tu bangang. Tau?

5. Move on. Yang ini aku akui perlukan masa. Susah. Selagi kau kuatkan diri kau mesti boleh.

6. Solat. Kenapa ini nombor enam? Kemon, aku bukan jenis beriman sangat. Aku ambil masa untuk mengadap Tuhan. Memang ramai nasihat buat ini dulu. Kalau kau boleh silakan. Ini jalan pintas untuk ubat hati kau. Masa aku ‘sakit’ dulu aku buat yang lima di atas. Realitinya bila kau kecewa, mood hilang entah ke mana.

7. Cari benda yang boleh buat kau gelak. Sekarang senang, bersepah page yang boleh buat ni. Masa aku dulu movies/series rom-com jadi ubat. Friends tu tah berapa juta kali aku ulang. Sampai hafal dialog. Cerita P Ramlee yang aku ulang banyak kali Seniman Bujang Lapok. Sekarang cerita seniman tu aku tak boleh tengok. Muntah dek kerana selalu sangat diulang-ulang.

8. Dah puas gelak. Nangis. Atau boleh sahaja nangis dulu baru gelak. Ikut kau lah. Emotional roller coster ni kena lepaskan.

9. Tenang. Kau nangis macam orang gila atau gelak macam orang hilang akal, dia takkan suka kau. Terima takdir Tuhan.

10. Improve diri kau. Cari kerja best. Usaha gaji naik. Cari pendapatan lebih. Bayar hutang. Saat kau bahagia dengan hidup kau, dengan sendirinya kau akan menarik kebahagiaan dan ketenangan.

Apadehal. Hidup ini kau yang control. Yang susah-susah sebab orang lain tu kenapa?

Dan selama ini rahsia bahagia yang aku cari rupa-rupanya syukur. Orang suka pun aku syukur, orang tak suka pun aku syukur.

Settle.

Aku doakan kau orang kuat.

Sumber/Foto : Zamzuri Abd Malik

Published by
Netty Ah Hiyer