Perkara yang cukup membanggakan di saat pendemik ini melanda seluruh dunia. Saintis negara kita kita Berjaya cipta kit ujian pantas Covid-19 yang mampu mengesan virus hanya melalui air liur.

Dikatakan, sekumpulan saintis tempatan berjaya menghasilkan kit ujian pantas atau ‘rapid test kit’ pertama di dunia yang mempunyai ketepatan bacaan sama dengan ujian dilakukan di makmal.

Inovasi dihasilkan kumpulan saintis diketuai Prof Madya Dr Wan Wardatul Amani Wan Salim, iaitu rakyat Malaysia pertama yang melancarkan alat sensor deria agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) bagi mengukur dan memantau organisma satu sel di angkasa.

Saintis Negara Hasilkan Kit Ujian Pantas

Kumpulan saintis berkenaan turut tersenarai sebagai antara 15 finalis bagi Anugerah Komuniti anjuran universiti berprestij Amerika Syarikat (AS), Massachusetts Institute of Technology (MIT) – MIT Solve Challenge.

MIT Solve Challenge adalah platform pemasaran bagi inovasi impak sosial dari seluruh dunia serta peluang bagi usahawan teknologi mengembangkan potensi mereka.

Wan Wardatul Amani menjelaskan, kit ujian pantas dihasilkannya itu mampu mengesan COVID-19 menggunakan air liur berbanding teknologi sedia ada.

Anak kelahiran Pulau Pinang itu turut menjelaskan, inovasi dihasilkannya mampu mengesan COVID-19, walaupun air liur individu terbabit tidak mengandungi banyak virus lain pada kadar lebih murah dan cepat.

Baca Juga Di Sini:

IKLAN

Saintis Dedah Kimchi Boleh Rawat Masalah Keguguran Rambut!

Saintis Pesan Kurangkan Membawang, Lebihkan MAKAN Bawang Merah Mentah, Ini Sebabnya..

Untuk info lebih menarik, klik saja di sini. 

Mampu Kesan Virus Melalui Air Liur

Katanya, projek itu asalnya adalah cubaan untuk membangunkan alat bacaan glukos lebih baik yang mampu mengesan kandungan gula melalui air liur.

“Inovasi ini bermula apabila saya dengan usaha sama Malaysian Relief Agency (MRA) membangunkan sensor untuk mengesan bakteria berbahaya yang digunakan ketika kejadian banjir di Kuala Krai, Kelantan, pada 2014.

IKLAN

“Bagaimanapun, kumpulan saya mula memikirkan idea untuk bantu memerangi COVID-19, ketika wabak itu melanda seluruh negara. Daripada situ kita cuba kembangkan teknologi digunakan bagi saringan COVID-19,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif nanoSkunkWorkX Sdn Bhd, Iqbal Shamsul, berkata pihaknya sedang mencari dana untuk memasarkan alat berkenaan, selain mensasarkan Malaysia sebagai hab inovasi terbabit.

Selain itu, beliau turut berharap dapat mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bagi membentangkan hasil inovasi berkenaan.

“Kita masih menunggu maklum balas daripada National Technology & Innovation Sandbox (NTIS), selain mengemukakan rayuan kepada Kementerian Pengajian Tinggi yang menolak permohonan kami.

IKLAN

“Kita berharap Malaysia mampu menjadi hab penghasilan alat ini kerana ia adalah hasil inovasi anak tempatan, selain sensor strip bagi alat ini boleh dijual pada harga kurang RM4, jika ia dipasarkan secara meluas nanti,” katanya.

Menteri Bangga Dengan Pencapaian Saintis Negara

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, di Facebooknya menjelaskan, pihaknya bangga dengan pencapaian kumpulan saintis tempatan berkenaan.

“Dr Wan Wardatul Amani dan pasukannya kini menerajui sebuah penyelesaian dengan menghasilkan Hybrid Rapid Test Kit dengan elemen teknologi nano bagi melakukan ujian saringan COVID-19 di mana saja dengan mudah dan berkesan.

“Sehingga hantaran ini ditulis, Dr Wan Wardatul Amani mendahului pasukan lain bagi memenangi anugerah ini. Bagaimanapun, mereka masih memerlukan undian anda semua bagi memastikan kejayaannya dengan baki beberapa hari lagi sebelum undian ditutup,” katanya.

Undian boleh dibuat dengan mendaftar masuk di https://solve.mit.edu/challenges/health-security-pandemics/solutions.

MW: Semoga inovasi ini mampu memberi impak positif kepada negara. Pencapaian ini merupakan kejayaan yang amat membanggakan bagi seluruh rakyat Malaysia. 

Sumber: BH Online

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI