‘Saiz luar biasa, dua orang kena sambut baby.’ Ibu tak sangka anak seberat 5.69kilo ketika dilahirkan. Nasiblah bayi dilahirkan secara pembedahan, jika tidak azab ibunya meneran.
Besar sungguh bayi ini sampai dua orang jururawat diperlukan untuk sambut kerana beratnya yang hampir enam kilogram.
Artikel Berkaitan: Pelbagai Ujian Hamil, Penghujungnya Dipermudahkan Nadya Bersyukur “Keluar Baby Terus Hilang Segala Sakit Bersalin”
Ibu ini tidak menyangka anak keduanya mempunyai saiz badan yang agar besar, seberat kira-kira 5.69 kilogram (kg). Oleh kerana saiznya yang luar biasa, tubuh si kecil itu perlu disambut oleh dua orang!
Walaupun ibu berkenaan Amy Smit, 27, dari Cheddington, Buckinghamshire, England disahkan doktor perlu bersalin menerusi pembedahan Caesarean kerana saiz bayi yang besar, dia tidak pernah membayangkan permata hatinya sebesar itu.
“Kami tahu dia akan menjadi bayi yang tinggi, kerana semua imbasan menunjukkan dia agak panjang kerana saya dan bapanya (Zac) mempunyai ketinggian enam kaki. Tetapi kami langsung tidak menjangka anak kedua kami akan menjadi sebesar itu,” kata Smit kepada The Sun.
Saiz si comel Zagrys yang sepanjang 60.96 sentimeter (cm) melebihi jangkaan doktor hingga memerlukan dua orang untuk menariknya keluar semasa pembedahan.
Difahamkan, Zagrys tidak muat alat penimbang bayi baru lahir kerana mempunyai ukuran tubuh luar biasa berbanding bayi normal. Malah si kecil itu juga tidak muat pakaian bayi baru lahir yang dibeli.
“Saya terpaksa meminta Zac keluar untuk membeli pakaian enam bulan untuknya,” tambah Smit.
Sebelum Zagrys dilahirkan, pasangan itu menjangkakan saiznya mungkin sama dengan anak pertama mereka, lola yang seberat 4.13 kg ketika dilahirkan pada september 2018.
Bagaimanapun, Smit berkata dia mempunyai simptom yang berbeza secara semasa kedua-dua kehamilannya.
Doktor Ini Jelaskan 2 Sebab Tidak Galakkan Minum Air Selusuh Untuk ‘Mempercepatkan’ Proses Bersalin
Wanita Ini Kongsi Tip Bagi Mudahkan Proses Bersalin, Buat Ibu Yang Bakal Hadapi Detik Getir Ini
Deruan Ombak Menenangkan, Wanita PILIH Bersalin Sendiri Tepi Laut Ditemani Suami!
Semasa kehamilan pertama, wanita itu gemar makan sepanjang hari. Namun berbeza keadaannya apabila mengandungkan Zagrys semasa pandemik.
“Ketika hamilkan Zeik (nama timangan Zagrys) saya langsung tidak berselera. Saya terfikir, bayangkan betapa besarnya dia jika saya makan banyak ketika itu,” katanya.
Ketika berusia dua bulan kemudian, Zagrys mencapai berat 6.9 kg.
“Zac mempunyai darah Afrika Selatan dan sangat meminati sukan ragbi. Saiz Zeik yang besar menyebabkan Zac memanggilnya pemain ragbi kecil,” tutur Smit tentang bayinya.
Walaupun Zeik sudah cukup besar, dia masih tidak dapat merebut tahta bayi terbesar di UK yang diberikan kepada George Joseph King. King yang dilahirkan pada Februari 2013 di Gloucester Royal Infirmary, dengan berat 7 kg.
Guinness World Record merekodkan bayi paling besar semasa lahir ialah seberat 22 paun, 8 auns (10.2 kg). Bayi berkenaan dilahirkan di Aversa, Itali pada tahun 1955.
Menurut Info Sihat Kementerian Kesihatan Malaysia, wanita yang mengalami diabetes yang tidak terkawal semasa hamil berisiko melahirkan bayi melebihi 4 kg.
Mingguan Wanita : Bagi mak-mak, tak kisahlah anak yang dilahirkan besar atau kecil, yang penting anak sihat.
Sumber : sinarplus
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita