Pilunya hati seorang mak apabila melihat anaknya sendiri digilis kereta di depan mata! Lebih menyayat hati mendengar luahan dan rintihan anak yang sedang kesakitan bertarung nyawa.
“Sakit mak, cepat hantar Boboi ke hospital,”.Itu permintaan Muhammad Aeril Akhtar Mohd Rizal, 6, yang maut selepas dipercayai digilis sebuah kereta dalam kemalangan di Jalan Gong Pasir-Balai Besar, Dungun hari ini.
Dalam kemalangan 1.15 tengah hari itu, Muhammad Aeril Akhtar atau mesra dipanggil Boboi disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan di Hospital Dungun 2.20 petang.
Kejadian berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa bersama ibunya, Noor Hayati Mohd Noor, 41, dari arah Gong Pasir menuju ke arah Alor Tempoyak secara melawan arus melalui bahu jalan.
Berhenti Tepi Kereta
Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal mangsa dikatakan berhenti di tepi sebuah kereta yang di parkir di situ sebelum penumpang tiba-tiba membuka pintu kereta sebelah kiri dan mengenai motosikal dua beranak itu.
Ads
Berikutan itu, dua beranak itu jatuh sebelum Muhammad Aeril Akhtar dilanggar sebuah kereta yang datang dari arah Alor Tempoyak menuju ke Gong Pasir.
Motorsikal Terjatuh Terkena Pintu Kereta
Noor Hayati berkata, dia bersama anaknya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli ikan di sebuah kedai di situ.
Katanya, motosikal mereka terjatuh sebaik terkena pintu kereta berkenaan sebelum anaknya dilanggar kereta.
“Saya menerpa ke arah Boboi yang ketika itu menangis kesakitan dan meminta saya segera menghantarnya ke hospital,” katanya.
Ads
Menurut Noor Hayati, pegawai perubatan segera memberi rawatan kepada anaknya sebaik mereka sampai di hospital sementara dia tidak putus berdoa anaknya itu selamat.
“Namun sudah suratan Ilahi apabila Boboi disahkan meninggal dunia kira-kira sejam selepas kemalangan itu.
“Boboi anak bongsu daripada empat beradik dan dia tidak menunjukkan sikap pelik.
“Kehilangannya memberi kesan terutama ketika dia meminta saya menghantarnya ke hospital,” katanya sambil memaklumkan tidak sempat mengambil nombor pendaftaran dua kenderaan yang terbabit dalam kejadian itu.
Ads
Belum Terima Laporan
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat sebelum mayat mangsa diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian.
“Setakat ini, kita belum menerima laporan daripada dua kereta yang terbabit dalam kejadian itu dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu polis.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu dan membahayakan,” katanya.
MW: Allahu, salam takziah buat keluarga mangsa. Ajal maut ketentuan tuhan, semoga diberi kekuatan menghadapi ujian yang ditakdirkan. Buat pemilik kereta semoga bersikap bertanggungjawab, serah diri buat laporan di balai polis terdekat.
Ajal ketika jemput balik sekolah, perjalanan bapa berakhir tragedi depan mata anak. Pemergian yang cukup mulia di bulan Ramadan penuh baroqah. Perjalanan seorang bapa mengambil anak balik dari sekolah berakhir dengan tragedi menyayat hati.
Seorang lelaki maut manakala anak perempuannya cedera setelah motosikal ditunggang digilis lori dalam kemalangan dekat Jalan Sungai Tua, Selayang di sini pada Rabu.
Ajal Ketika Ambil Dari Sekolah
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, laporan sebelum itu diterima pihaknya kira-kira jam 6.11 petang berkaitan kejadian.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian sebuah lori dipandu lelaki berumur 39 tahun datang dari arah Sungai Tua.
“Setibanya di lokasi kejadian pemandu lori berkenaan mendakwa mendengar bunyi kuat di bahagian belakang lori sebelum memberhentikan lorinya.
Perjalanan Bapa Berakhir Tragedi Depan Mata Anak
“Pemandu kemudian mendapati terdapat sebuah motosikal di bahagian bawah lorinya itu,” katanya menerusi kenyataan pada Khamis.
Katanya, mangsa berumur 39 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.
“Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia.Pembonceng dipercayai anak mangsa berumur lapan tahun itu pula mengalami kecederaan di kepala dan tangan,” katanya.
Menurutnya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Selayang untuk dibedah siasat.
“Mangsa yang cedera dibawa untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Suharman Che Musa di talian 019-6751727,” katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Tudung is my hair. Kalau tak ada tudung, rasa macam botak. Masak pun pakai tudung, tidur pun dengan tudung…inilah perkongsian dari artis legenda, Bonda Noor Kumalasari.
Dalam pertemuan Mingguan Wanita bersamanya, bintang kesayangan ramai ini turut sebak dan mengalirkan air mata tatkala bercerita tentang hijrah 30 tahun lalu mengenai pemakaian tudung yang dilakukannya seterusnya memilih untuk tidak lagi bergelar anak seni walau menerima banyak tawaran.
Mengimbau kenangan lalu, kata Bonda Noor, dahulu balik dari Makkah, dirinya masih tidak menutup aurat dengan sempurna biar ada dinasihati oleh suaminya kerana mati itu akan berlaku tanpa kita tahu.
“Ketika itu Kak Noor cakap, Kak Noor nak pakai ikut kata hati. Kak Noor minta pada Allah dan itulah yang berlaku hingga ke hari ini. Tak pernah tanggal langsung dah. Dah macam rambut.
“Lagi satu bila kita memilih bertudung, kena tanya pada hati kita. Kita pakai untuk siapa? Pakai untuk diri sendiri? Untuk suami? Atau kerana Allah? The best thing pakailah kerana Allah kerana itu adalah syariat dan tuntutan menutup aurat bagi wanita. Ya itulah kita kena lakukan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ini memang kes biasa bagi mak-mak, kuali hitam sebab rajin sangat masak. Bukan tak nak cuci tetapi kadang tak sempat nak cuci elok, kuali nak guna lagi. Jadi gunalah kuali yang bontot hitam!
Tetapi kalau ikut orang zaman dahulu, sebenarnya ada kebaikan periuk hitam berjelaga, lagi tebal jelaganya lagi baik, sebab periuk susah nak bocor.
Jangan risau, anda boleh cuci kuali yang hitam itu dengan tip yang dikongsikan oleh Puan Dania Ellyka ini…
Tengok betapa legamnya kuali akak, mula kawin duk rumah mertua. Dah ada anak pindah duduk rumah sewa. Kuali inilah mertua bagi sebelum akak beli yang lain. Tak tahu berapa puluh tahun dah umur dia. Bila rajin macam cermin, bila malas jadi legam. Malam ini cuba cuci dengan soda bikarbonat, sangat terbaik. Kejap saja bersinar-sinar, abaikan telinga tu yer..
Cara Buat:
Terus sental dengan berus dawai, jangan guna air banyak. Agak-agak basah saja, dah hilang semua hitam baru cuci dengan air.
Mudah, bukan?
Ok, ini cara kedua cara basuh belakang kuali.
1. Rebus 8 asam keping didalam periuk yg besar (supaya senang nk rendam kuali atau periuk)
2. Didihkan air asam keping tersebut sehingga mendidih.
3. Masukkan kuali atau periuk didalam air asam tersebut selama 4-5minit.
4. Angkat kuali atau periuk, sejukkan seketika kemudian sental mengunakan sabun.
5. Ketika sental kurangkan mengunakan air.
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ini yang penyanyi terkenal, Siti Sarah Raisuddin kongsikan tentang rezeki suami isteri. Bagaimana seorang suami yang tak kedekut dengan isteri mahupun ibu nya, sentiasa murah rezekinya.
Dan macam mana seharusnya hubungan menantu dengan mentua sepatutnya terjalin. Siti Sarah yang juga isteri kepada Shuib Sepahtu menitipkan pesanan ini di dalam laman instagramnya.
Suami Jangan kedekut Dengan Ibu, Isteri..
Tulisnya,
“Syukur Alhamdulillah Allah meletakkan kami sekeluarga di kedudukan yang tak pernah kami duga. Alhamdulillah… antara tips buat suami isteri supaya murah rezeki adalah .. suami kene banyak bersedekah, terutamanya jangan kedekut dengan ibu!!!
“Ibu yang melahirkan awak .. kalau bagi sejuta sebulan pun belum cukup untuk bayar balik sewa yang awak pernah duduk dalam perut ibu.
“angan kedekut dengan isteri.. isteri pun antara pintu rezeki terbuka luas.. tapi isteri pun jangan lah ambil kesempatan pada suami.
“Isteri pun kena saling memahami dan jangan ambil kesempatan serta tahu kemampuan.
Tanpa Ibu Mentua, Awak Tak Boleh Kenal Suami Awak..
“Kata orang, the art of give and take. Saling memahami dan berkongsi.
“Ada seringgit kita belanja seringgit sama-sama, ada sen 10 kita fikirkan macam mana nak gandakan sama-sama.
“Isteri tak boleh derhaka dengan ibu mertua.. tanpa ibu mertua awak tak boleh kenal suami awak. Janganlah kerana sikap buruk isteri pada ibu mertua Allah murka pada sebuah keluarga itu..”
“tag your husband and please tag your wife.”
Pasangan sweet ini dikurniakan tiga orang cahaya mata, Uwais Al Qarni, Dzakira Talita Zahra dan Ariq Matin
MW : Banyak betulnya pesan Sarah tu.. sebab makin pemurah suami, semakin murahlah rezeki untuknya.