Berpada-padalah dalam berkongsi cerita kelebihan yang kita ada, tentang nikmat pinjaman Allah.Ini kerana penerimaan setiap orang berbeza. Ada yang mungkin suka dan ada yang sebaliknya. Malah ia boleh mengundang sakit disebabkan ‘sihir ain’ iaitu daripada pandangan mata manusia.Tak salah untuk kita mensyukuri segala nikmat yang Allah berikan, namun memadai ‘simpan’ untuk diri sendiri. Tak perlu ‘dicanangkan’ dan bercerita dengan orang lain.
Beberapa hari ini banyak terbaca kes sakit disebabkan sihir dan ‘ain (penyakit disebabkan orang dengki mahupun terlalu memuji kelebihan – sampai lupa menyandarkan pujian kepada Allah).
Teringat ustaz bercerita, kalau di Tanah Haram, masyarakat di sana kebiasaannya akan meletakkan besar-besar kalimah Masya-Allah Tabarakallah di ruang rumah mereka atau harta yang mereka ada, supaya apabila orang melihat dengan takjub kelebihan tersebut, mereka sebut Allah dahulu, maka terhapuslah ‘ain yang ada.
Ustaz pun ada cerita, kalau tak ada keperluan penting, sebaiknya elakkanlah bercerita terlalu kerap tentang nikmat pinjaman Allah kepada kita, apatah lagi hal yang sepatutnya privasi seperti harta/kekayaan/pendapatan, privasi kecantikan dan kelebihan diri, privasi rumahtangga, privasi anak-anak, amal ibadah, privasi kehidupan dan lain-lain. Hal ini bukanlah untuk menyekat diri kita pun, melainkan hikmahnya sebagai faktor keselamatan juga sebenarnya.
Tak dinafikan ada orang yang menjadikan semua ini sebagai konten menarik followers dan sales, tetapi mungkin boleh difikirkan semula apakah ia baik untuk keselamatan serta mampukah amalan menghebahkan kelebihan diri ini meningkatkan iman dan taqwa kita? Tepuk dada tanya iman.
Penulisan ini bukan mahu menunding ke arah sesiapa melainkan, refleksi kepada diri sendiri. Orang yang beriman apabila diberikan peringatan, mereka bermuhasabah diri mereka dahulu, bukannya cari salah orang lain.
Ambillah kejadian yang berlaku kepada orang lain sebagai iktibar untuk diri sendiri. Bagi orang yang tiada pilihan, contohnya online seller yang perlu buat personal branding di media sosial, biasakan diri untuk mulakan urusan dengan meminta perlindungan Allah.
أعوذ بكلمات الله التامة من كل شيطان وهامة ومن كل عين لامة.
Maksudnya, ‘Aku memohon perlindungan dari kalimah Allah yang sempurna daripada segala godaan syaitan, ancaman haiwan buas dan daripada pandangan mata (‘ain) yang jahat.’
Biasakan juga apabila mahu berkongsi nikmat hidup pinjaman dari Allah dengan memuji Allah dahulu. Sebut dan tulislah. Contohnya, Bismillah Masya-Allah. Masya-Allah Tabarakallah. Supaya yang membaca pun menyebut kalimah Allah yang Maha Sempurna terlebih dahulu.
Buat yang mudah tersinggung atau mudah menyanjung akan kelebihan makhluk, banyakkan istighfar juga. Berpada-padalah dalam segalanya kerana semuanya datang dari Allah belaka.
Peringatan untuk diri saya sendiri juga, terutamanya yang banyak buat silap, terlalai alpa.
Baca Lagi Di Sini:
‘SIHIR AIN’, Hati-Hati ‘Penyakit’ Disebabkan Pandangan Mata Orang Lain!
Hubungan Dingin Benci TANPA Sebab, Amalkan Doa ‘Pembatal’ Sihir Pemisah Rumahtangga
Mingguan Wanita : Semoga perkongsian ini bermanfaat. Ada benarnya sebaiknya elakkan bercerita terlalu kerap tentang nikmat pinjaman Allah pada orang, untuk berusaha mengelakkan diri daripada terkena penyakit ‘sihir Ain’ atau gangguan daripada pandangan mata manusia ini.
Sumber: Intan Dzulkefli
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernilai RM100.
Daftar sekarang di
https://toko.ideaktiv.com/…/webinar-eksklusif-ceo…/
atau scan QR Code pada poster
Atau sertai grup telegram WEBINAR EKSKLUSIF CEO BISNES : https://t.me/bangkitwanitaMW
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita