Melangkah masuk ke dalam restoran EATZ@Hong Kong penulis berasa bagaikan berada di Hong Kong. Penggemar makanan oriental ala Hong Kong kini tidak lagi sukar untuk menjejaki hidangan yang terkenal di kalangan masyarakat Kantonis, di Malaysia.
Dengan wujudnya cawangan pertama EATZ @Hong Kong yang mula beroperasi sejak Ogos lalu, lebih 100 Menu yang popular di kalangan masyarakat Kantonis Hong Kong dari zaman 50-an sekitar era British kolonial hingga era milenial pastinya menambat hati penggemar makanan ini.
Premis yang terletak di The Gardens Mall, Mid Valley ini juga menyediakan masakan Kantonis ala Hong Kong yang HALAL di Malaysia.
“Setiap individu mempunyai tafsiran tersendiri tentang masakan Hong Kong. Ada yang mengatakan ‘Egg Tart’, sementara yang lain mengatakan ‘Polo Bun’. Ada pula yang kata ‘Cheese Baked Rice’dan sememangnya apa yang mereka katakan itu semua adalah betul.
“Ini kerana, Hong Kong sejak dibawah zaman jajahan British sekitar tahun 50-an telah menyaksikan asimilasi budaya, termasuklah perubahan dalam Menu masakan harian mereka. Jadi, tidak menghairankan jika elemen ala British kita lihat terselit di mana-mana kafe atau kedai kopi sekitar Hong Kong dahulu kala” ujar Valerie Choo, Pengarah Urusan Simply Awesome Sdn Bhd, syarikat yang bertanggungjawab merekabentuk dan mentadbir restoran EATZ @ Hong Kong.
Ads
Menu Hong Kong Klasik dan Kontemporari
Diterajui oleh Ketua Chef, Kak Noor, anak kelahiran Terengganu, dengan lebih 10 kakitangan muda mahir di dapur, kemahiran kulinari pasukan ini mencakupi lebih 100 Menu terbaik Hong Kong. Apa yang pasti, menu tersebut sememangnya diakui tersenarai di dalam kategori kegemaran pelanggan.
Mendapatkan khidmat penasihat khas yang juga Chef Kreatif, Johnny Wong yang berasal dan membesar di Hong Kong, terhasillah pelbagai menu yang juga merupakan ‘signature dish’ seperti, CheeseBaked Chicken Cutlet with Rice, Satay Beef Rice, Curry Seafood Rice dan Australian Beef Striploin.
Ads
Juga hidangan ringan seperti Ms Souffle dan Egg Tart yang lazimnya menjadi pilihan utama masyarakat British dahulu. Tidak dilupakan hidangan klasik yang terkenal di kalangan masyarakat Hong Kong seperti Smoked Duck with Pumpkin Rice, Polo Bun with Truffle Scrambled Egg, Hong Kong Milk Tea, Hong Kong Ying Yong dan pemanis mulut Osmanthus Jelly & Red Bean Rice Pudding.
Ads
Antara menu yang disajikan..
Kekalkan Keaslian
Bagi mengekalkan keaslian dan kesahihan yang menepati piawaian rasa, Chef Kreatif Johnny memastikan pasukannya mendapat bimbingan intensif selama dua bulan sebelum EATZ @Hong Kong memulakan operasi. Amat mementingkan kualiti, Chef Kreatif Johnny turut memastikan bahawa bahan-bahan yang digunakan adalah daripada yang terbaik, segar, premium dan yang paling penting diiktiraf HALAL oleh pihak berkuasa tempatan mahupun luar negara.
“Bahan-bahan segar adalah kunci kepada proses pengeluaran kesemua Menu di EATZ @ Hong Kong sementara penggunaan dan pemilihan bahan mentah yang diiktiraf HALAL merupakan tarikan utama kepada pengunjung yang beragama Islam, mengetahui kesukaran mereka untuk mendapatkan masakan Kantonis ala Hong Kong yang HALAL di Malaysia”, tambah Valerie Choo lagi. Dekorasi dengan lukisan pemandangan di Hong Kong..
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Khas buat mak-mak yang suka kelainan, boleh cuba resepi Sambal Epal daripada Puan Rahila Laila, yang mana masakan ini dikatakan salah satu masakan kegemarannya.
Haaa… kalau biasanya anda buat air, kali ini boleh cuba tukar cara buat sambal pula! Nak makan dengan nasi lulus atau nak makan dengan makaroni macam Hakak kita buat ni pun boleh!
“Tekak rasa sedap je! Silakan sahabat-sahabat mencuba. Jika berselera, tak ada masalah. Citarasa kita tak semua sam tapi boleh buat koleksi dan cuba di saat inginkan kelainan.”
Nah, pastikan bahan-bahan ni ada di dapur…
Bahan-bahan Buat Sambal Epal:
2 biji epal hijau
5 biji bwg besar
4 ulas bwg putih
Kiub ikan bilis
Lada basah hijau
Cili padi merah@hijau
Ikan bilis
Gula jika suka
Ajinomoto jika suka
Perencah jika suka
Cara buat:
Epal hijau jangan buang kulit sebab khasiatnya di situ. Kisar kasar, boleh juga asingkan separuh yang dadu untuk masuk last dalam sambal untuk rasa crunchy.
Bawang besar banyak sikit, kisar dan tapis. Ketepikan airnya, nak kisar guna chopper pun bole macam sahabat saya cadangkan.. Itu bagi yang suka bau bawang. Tak ada masalah.
Tumbuk semua bahan ni, ikan bilis tumbuk kasar.
Kisar kasar juga cili dan lada basah hijau, bagi yang nak kurang pedas bole ikut cara ni. Tapi kalau kuat pedas, boleh guna cili padi sahaja.
Semua ditumis macam biasa dan masak sampai kering, sesuaikan rasa.
NOTA:
Tekak tengah tak sedap so akak makan ni dengan sambal epal hijau, baru selera. Ikut tekak, no hal.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tak sangka biji getah atau asam rong juga boleh dibuat makanan yang sedap. Menurut perkongsian Puan Lily Suryani Mohd Ali, bagi yang tinggal di sekitar Jerantut dan Raub, Pahang, gulai asam rong sangat popular di sana dan ia merupakan makanan orang dulu-dulu.
Berikut perkongsian resipi mudah sambal asam rong yang wanita ini sudi kongsikan;
“Gulai asam rong terkenal sangat di dearah Jerantut dan Raub. Tapi kali ni saya cuba pula masak sambal asam rong. Makanan orang dulu-dulu.Resepi ni arwah mak mertua yang ajarkan.Sesekali kita kena cuba jugak rasa makanan orang dulu-dulu”
“Mungkin ada yang tak pernah makan kan. Saya pun pelik juga, apahal makan biji getah ni”.
Bahan-Bahan:
Biji getah (kutip yg baru gugur je)
Lada
Garam
Cara Membuat:
1.Ketuk biji getah dan buang kulit keras dia.
2.Tumbuk lada dan garam kasi hancur.
3.Masukkan isi biji getah, tumbuk sampai hancur.
4. Hasilnya yang telah ditumbuk hancur.
5.Kaup isi yang ditumbuk tadi, sapu pada kuali sedikit minyak dan ratakan pada kuali bagi nipis macam lempeng.
6.Masak atas dapur dengan api yang kecil (macam api masak nasi) tunggu ianya kekuningan dan garing. Kemudian bolehlah di angkat, makan bersama nasi atau diratah begitu saja.
Selamat Mencuba.
MW: Resipi orang dulu-dulu, memang unik. Tak sangka biji getah juga boleh dimakan dan menjadi makanan yang sedap.Mak-mak yang yang ada kebun getah di kampung tu, boleh cuba resipi yang dikongsikan ini.
Nak masak telur rebus memang senang je. Tapi nak dapatkan telur rebus yang mudah dikupas kulitnya, yang licin dan cantik itu yang susah.Kalau tidak takkan lah ada perumpaan “kulit licin dan cantik bak telur yang dikupas”.
Menerusi perkongsian Puan Waheeda Basiron, beliau kongsikan tip agar telur rebus jadi helok kejadiannya.
Berikut merupakan perkongsian beliau;
“Hari ini kekda taknak share resepi. Nak share tip cara rebus telur supaya mudah untuk kupas tanpa cacat cela.
Mudah je”.
Bahan-Bahan:
Telur
1 sudu besar minyak masak
1 sudu besar garam
Air secukupnya
Cara Membuat:
1.Basuh telur bersih2 dan masukkan terus dalam periuk dan tambah air.Tak perlu air mendidih baru nak masuk telur ye.
2.Masukkan sesudu garam.
3.Kemudian masukkan sesudu minyak masak.
4.Rebus lebih kurang 15-20 minit/ sehingga air menggelegak.
5.Rendamkan dalam air biasa sekejap untuk hilangkan panas dan boleh terus kupas.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...