Pelakon Datuk Fizz Fairuz mohon doa dari semua agar penyakit batu karang dalam hempedu yang dialami isterinya, Datin Almy Nadia segera sembuh.
Sebelum diketahui akan penyakitnya itu, Almy dikatakan mengalami sakit perut yang teramat. Sebelum ini, sampai tak boleh nak pegang perutnya itu, sebab terlalu sakit.
“Alhamdulillah, sekarang lebih baik selepas dapat rawatan di hospital.”
Baca sini : Allah lebih sayangkan kamu, papa redha, Fizz Fairuz sedih isteri gugur.
Almy atau nama sebenarnya Ungku Almy Nadia Ungku Aminuddin Shah, 34 mengalami sakit perut yang teruk pada Isnin lalu. Kondisinya itu meny ebabkan dia dimasukkan ke Hospital Columbia Asia di Setapak.
Waktu itulah baru Fizz atau nama sebenarnya, Mohd Fairus Zainal Abidin, 40 mendapat tahu yang isterinya menghidap batu karang dalam hempedu.
Bagaimana pun, rawatan untuk penyembuhan penyakitnya itu cuma boleh ditentukan sebaik doktor selesai melakukan pengimejan resonans magnet (MRI) ke atas Almy.
Masa itulah nanti baru doktor boleh putuskan sama ada nak buat pembedahan laser atau makan ubat saja.
“Dia ada batu karang dalam hempedu yang tak begitu kritikal. Tapi banyak dan halus-halus. Doktor syak baru karang tu dah jatuh ke dalam usus. Jadi, untuk kepastian Almy akan jalani pemeriksaan MRI
.” Ujar suaminya lagi.Ketika berkongsi gambar isteri di dalam wad, Fizz mendoakan kesembuhan isterinya. Malah, memberi kata-kata semangat pada isteri bahawa ujian penyakit itu adalah penghapus dosa.
“Semoga dipermudahkan.. segala penyakit, ada penghapus dosa-dosa kita. InsyaAllah doa dari semua akan menyembuhkan wife saya.. insyaAllah.. amin.
“Take cara sayang, U kuat.”
Februari lalu, Almy pernah dimasukkan ke hospital selepas keguguran kali pertama semasa kandungannya berusia 14 minggu. Dan sekali lagi, Almy dimasukkan ke hospital akibat keguguran ketika kandungannya berusia enam minggu, iaitu pada 28 Mei lalu.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2014 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan yang comel, Nur Afrina Arianna, 5, Nur Arfina Aurora, 4 dan Nur Arfina Ayra setahun.
MW : Allahu.. sakit tu, sampai tak boleh pegang perut. Moga Almy cepat sembuh dan dapat berkumpul semula dengan anak-anak perempuannya yang comel itu.
Sumber/Foto : Fizz Fairuz Official, Mstar