Sakit hati kerana curang, isteri sanggup upah orang tamatkan riwayat suami. Tergamak sungguh seorang isteri mengupah tujuh lelaki dek kerana marah dan kecewa dengan sikap suami.
Benarlah, disebabkan perasaan marah seseorang sanggup bertindak di luar kewarasan fikiran. Mungkin begitulah yang dialami wanita ini hingga dia sanggup mengupah orang lain membunuh suaminya. Allahuakbar!
Sayang sekali melihat mahligai perkahwinan berusia puluhan tahun musnah gara-gara perselingkuhan si suami.
Perkara yang lebih tragis terjadi selepas si isteri menghidu kisah kecurangan suaminya.
Menurut Tribunnews, gara-gara berang dengan suami curang, wanita bernama NW, 49 nekad mengupah tujuh lelaki untuk menamatkan riwayat suaminya, Khairul Amin, 54.
Lebih tragis, kematian pemilik restoran makanan padang itu berlaku di kediamannya sendiri pada 27 Oktober lalu.
Pada jam 11.40 malam, anak mereka menemui Khairul dalam keadaan cedera parah akibat ditikam. Dia ketika itu menjerit meminta tolong.
Susulan itu, anak mereka menghubungi NW dan memberitahu Khairul yang cedera parah diserang kumpulan samseng.
NW kemudian berpura-pura terkejut dan sedih dengan keadaan menimpa suaminya.
Bagaimanapun perbuatan NW didedahkan polis. Polis Krawang mengatakan kematian Khairul adalah pembunuhan terancang yang mana si isteri adalah dalangnya.
Hasil penyiasatan polis, pasangan yang dikurniakan tiga orang cucu itu bahagia sehingga perselingkuhan Khairul terbongkar.
Apa yang meremukkan hati NW, Khairul rupanya memiliki beberapa orang lagi isteri muda.
Malah NW turut mendedahkan suaminya sering meminta wang dalam jumlah yang banyak selama ini untuk diserahkan kepada isteri-isterinya yang lain.
Ia berlarutan hingga duit simpanan daripada perniagaan mereka juga semakin susut.
Menurut polis, bertitik tolak dari itu kemarahan wanita terbabit memuncak sehingga nekad bertindak merancang pembunuhan si suami pada September lalu NW.
Bukan sekali dua cubaan membunuh dilakukan, tetapi tiga kali.
Selepas dua kali gagal, percubaan kali ketiga menyaksikan riwayat Khairul berakhir.
Difahamkan, tujuh lelaki upahan berkenaan menerima Rp 30 juta (RM 8706.54) sebagai upah.
Artikel Berkaitan:
Suami Curang Sebab Isteri Lambat Masak Pun Boleh Dijadikan Alasan. Sampai Hati!!
Bila Dapat Tahu Suami Curang, Jangan Salahkan Diri Sendiri Hadapinya Dengan 5 Perkara Ini!
Ibu Tergamak Racun 3 Anak, Alami Tekanan Suami Curang & Tak Bagi Nafkah 3 Tahun!
Memang Jenis Berdikari, Tapi Tak Sangka Suami Curang Waktu Kandungan 3 Bulan!
Mingguan Wanita : Benarlah ikut kata, binasa. Ikutkan hati, mati. Beginilah nasib seorang wanita apabila marahnya pada suami memakan diri sendiri. Semoga kisah ini membuat mak-mak tidak terlalu mengikut perasaan bila mengetahui suami curang.
Sumber: Sinar Harian / Tribunnews
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:
Jahit Baju Kurung Pesak : https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/
Cookies Viral : https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-buat-sampai-jadi/
Kuih Frozen : https://toko.ideaktiv.com/product/aneka-kuih-frozen/
Roti & Bun : https://toko.ideaktiv.com/product/asas-bakeri/
Untuk pertanyaan hubungi : 019632875
Mingguan Wanita boleh diikuti di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Telegram Bangkit Wanita: https://t.me/bangkitwanita