Jus kunyit ini sememangnya kaya dengan khasiat. Tapi, macam mana nak pastikan kunyit yang diolah menjadi air rebusan itu kekal khasiatnya.
Dr Suri Roowi, Saintis Prinsipal berkongsi teknik sebenar menyediakan jus kunyit (tumeric) atau biasa mak-mak sebut air rebusan kunyit. Beliau juga memberikan panduan cara betul meminum jus kunyit. Dan apakah cara terbaik untuk anda minum jus kunyit ketika sedang mengambil ubat-ubatan moden.
1. Kunyit sebaiknya di ‘blend’, dimasak atas dapur sebelum diminum.
2. Kajian menunjukkan memasak kunyit yang di’blend’ dalam masa singkat (kurang 10 minit) dapat tingkatkan bahan berkhasiat (kurkumin) di dalam air rebusan dan lebih mudah di serap ke dalam darah.
3. Merebus kunyit lama (lebih 15 minit) akan kurangkan khasiat kunyit sehingga 50%
. Memanggang akan turunkan khasiat sehingga 75% manakala menggoreng @ menumis akan kurangkan khasiatnya sehingga 98%4. Menurut Saintis dari Institut Penyelidikan Teknologi Makanan, Mysore, India, memasak kunyit untuk tempoh lama akan menyebabkan kehilangan bahan berkhasiat sehingga 53%. Walau bagaimanapun, kehilangannya dapat diturunkan kepada 30% jika kunyit dimasak @ rebus BERSAMA sedikit ASAM JAWA.
5. Bahan berkhasiat kurkumin bersifat lipofilik (suka pada minyak) jadi, untuk tingkatkan penyerapan bahan khasiat dalam darah, kunyit sebaiknya diambil bersama susu atau sedikit minyak zaitun. Penggunaan santan pada kadar sederhana juga dibolehkan.
6. Meminum jus kunyit BERSAMA secubit serbuk LADA HITAM juga dapat meningkatkan penyerapan bahan berkhasiat dalam kunyit. Kajian menunjukkan bahan piperine (bahan berkhasiat dalam lada hitam) dapat tingkatkan penyerapan bahan berkhasiat kunyit (kurkumin) sehingga 2000%.
Kajian yang dilakukan oleh Saintis China pada tahun 2015 juga mendapati gabungan kunyit dengan lada hitam dapat tingkatkan penyerapan bahan khasiat kunyit dengan ketara
Selain itu, gabungan kunyit dengan lada hitam dapat elakkan pembesaran batu hempedu dan dapat turunkan lemak dan kolesterol darah.
Kajian oleh Saintis Italy pada 2019 pula mendapati kunyit hidup boleh membantu masalah kulit seperti radang, psoriasis, atopik dermatitis, penjagaan luka, kanser kulit dan jangkitan kuman. Caranya adalah dengan mem`blend’ dan disapu atas kulit.
Khasiat kunyit ramai dah tahu, tapi rahsia ibu kunyit ini mak dalam pantang kadang terlepas pandang.
1. Kajian ke atas 121 individu menunjukkan pemberian 4 g kunyit selama beberapa hari kurangkan risiko serangan jantung sehingga 65%.
2. Kajian lain menunjukkan pemberian 4 g kunyit selama 30 hari kepada 44 lelaki mengurangkan risiko kanser usus sehingga 40%
3. Kajian menunjukkan kunyit bertindak sebagai anti-radang yang kuat dan dapat membantu mengatasi arthritis.
4. Kajian TERKINI yang dilakukan Saintis pada tahun 2020 di University of Houston, USA mendapati kunyit boleh bantu MEMPERBAIKI penyakit buah pinggang pada kedua-dua model tikus nefritis akiut atau kronik (dengan menurunkan ‘proteinuria’, ‘blood urea nitrogen’, ‘glomerulonephritis’, ‘crescent formation’ ‘tubule-interstitial disease’ dan renal infiltration by lymphocytes.
1. Elakkan pengambilan jus kunyit bersama ubat-ubatan moden dan suplemen cair darah, suplemen antiplatelet dan ubat antikencing manis.
2. Penggambilan jus kunyit semata (100% kunyit) yang terlalu banyak boleh meningkatkan risiko batu karang. Ini kerana kunyit tinggi bahan oksalat, bahan ini dapat mengikat kalsium dan membentuk kalsium oksalat (batu karang) dalam ginjal atau pundi kencing.
3. Untuk kurangkan risiko bentuk batu karang, sebaiknya minum susu selepas minum jus kunyit.
Selamat mencuba dan dapatkan nasihat Dr anda
Mohon jasa baik anda agar tidak iklankan produk kunyit anda di sini.
Untuk dapatkan info lanjut tentang perkongsian saya, boleh layari link di bawah;
https://t.me/joinchat/AAAAAEwKmp0ukvWBV0oB6Q
Sumber/Foto : Dr Suri Roowi