Mempunyai Saka keluarga yang diwarisi daripada daripada generasi terdahulu memang cukup mengganggu kehidupan. Meskipun mungkin ada yang tidak mempercayai kewujudan ‘pembantu & pendamping’ sebagai pengantara untuk pelbagai urusan, namun hakikatnya Saka adalah benar dan wujud. Amat sukar untuk melepaskan ‘saka keluarga’ ini, namun ia tidak mustahil. Beruslah untuk ‘membuangnya’ apatah lagi ia merupakan perbuatan syirik yang bertentangan dengan akidah dan kepercayaan dalam agama.
Pesanan perkongsian daripada Puan Hazwani Mohd Dah ada benarnya.
Ustaz pesan, jika berubat dengan ‘pengamal perubatan’ jauhi mereka yang guna kain hitam, kain kuning, asap, ayam, telur, darah, keris, jarum, paku, pulut kuning, gelang, cincin dan lain-lain. Itu semua guna PERANTARA. Lagi-lagi jika mereka claim, mereka itu ‘pengamal perubatan Islam’.
Jangan tertipu dengan alunan bacaan al-Quran yang dipasang. Atau dengan ‘zikir’ yang seolah-olah seperti ayat al-Quran. Dengar betul-betul setiap butir perkataan. Kadang kala ia adalah ayat pemujaan yang dibuka dengan perkataan bismillah.
Dalam perubatan Islam sebenar, antara yang biasa digunakan ialah air, limau, lada hitam dan garam. Tiada barang yang pelik-pelik.Ini adalah pengalaman keluarga sendiri, setelah berjumpa dengan berpuluh-puluh ‘pengamal perubatan Islam’ dalam usaha membuang saka keluarga.
Jangan Berbangga Ada Saka Keluarga
Tuan puan,Saka keluarga adalah benar.Dan ia AMAT MENGGANGGU kehidupan anak cucu. Hanya yang pernah mengalaminya sahaja yang tahu.
Jangan berbangga dengan keturunan harimau-harimau, keturunan buaya putih, kain keturunan berwarna pelangi, perlu diasap setiap malam Jumaat, ada penjaga, ada pendamping, kuasa mengubat dari keturunan dan sebagainya.
Ya, saya bercakap atas KAPASITI PENGALAMAN SENDIRI. 12 tahun lepas, saya sendiri telah dinasihatkan oleh doktor perubatan untuk bertemu ustaz sebagai alternatif kerana medical itself tak boleh explain.
Selagi mana kita ada rasa bangga memiliki, percaya kekuasaan & tidak mahu melepaskannya, maka ia amat payah untuk dilepaskan. Dan wallahi, ia amat SUKAR dan perlukan kekuatan yang hanya Allah sahaja mampu beri. Mintalah padaNya. Menangis kalau diingat semula, perjalanan panjang ini.
Perlu kita insafi, kita ini hanya hamba yang lemah.Tiada perantara hanya Allah.Kita ini 100% dalam jagaan Allah, bukan makhluk.
Satu yang saya perasan, mereka yang punya pendamping ini, selalu rasa tindakan mereka betul. Walaupun amat salah.Peribadi yang angkuh, keras kepala, digeruni, ditakuti, selalu mahu jadi dominan.Bersemangat tak tentu hala.
Ads
Untuk wanita, ada gangguan yang lebih spesifik. Tetapi, saya tak mampu nak tulis, sebab ia tak kelihatan convincing bila ditulis tanpa bukti profesional, kan?
Jangan Bergantung Dengan Makhluk
Apapun, moyang kita mungkin telah tersilap langkah, mengambil jalan mudah untuk mengharungi kehidupan yang payah.Juga tiada ilmu di dada. Mereka dahulu, mengambil jalan pintas. Menggunakan ‘pembantu & pendamping’ untuk membuka tanah, mengharungi pelayaran yang panjang, meredah hutan.
Kerana waktu itu, pada firasat mereka, tidak mampu menjalaninya dengan kudrat seorang manusia yang kerdil. Lalu mereka membuat perjanjian dengan makhluk/jin.
Kita sebagai generasi baru, yang berilmu dan telah dididik dengan ilmu agama dan akidah yang jitu, wajib berusaha untuk menghentikan dan melepaskan semua talian-talian makhluk ini dan jangan bergantung dengannya!
Sandaran kita hanya Allah semata-mata. Moga Allah ihsan dan mengampunkan kita semua.Jika kita pernah tersilap langkah kerana tiada ilmu, segeralah solat taubat dan meminta keampunanNya.
Mingguan Wanita : Semoga perkongsian ini bermanfaat dijadikan pedoman. Sekiranya mewarisi ‘saka’ daripa nenek moyang terdahulu, segeralah dapatkan rawatan perubatan Islam yang dipercayai. Sandaran kita hanya pada Allah semata-mata bukan pengantara makhluk lain.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Ads
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 31 Julai 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/)
Betapa dalam kehidupan ini kita boleh mencari keberkatan dengan melakukan amalan tertentu. Antaranya menjaga solat awal waktu, mendirikan solat sunat tahajjud, membaca al quran dan menjaga hubungan silaturahim. Dengan melakukan amalan ini, menjaga hubungan dengan Allah, percayalah segala kesusahan akan dipermudahkan dan dilimpahkan dengan rezeki yang tidak disangka-sangka.
Buka mata dan buka hati, jemput baca perkongsian ini..
2 minggu lepas bapa mentua saya masuk ward. Seminggu juga kena tahan disebabkan demam. Jadi mak kena jaga siang malam. Mak cerita kepada kami di rumah.
Dalam seminggu mak perhatikan orang katil sebelah. Suami seorang makcik ini kena stroke. Setiap kali waktu melawat ramai orang datang melawat. Hari ini orang lain,esok pula orang,setiap hari lain lain orang datang ziarah. Setiap orang yang datang pasti bawa buah tangan,ada yang bagi duit.
Amalan Hidup Berkat
Mak sembang dengan makcik ini dan bertanya beberapa soalan. Antara soalan mak tanya. Apa amalan nampak hidup makcik berkat sangat, setiap hari orang datang bawa hadiah,bagi duit. Mak tanya beberapa kali.
Makcik ini kongsi satu kisah. Pernah satu kali rumah beliau sudah beberapa tiada lauk,tiada beras. Pakcik pula kena stroke. Walaupun stroke pakcik tak pernah tinggal solat,selalu baca Al Quran.
Solat 2 Rakaat Tahajjud
Suatu malam makcik ini tersedar dari tidur disebabkan lapar menguasainya. Lalu beliau teringat pesan ustaz. Jika kita dalam kesusahan bangun solat 2 rakaat tahajjud.
Beliau pun ambil wuduk dan solat. Beliau bercakap cakap dengan Allah. Ya Allah. Saya malu nak minta. Tapi ya Allah rumah saya langsung tak apa apa nak makan kecuali ada sedikit sayur yang saya tanam sendiri. Itu pun saya nak beri sedekah kepada jiran jiran.
“Ya Allah boleh tak hantarkan seseorang esok pagi bagi zakat beras. Kami lapar sangat ya Allah.. Jika dapat beras pun cukup dah Ya Allah..” (Ini doa yang mak saya ingat)
Ajaibnya. Betul betul selepas subuh entah siapa datang ketuk pintu bawa beberapa bag beras. Katanya ini zakat beras untuk musim ini.
Jadi dari saat itulah makcik ini tidak tinggal solat tahajjud, solat awal waktu, tidak tinggal baca Al Quran setiap hari. Dan dia tidak pernah tinggal sedekahkan sayuran kepada jiran jiran dari hasil yang dia tanam sendiri.
Kena Ingat Allah
Pesan makcik ini. Setiap apa yang kita nak buat kena ingat Allah. Kita terlupa letak kunci ke,lupa nak beli apa ke kena berdoa kepada Allah. Apa apa nak buat kena ingat Allah. Sikit sikit Allah. Sikit sikit Allah. Kena selalu bercakap cakap dengan Allah.
Hubungkan Silaturrahim
Dan terakhir pesan makcik ini. Hubungkan silaturrahim. Jangan putuskan hubungan dengan adik beradik,dengan jiran. Kena berbuat baik kepada semua orang. Senangkan hati jiran kita dan jangan buatkan hati jiran tidak senang dengan kita.
Subhanallah. kadang kadang amalan ini selalu kita dengar,selalu ustaz bagi tazkirah. Tapi amalan inilah selalu kita lupa,selalu kita abaikan. Kita selalu lupa akan Tuhan yang maha Kaya,Yang Maha Memilik seluruh alam ini.
Moga Allah beri kekuatan untuk terus kita istiqomah dalam amalan sehingga akhir hayat.
SEBARKAN.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Betapa jika kita menjaga hubungan dengan Allah, allah lebih-lebih lagi ‘menjaga’ kita. Jagalah solat, buat sunat tahhajud dan peliharalah hubungan silahturahim sesama manusia semoga hidup kita diberkati dan limpahkan lagi rezeki.
Awal-awal perkahwinan, risau nak sediakan masakan sedap untuk suami sebab tak tahu macam mana rasanya. Mesti cuba rasa dua tiga empat kali kan. Nak pastikan rasa elok-elok.
Malah, bila makanan itu sempurna, rasanya tiap-tiap hari nak masak kan. Siapa lagi nak puji masakan kita kalau bukan suami dan anak-anak.
Kadang-kadang, mereka siap minta untuk jual. Tapi rasanya, jual kat suami dan anak sajalah. Kita tak tahu selera orang macam mana pula kan.
Bila bercerita pasal masakan sedap, sebenarnya memasak untuk keluarga juga adalah dianggap satu ibadah. Sebolehnya kita mahu masakan kita sempurna, begitu jugalah dalam kita melakukan ibadah, kena sempurna.
Walau bagaimanapun, memasak tidak hanya letakkan garam dan gula untuk bagi sesedap rasa. Mak-mak terutamanya kena baca doa ini, bukan untuk masakan lebih sempurna, tapi anak-anak mampu mendengar kata dan memberi kebaikan pada keluarga.
Ini antara perkongsian daripada Mudahnya Menjemput Rezeki tentang menyempurnakan masakan. Moga ini memberi manfaat kepada keluarga di luar sana.
Bila kita memasak, kita pun harap masakan itu sempurna dan cukup rasa. Pun begitu, masakan kita ini belum tentu sedap pada orang lain.
Jadi, kita doalah agar Allah sempurnakan masakan itu.
Tujuan makan orang beriman berbeza dengan orang bukan Islam. Orang beriman makan dengan maksud untuk dapatkan kekuatan beribadat kepada Allah. Sebab itu, perlu sangat dijaga bab-bab makan ini.
Bila rasa semangat untuk beribadat cuba ingat-ingat kembali apakah agaknya yang kita makan. Begitulah bila terasa malas dan lemah sahaja untuk beribadat; ingatlah kembali di mana kita makan dan apa yang kita makan.
Berbalik kepada tajuk di atas, bila masak
1) Baca Selawat 3 kali
2) Istighfar 3 kali
3) Berdoalah ketika memasuki dapur dengan doa ini:
“Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yang besar di sisi-Mu dan persiapkanlah petunjuk untuk kami, terhadap urusan kami.
4) Masuk dapur tutuplah aurat dan moleknya ada air wuduk.
5) Bukankah memasak itu juga ibadat, bila kita niatkan begitu. Adab memasak yang begini akan mendatangkan natijah baik terhadap orang yang memakan makan tersebut. Mudah sahaja bangun untuk bertahajud.
Alhamdulillah.. sudah semakin ramai di kalangan wanita bertudung yang terbuka hati untuk berpurdah. Sayangnya berapa ramai yang faham apabila keputusan berpurdah mahupun berniqab itu telah diambil, ada perkara yang perlu mereka lepaskan.
Maka itulah, berpurdah ini pun perlu dihayati dan difahami cara pemakaiannya. Jangan semata berpurdah, tetapi wajah masih memantis kening, mata masih bercelak tebal.
Ada garis panduan yang perlu wanita fahami. Agar pemakaian purdah bukan sekadar ikut trend. Sebaliknya, berpurdah agar tidak mendatangkan fitnah pada agama Islam itu sendiri.
Ustaz Farid Rashidi berkongsi pesanan pada wanita di luar sana yang mengenakan purdah.
Wanita Berpurdah.. Fahamilah..
Kalau nak berpurdah, pakailah betul-betul. Jangan datangkan fitnah pada agama.
Minta maaf cakap, ini tak dah elok berniqab tapi sakan bertabarruj. Dengan eyeliner terangnya, bulu mata palsu, eyeshadow gaya smokey eyes, contact lens bewarna, jubah fit ikut cutting badan. Lepas itu kuku pula calit pewarna berwarna-warni.
Aduhai.
Tak Segan Siku Bergedik Menari Di Media Sosial
Itu belum cerita pasal bergedik menari di media sosial. Bergelak tawa bagai nak rak. Semua itu boleh mengundang fitnah dan mata lelaki yang memandang.
Astaghfirullahal Azim.
Bukan nak kecam, cuma nasihatkan. Jangan kerana segelintir yang begitu, habis niqabis lain terpalit sama. Sedangkan mereka ikhlas berniqab dan menjaga aurat. Apapun, semoga anda yang berniqab sedang membaca tulisan ni tak begitu ya.
#UFR
Mingguan Wanita : Hadamkan apa ustaz tegur itu. Jangan kerana setitik nila, habis rosak susu sebelanga.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.