Sakit Terseliuh, Bertongkat Pun Tetap ‘Letoopan’ Che Ta Ni..

Pelakon cantik, Rozita Che Wan yang lebih mesra dengan panggilan Che Ta alami cedera terseliuh kaki. Katanya, ‘betullah malang tak berbau. Benda kalau sudah hendak jadi, apa daya kita hendak menghalangnya.’

Kerana seorang pelakon tambahan yang terpijak kain Che Ta, ibu kepada Aaisyah Dhia Rana ini terjatuh sampai terseliuh kaki kirinya di set pengambaran drama Dayang Senandung, yang dijalankan di sebuah hotel dekat Puchong.

Katanya, waktu itu dia melakonkan babak dikerumuni peminat. “Depa rempuh betui-betui macam main rugbi. Lutut dah berbalut.” Itulah yang buatkan Che Ta jatuh. Ia juga memberi kecederaan kepada bahagian lututnya.

Bukan saja berbalut lutut, malah Che Ta terpaksa menggunakan tongkat dan diberi cuti selama seminggu untuk berehat.

Huru-haralah jadual saya selepas ini.”

Sakit Terseliuh, Bertongkat Pun Tetap ‘Letoopan’ Che Ta Ni..
Rozita Che Wan di set pengambaran drama Dayang Senandung bersama pelakon Hun Haqeem.

Redha Dengan Ujian

Walaupun, kaki terseliuh Che Ta tetap redha dengan ujian yang menimpa dirinya. Malah, kongsinya di instagramnya, sakit itu penghapus dosa.

IKLAN

Orang yang sakit juga selayaknya semakin bergembira mendengar berita ini karena kesusahan, kesedihan dan rasa sakit karena penyakit yang ia rasakan akan menghapus dosa-dosanya.”

Dan biar pun dalam keadaan sakit-sakit itu, Che Ta tetap kelihatan cantik menawan. Memang tak de sapalah boleh lawan. Anggun jelita gitu.

Baca sini : Betul kata Che Ta, PKP masa terbaik untuk kita bersama keluarga.

IKLAN

Che Ta Sakit Terseliuh Pun Cantik

Sehinggakan bila Che Ta kongsi gambar bertongkat di instagram, ramai yang memuji gaya ‘letoopan’ Che Ta tu. Artis lain pun tak mengagumi kecantikan ibu anak tiga yang kekal anggun sentiasa.

Sakit Terseliuh, Bertongkat Pun Tetap ‘Letoopan’ Che Ta Ni.. Sakit Terseliuh, Bertongkat Pun Tetap ‘Letoopan’ Che Ta Ni.. Sakit Terseliuh, Bertongkat Pun Tetap ‘Letoopan’ Che Ta Ni.. Sakit Terseliuh, Bertongkat Pun Tetap ‘Letoopan’ Che Ta Ni..

Baca info lebih menarik di sini.

IKLAN

Masih dalam keadaan tak sihat ini, Che Ta tetap bersedia untuk berlakon drama Dayang Senandung. Katanya, jika pengarah benarkan dia menjayakan babak dalam keadaan duduk, dia sedia melakukannya.

Cuma saya kena tengok keadaan dan perkembangan lutut ini. Saya juga tak mahu menyusahkan produksi dan tak selesa bertongkat di set.”

MW : Semoga Che Ta cepat sembuh dan dapat kembali bekerja seperti biasa.

Sumber/Foto : Rozita Che Wan, Berita Harian

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI