Jus kunyit ini sememangnya kaya dengan khasiat. Tapi, macam mana nak pastikan kunyit yang diolah menjadi air rebusan itu kekal khasiatnya.
Dr Suri Roowi, Saintis Prinsipal berkongsi teknik sebenar menyediakan jus kunyit (tumeric) atau biasa mak-mak sebut air rebusan kunyit. Beliau juga memberikan panduan cara betul meminum jus kunyit. Dan apakah cara terbaik untuk anda minum jus kunyit ketika sedang mengambil ubat-ubatan moden.
TEKNIK SEBENAR SEDIAKAN JUS KUNYIT (Turmeric)
1. Kunyit sebaiknya di ‘blend’, dimasak atas dapur sebelum diminum.
2. Kajian menunjukkan memasak kunyit yang di’blend’ dalam masa singkat (kurang 10 minit) dapat tingkatkan bahan berkhasiat (kurkumin) di dalam air rebusan dan lebih mudah di serap ke dalam darah.
3. Merebus kunyit lama (lebih 15 minit) akan kurangkan khasiat kunyit sehingga 50%. Memanggang akan turunkan khasiat sehingga 75% manakala menggoreng @ menumis akan kurangkan khasiatnya sehingga 98%
Ads
4. Menurut Saintis dari Institut Penyelidikan Teknologi Makanan, Mysore, India, memasak kunyit untuk tempoh lama akan menyebabkan kehilangan bahan berkhasiat sehingga 53%. Walau bagaimanapun, kehilangannya dapat diturunkan kepada 30% jika kunyit dimasak @ rebus BERSAMA sedikit ASAM JAWA.
5. Bahan berkhasiat kurkumin bersifat lipofilik (suka pada minyak) jadi, untuk tingkatkan penyerapan bahan khasiat dalam darah, kunyit sebaiknya diambil bersama susu atau sedikit minyak zaitun. Penggunaan santan pada kadar sederhana juga dibolehkan.
6. Meminum jus kunyit BERSAMA secubit serbuk LADA HITAM juga dapat meningkatkan penyerapan bahan berkhasiat dalam kunyit. Kajian menunjukkan bahan piperine (bahan berkhasiat dalam lada hitam) dapat tingkatkan penyerapan bahan berkhasiat kunyit (kurkumin) sehingga 2000%.
KHASIAT & ‘REMINDER’ TENTANG KUNYIT
Ads
Kajian yang dilakukan oleh Saintis China pada tahun 2015 juga mendapati gabungan kunyit dengan lada hitam dapat tingkatkan penyerapan bahan khasiat kunyit dengan ketara
Selain itu, gabungan kunyit dengan lada hitam dapat elakkan pembesaran batu hempedu dan dapat turunkan lemak dan kolesterol darah.
Kajian oleh Saintis Italy pada 2019 pula mendapati kunyit hidup boleh membantu masalah kulit seperti radang, psoriasis, atopik dermatitis, penjagaan luka, kanser kulit dan jangkitan kuman. Caranya adalah dengan mem`blend’ dan disapu atas kulit.
ADAKAH PENGAMBILAN JUS KUNYIT BAIK UNTUK KESIHATAN?
1. Kajian ke atas 121 individu menunjukkan pemberian 4 g kunyit selama beberapa hari kurangkan risiko serangan jantung sehingga 65%. 2. Kajian lain menunjukkan pemberian 4 g kunyit selama 30 hari kepada 44 lelaki mengurangkan risiko kanser usus sehingga 40% 3. Kajian menunjukkan kunyit bertindak sebagai anti-radang yang kuat dan dapat membantu mengatasi arthritis. 4. Kajian TERKINI yang dilakukan Saintis pada tahun 2020 di University of Houston, USA mendapati kunyit boleh bantu MEMPERBAIKI penyakit buah pinggang pada kedua-dua model tikus nefritis akiut atau kronik (dengan menurunkan ‘proteinuria’, ‘blood urea nitrogen’, ‘glomerulonephritis’, ‘crescent formation’ ‘tubule-interstitial disease’ dan renal infiltration by lymphocytes.
BOLEHKAH KITA MEMINUM JUS KUNYIT BERSAMA UBATAN MODEN @ MEMINUMNYA PADA KADAR TINGGI?
1. Elakkan pengambilan jus kunyit bersama ubat-ubatan moden dan suplemen cair darah, suplemen antiplatelet dan ubat antikencing manis. 2. Penggambilan jus kunyit semata (100% kunyit) yang terlalu banyak boleh meningkatkan risiko batu karang. Ini kerana kunyit tinggi bahan oksalat, bahan ini dapat mengikat kalsium dan membentuk kalsium oksalat (batu karang) dalam ginjal atau pundi kencing. 3. Untuk kurangkan risiko bentuk batu karang, sebaiknya minum susu selepas minum jus kunyit.
Selamat mencuba dan dapatkan nasihat Dr anda
Mohon jasa baik anda agar tidak iklankan produk kunyit anda di sini.
Sungguh tak sangka daun kering pun ada kegunaannya.Berbudi pada tanah sememangnya tiada ruginya.Apatah lagi bercucuk tanam untuk kegunaan sendiri.Berkebun juga kan satu senaman untuk keluarkan peluh. Badan pun boleh bertambah sihat.Namun begitu, bukan semua hasil semaian berkebun membuahkan hasil yang diharapkan ada yang langsung tidak berputik mahupun berbunga meski pelbagai cara telah digunakan.
Melalui perkongsian PuanAisyah Othaman dari #abuNummuulfahminikebun, beliau berkongsi petua yang cukup mudah untuk dilakukan tanpa mengeluarkan kos sesen pun.Hanya menggunakan daun-daun kering!. Hasilnya pula boleh dilihat dalam masa hanya dua minggu.
“Pokok limau dari #abuNummuulfahminikebun sedang membesar dan mengeluarkan hasil dengan banyaknya selepas setahun lebih ditanam…Alhamdulillah..”
“Sepanjang setahun lebih ni ade sekali letak baja masa awal-awal ditanam…selepas itu tak letak apa-apa. Dalam bulan Februari baru-baru ni,baru teringat 1 petua daripada mak, yang dilakukan pada pokok bunga kantan dia.Saya cuba buat perkara pada pokok limau, selepas 2 minggu dengan izinNya, pokok limau ini mula berputik dengan banyaknya.”
20 Feb 2017- Selepas 2 minggu cubaan petua, mula keluar banyak putik-putik putih.
22 Februari 2017- Selepas 2 minggu cubaan petua, mula keluarkan bunga.
15 Mac 2017- Selepas bunga gugur dan pokok limau mula berbuah.
Caranya:
Hanya letak daun-daun kering atau daun rumput kering pada pangkal pokok.
Bagi pokok bunga kantan sesuai juga letak daun rumput kering.
Mingguan Wanita: Menarik petua dan tip yang dikongsikan ini. Tak mengeluarkan kos pun, hanya gunakan daun dan rumput kering je, pokok-pokok mula keluarkan putik. Boleh cuba nanti bagi pokok-pokok yang payah sangat nak berbuah.
Jika bilik air kecil dan mempunyai ruang yang terhad, sebolehnya kurangkan penggunaan rak mahupun barangan yang ada agar tidak nampak terlalu serabut. Barang-barang mandian seperti sabun, syampu, ubat gigi pula boleh sahaja susun di atas sinki bagi menjimatkan ruang. Namun masalah yang berlaku pula, barangan tersebut mudah jatuh dan bertaburan di lantai mahupun dalam sinki.
Menarik idea yang dikongsikan oleh Suebrie Msyini. Boleh cuba buat sendiri di bilik air dan barulah botol-botol dan barangan mandian tersebut tak jatuh.
Siapa yang ada singki kecil dalam bilik air tu dan buat letak botol-botol sabun,shampoo & sebagainya mesti jatuhkan masa picit. Saya tak guna rak sangkut, bilik air kecil je.
Bahan-Bahannya:
Cap Penutup PVC 15mm 2 unit
Elbow 15mm 2 unit
Paip PVC saiz 15mm standard rumah, panjang ikut citarasa
Pili paip saya tukar beli kat mr.diy tinggi 7inci
Cara Membuat:
1. Tebuk Cap penutup paip pvc dan skru.
2. Tebuk guna skru driver.
3. Tebuk lubang masukkan wallplug plastic kat dalam lubang untuk masuk skru (betoi ka orang panggil wallplug) hentam saja.
4. Masukkan skru dan ketatkan.
5. Sambung buat ukuran lebih kurang singki kecil ni.Tambah 2 elbow.Selesai masalah botol jatuh huhhu.
6. Cap yang saya tebuk tadi.
Info Ekstra!
Satgi ada pulak kata boleh roboh kalau letak banyak, tak kot botol sabun tak berat mana, singki tu pun dah berat. Besi penahan dia pastikan elok tak berkarat di bawah tu.
MW: Kreatif dan menarik juga idea ini. Jadi kalau ruang terhad di bilik air dan tiada rak, hanya singki kecil boleh buat macam ni. Barulah botol-botol dan barang-barang mandian tak mudah jatuh.
Sudah tentu mengujakan apabila dapat melukis di atas kasut sendiri bukan? Apatah lagi dapat memilih atau mereka sendiri corak yang diidamkan. Walaupun pada mulanya hanya sepasang kasut putih yang makin dilupakan.
Namun apabila dilukis dan diwarnakan dengan kemas dan cantik, kasut putih tadi berubah wajah dan nampak mahal. Puan Syarul Nadia Hamdan yang merupakan guru Pendidikan Seni Visual (PSV) berkongsi bagaimana caranya melukis di atas kasut kanvas. Rupanya mudah sahaja.
Seronok Hasilkan Corak Sendiri
Tentulah seronok apabila dapat menghasilkan kasut dengan corak pilihan hati. Kelebihannya apabila buat sendiri, kita akan rasa lebih puas dan sentimental value lebih tinggi.
Lagi pula kalau kita buat untuk orang yang kita sayang iaitu anak-anak. Of course, saya lakukan dengan sepenuh hati dan mahukan yang terbaik. Selain itu hasil corak kasut tak akan sama dengan orang lain dan sudah semestinya tiada di pasaran.
Praktis Sebelum Mengajar
Sebenarnya, tugasan ini merupakan salah satu soalan Kajian Rekaan Seni Visual (KRSV) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini, iaitu bertajuk reka corak kasut. Jadi saya test dahulu buat kasut itu sebelum mengajar.
Kiranya karya ini seperti bahan bantu mengajar untuk pelajar tingkatan 5 lah. Alang-alang buat, saya rasa lebih elok apabila boleh terus dipakai. Saya hasilkan tiga pasang untuk semua anak-anak.
Corak setiap kasut adalah tema pilihan anak-anak sendiri. Kemudian barulah, saya buat rujukan di internet dan ubah-ubah sedikit mengikut kesesuaian.
Anggaran Kos
Jika tidak berada dalam tempoh PKP mungkin lebih mudah mencari kasut kanvas yang lebih murah. Namun disebabkan oleh PKP, kebanyakan peralatan dibeli secara online.
Kasut anggaran harga RM 10 hingga RM 25
Warna akrilik. Anggaran harga RM 30 hingga RM 40 sekotak (12 warna). (Harga berbeza ikut jenama warna yang digunakan).
Berus pilih yang berkualiti supaya kerja-kerja mewarna lebih senang. Anggaran harga RM 3.50 hingga RM 4 sebatang.
Bahan-bahan:
Sepasang kasut sekolah berwarna putih
Warna akrilik
Berus
Pensel
Langkah-langkah:
Langkah 1:
Proses melukis atas kasut menggunakan pensil. Lakarlah corak yang anda mahukan.
Langkah 2:
Proses mewarna menggunakan cat akrilik.
Langkah 3:
Biarkan cat betul-betul kering.
INFO TAMBAHAN:
Sebenarnya cat akrilik tidak memerlukan waktu yang lama untuk kering dan tak perlu dijemur. Hanya dibiar pada suhu bilik sudah memadai. Warna akrilik juga kalis air apabila DIBIARKAN betul-betul kering.
MW: Mak, ayah mungkin dapat jadikan aktiviti ini untuk mengisi terluang ketika PKP ini. Galakkan anak-anak untuk melukis bersama mak, ayah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tiada yang lebih menyayat hati bagi seorang ibu selain melihat anak yang dikandung, dibesarkan dan disayangi dengan sepenuh jiwa, kembali dalam keadaan sudah tidak...