“Sakit Hati DiUsir Rumah Selepas 23 Tahun Hidup Bersama.” Suami Nekad Racun Isteri

Share

“Sakit hati diusir rumah selepas 23 tahun hidup bersama.” Suami nekad racun isteri hingga isterinya meninggal dunia.

Disebabkan rasa marah yang membuak-buak, seorang suami sanggup masukkan racun dalam minuman isterinya. Niat yang awalnya hanya ingin memberi pengajaran menjadi sebaliknya.

Sakit Hati DiUsir Rumah

Seorang lelaki di Dusun Kemuning dalam wilayah Jawa Timur tergamak meracun isterinya sehingga mati dengan alasan sakit hati kerana diusir dari rumah, lapor laman BeritaJatim, semalam.

Menurut Samiro Putra,45, dia meletakkan sisa racun tikus di dalam jag air kopi yang disediakan di warung milik mangsa.

Baca Di Sini: “Rebah Seorang Demi Seorang, Mulut Berbuih, Berdarah.” Malang 9 Beranak Termakan Kulat Beracun

Selepas 23 Tahun Hidup Bersama

“Saya sakit hati kerana diusir keluar rumah selepas 23 tahun hidup bersama. Saya tiada wang dan hilang tempat tinggal.

“Namun saya tidak berniat membunuh, saya cuma mahu memberinya pengajaran. Saya tidak sangka isteri, Ponisri, meminumnya sehingga habis bersama pelanggan warung, Nur Ahmadi Wijaya,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: Cemburu Boleh Jadi VITAMIN Atau RACUN Dalam Rumah Tangga, Hati-Hati!

Suami Nekad Racun Isteri

Dalam sidang akhbar bersama polis, Samiro mengaku menyesal atas perbuatannya dan tidak menyangka niatnya untuk ‘mengajar’ isteri akhirnya bertukar menjadi kes bunuh. – Agensi

Menarik : Sakit Hati Kerana Curang, Isteri Sanggup Upah Orang Tamatkan Riwayat Suami

Mingguan Wanita: Akibat sakit hati, nyawa melayang. Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat suami, isteri di luar sana.

Sumber : Kosmo Online

ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!

Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar.  Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.   

Klik link ini untuk daftar penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura  

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Published by
Syazwani Mehat