Saintis Kata Daun Pisang Bukan Saja Cegah Kedut Di Muka, Boleh Juga Turunkan Haba Ketika Demam

Share

Biasanya daun pisang ini terkenal sebagai pembungkus makanan saja kan. Rupanya daun pisang yang kita mudah jumpa dekat tepi jalan atau belakang rumah kita itu, besar manfaatnya kepada kecantikan wanita.

Menurut Dr. Suri Roowi, Saintis merangkap Timbalan Pengarah Program Perekaan Makanan dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), hasil kajian menunjukkan daun pisang bertindak sebagai anti penuaan.

Kajian telah dilakukan oleh saintis Korea dan diterbitkan dalam jurnal Korean Society for Biotechnology and Bioengineering pada tahun 2016. Yang mana, ia menyatakan tentang kebaikan daun pisang.

Hasil kajian, daun pisang boleh bertindak sebagai anti kedut. Caranya kena rebus dan ekstrak dulu. Lalu tampal ke bahagian yang kedut itu. Ekstrak daun pisang ini tampal di muka. Dan ini telah dibuktikan secara klinikal. Selepas beberapa bulan nampak penurunan kedut yang ketara

.”

Kenapa Daun Pisang Itu Ejen Anti Kedut Yang Baik?

Ini kerana dengan aplikasi ekstrak daun pisang pada bahagian muka seseorang itu akan meningkatkan penghasilan pro kolagen. Kolagen ini sangat diperlukan untuk mengudangkan kedut.”

Pada masa yang sama enzim MMP-1 dan enzim MMP-2 akan menurun. Enzim-enzim inilah yang akan menyebabkan kulit wajah seseorang nampak berkedut.”

Daripada kajian juga mendapati terdapatnya satu bahan yang dikenali sebagai asid corosolic yang setakat ini hanya banyak terdapat dalam daun pisang.” Asid corosolic ini anti oksida yang kuat untuk membebas dan meneutralkan radikal bebas.”

 

Fungsi Lain Daun Pisang Yang Mak-mak Kena Tahu

Tambah Dr Suri lagi, daun pisang ini ada banyak kegunaan lain yang memberi manfaat besar kepada pengguna. Antara lain yang mak-mak boleh ambil tahu adalah :

1. Daun pisang sesuai untuk mereka yang mengalami masalah terkena benda panas atau melecur. Jadi balut kesan lecur itu dengan daun pisang. Nanti haba dari tangan kita akan dipindahkan ke daun pisang.

2. Untuk turunkan suhu semasa demam. Salah satu teknik yang bagus adalah tidur atas daun pisang. Daun pisang ini nanti akan menyerap haba dari tubuh ke daun pisang.

3. Ekstrak daun pisang boleh turunkan glukosa dalam darah. Ada kajian menunjukkan ekstrak daun pisang boleh tingkatkan insulin dan juga menunjukkan aktiviti anti bakteria iaitu bunuh kuman.

4. Memandangkan daun pisang ini tak boleh dimakan, jadi untuk mendapatkan khasiatnya dalam makanan kita. Mak-mak bolehlah masak nasi beralaskan daun pisang. Begitu juga waktu nak makan, hidangkan dalam pinggan beralas daun pisang.

 

Bukan Saja Daun, Jantung Pisang Pun Kaya Khasiat

Jantung pisang tinggi kandungan fiber (5.74g/100g).

Jantung pisang juga tinggi antioksidan dan mengandungi bahan berkhasiat alkaloid, glycoside, steroid, saponin, tannin, flavanoid dan terpenoid.

Jantung pisang susu lebih tinggi.khasiat berbanding abu, berangan, nipah, mas dan rastali

Jantung pisang juga mempunyai nilai perubatan dan pengambilan jantung pisang membantu masalah pendarahan berlebihan semasa haid.

Jantung membantu meningkatkan tahap progesteron dalam badan dan boleh mengurangkan pendarahan.

Kajian dalam jurnal Phytotherapy Research menunjukkan pemberian ekstrak jantung pisang selama 30 hari boleh menurunkan tahap gula dalam darah dan meningkatkan sel darah merah pada tikus.

 

Ini Pula Khasiat Pisang Mentah

Pisang mentah yang direbus mengandungi kanji rintang (70-80%)

Kanji ini tidak dicerna dan bertindak seperti serat.

Ia membantu kawal GULA DARAH dan membuatkan kita rasa kenyang.

Pisang hijau mempunyai indeks glisemik (GI) =30 berbanding pisang masak = 60. Justeru ia sesuai untuk pesakit diabetic.

Walau bagaimanapun memakan pisang hijau rebus pada kuantiti banyak boleh sebabkan kembung perut.

Sumber/Foto : Dr Suri Roowi

 

Published by
Netty Ah Hiyer