Saida selamat bernikah kali ketiga, penyanyi Siti Saida Tarudin atau Saida telah bergelar isteri buat kali ketiga selepas melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihan hatinya dikenali Aizal.
Sebelum ini, Saida pernah mendirikan rumah tangga dengan suami pertama, Mohd Ghazali Yahya Zikri pada 14 Disember 1996, namun berpisah pada 7 Oktober 2011. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Siti Nurunnyssa, Anas, Khalid dan Siti Nurul Mashitah.
Kemudian, Saida berkahwin dengan seorang ahli perniagaan, Hafizh Che Mat pada 2016.
Saida Selamat Bernikah Kali Ketiga
Perkhabaran gembira mengenai pernikahan Saida telah dikongsikan adik kesayangannya yang juga penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi akaun rasmi Instagramnya.
“Alhamdulillah, selesai sudah majlis pernikahan kakak kesayangan saya Siti Norsaida Tarudin bersama pasangannya.
Ads
“Doa adikmu agar bahagia hingga ke Jannah. Terima kasih suamiku hadir bersama walaupun Subuh tadi dah keluar menyertai pertandingan kayuhan lasak MTB di Putrajaya. Love you darling,” tulis Siti Nurhaliza di Instagram.
Sewaktu majlis berlangsung Siti Nurhaliza juga turut merakamkan beberapa perkongsian di Instagram Story. Kelihatan Saida begitu anggun mengenakan gaun kembang berwarna putih, manakala suaminya segak memakai sut bercorak warna hitam.
Bukan itu saja malah tetamu juga turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian daripada anak saudaranya iaitu anak Siti Sairah, Ummi Umairah.
Ads
Sumber: Instagram CTDK
Mingguan Wanita : Selamat pengantin baru Saida dan suami. Semoga berbahagia hingga ke jannah.
Matematik jadi subjek paling dibenci kerana terlalu susah, Cikgu Fadli dedah 25% pelajar gagal dalam SPM. Jelas satu angka yang sangat menakutkan. Bukan saja pada masa depan negara tetapi juga dalam bidang-bidang profesional seperti jurutera, pilot, doktor, ahli fizik dan lain lagi kerana kemasukan ke universiti awam memerlukan pelajar mendapat kredit yang bagus dalam subjek ini.
Namun jika ia menjadi subjek dibenci pelajar kerana susah mempelajarinya, apa akan jadi pada bidang profesional seperti ini?
Matematik Jadi Subjek Paling Dibenci Kerana Terlalu Susah
Cikgu Mohd Fadli sekali lagi berkongsi silibus aras tinggi yang dihadapi oleh anak-anak kita di alam persekolahan dan menjadi keluhan kepada pelajar kerana standartnya terlalu tinggi untuk dicapai.
Cikgu Fadli dedahkan sistem pendidikan Malaysia boleh kembali ke zaman batu kerana silibus terlampau tinggi ini. Malah perjuangannya tentang silibus terlampau tinggi hampir dikenakan tindakan tatatertib. Namun niatnya hanya satu mahu lihat masa depan anak bangsa terjaga.
Baca perkongsian di fbnya:-
Data ini perlu kita risaukan. Ibubapa perlu risau. Guru-guru perlu risau. Pelajar pun perlu risau. Nisbah kegagalan ini sangat besar. Bukan kecil anak bila seorang dari empat calon gagal ni. 25% gagal tau. Bukan tak lulus, tapi gagal.
Dulu, Matematik merupakan salah satu subjek yang paling ramai calon dapat A selepas BM. Tak kira exam apa pun. UPSR ke, PMR ke SPM ke.
Matematik menjadi favourite subjek kepada pelajar. Senang nak score A. Nak lulus lagi senang.
Sekarang, ia menjadi killer subjek. Subjek paling susah nak lulus. Lebih susah dari Sains dan English!
Bila benda ni bermula? Bila Matematik menjadi killer subjek? Menjadi subjek paling dibenci oleh pelajar? Bila ia bermula?
Ia bermula sejak silibus KSSR/KSSM diperkenalkan. Sebelum ini, semua murid guna silibus KBSR/KBSM.
KSSR/KSSM mula diperkenalkan pada tahun 2011.
Satu silibus yang tiba-tiba berubah drastik. Tiba-tiba jadi padat, banyak, dan sukar. Saat KSSR diperkenalkan banyak topik yang sebelum ini diajar di tahun 4, dimasukkan ke tahun 1 contohnya Pecahan, Bundar dan Perpuluhan.
Juga diperkenalkan pembelajaran abakus (sempoa) seawal darjah 1. KBAT juga diperkenalkan kepada murid-murid seawal darjah 1.
Silibus KSSR yang terlampau tinggi dan padat ini membuatkan ramai guru-guru meluahkan kritikan. Terlalu banyak, terlalu padat, masa mengajar tak cukup untuk memberi faham, diluar kemampuan murid nak hadam.
Namun zaman itu, mana-mana guru yang jujur berkata akan didiamkan dengan ugutan tatatertib, kena surat tunjuk sebab, kena tukar sekolah dan seumpamanya.
Akhirnya pada tahun 2016, KPM umumkan ada perubahan baru dalam silibus. KSSR hanya bertahan 6 tahun (satu kohort).
Semua guru menarik nafas lega termasuk saya. Luahan tentang silibus KSSR 2011 akhirnya didengari.
Kami ingat silibus baru ini mereka akan buat tambah baik, kurangkan kepadatan silibus, buang topik yang tak sesuai dengan aras murid, lebih ringan dan boleh dicapai murid-murid.
Rupanya sebaliknya yang berlaku. Silibus makin dipadatkan. Makin ditinggi arasnya. Subjek Prinsip Akaun dimasukkan dalam buku teks sekolah rendah.
Subjek takaful dan insuran juga diperkenalkan. Murid-murid sekolah rendah kena pandai kira interest rate pinjaman perumahan 30 tahun, kena pandai kita kadar dividen ASB, kena kira loan kereta 9 tahun, kena tahu apa itu aset, liabiliti, cara urus akaun, debit kredit semua.
Ingat silibus KSSR Semakan 2017 makin memberi harapan, rupanya makin bertambah gelap dunia Matematik anak-anak kita.
Anak-anak mula jadi benci Matematik. Anak-anak rasa susah. Matematik jadi killer subjek dalam setiap exam. Guru-guru berpeluh nak bagi faham pada murid yang ramai, masa yang tak cukup, ilmu dan topik diluar kemampuan murid-murid.
Hasilnya kita boleh lihat pada hari ini.Inilah hasil silibus KSSR Semakan 2017.
Cikgu Fadli Dedah 25% Pelajar Gagal Dalam SPM
1 daripada 4 calon SPM gagal Matematik.
Satu nisbah yang sangat besar dan perlu dirisaukan. Inilah realitinya. Punca apa semua ini terjadi?
Punca suara guru didiamkan sejak 12 tahun yang lepas. Punca luahan guru tentang sukarnya silibus KSSR 2011 tidak diendahkan. Mereka abaikan suara guru-guru yang berkubang di lapangan ini.
Mereka tong sampahkan semua kritikan membina dari guru pelaksana dasar ini. Kesannya pada siapa? Pada guru? Tidak tuan-tuan.
Kesannya pada anak-anak kita.Pada generasi kita. Silibus terlampau tinggi ini membunuh minat anak-anak kita. Dan mungkin benar ulasan sesetengah tokoh akademik, ‘Malaysia kembali ke Zaman Batu’.
Sedih bila renung mata anak-anak sendiri. Dengar luahan mereka tak faham nak buat Matematik sampai menangis-nangis.
Jika minda tak betul-betul kental, anak-anak tak akan suka subjek Math sampai bila-bila kerana terlalu susah
Sedih lihat anak-anak sendiri jadi mangsa eksperimen orang atasan. Sedih melihat orang atasan yang ada kuasa terus angkuh dan sombong mendabik dada menolak semua kritikan membina dari guru-guru.
Kerana keangkuhan mereka itu, generasi dan masa depan negara menjadi taruhan.
Pendidikan ini terlalu mahal untuk diperjudikan. Ia menentukan di mana dan siapa negara kita di masa akan datang.
Tolonglah teliti dan cermat sebelum buat apa-apa keputusan, dasar dan program melibatkan anak-anak kami.Jangan buat perubahan melulu.
Terbaru, PBD (PBS) pula nak dilaksanakan secara melulu. Satu sistem yang dimansuhkan pada 2013 kerana kegagalan, tapi Lembaga Peperiksaan nak kembalikan semula tanpa kaji dengan cermat, tanpa ambil kira feedback dari guru-guru dan ibubapa.
Ah, apa nak jadi dengan sistem pendidikan kita hari ini?
Suatu sinar yang aku nampak dibawah pentadbiran YBM Fadhlina Sidek sebelum ini seakannya makin malap. Makin gelap. Makin hilang keyakinan.
Apa nak jadi sebenarnya dengan pendidikan anak-anak kita? Entahlah.
Take off & landing, juruterbang hanya ada masa 4 minit kendali pesawat. Selamat atau terhempas. Kala ini Nepal berduka dengan tragedi terhempasnya pesawat ATR-72 yang mengorbankan seramai 68 orang dari 72 penumpang dalam nahas yang berlaku dua hari lalu.
Dalam insiden yang tular di media sosial, rakaman video akhir dari seorang penumpang Sonu Jaiswal, 29 memaparkan bandar pelancongan Pokhara sebelum situasi mula memburuk dan kedengaran bunyi bising sebelum penstriman langsung di fb itu terputus.
Nahas udara itu juga disifatkan paling buruk pernah berlaku di Nepal sejak tiga dekad lalu di mana pesawat ini terhempas ketika cuba mendarat di bandar pelancongan Pokhara selepas berlepas dari Kathmandu.
Rakaman dari telefon bimbit menunjukkan pesawat ini terbang rendah, mulai terbakar sebelum hilang kawalan dan menjunam ketika menghampiri lapangan terbang di Pokhara.
Ekoran kes melibatkan pesawat ini, Kapten Mohd Ezairul Rezan Zainol berkongsi masa penting iaitu 4 minit bagi seorang juruterbang untuk memastikan pesawat selamat ketika berlepas dan mendarat atau terhempas ketika dikendalikan.
Ini perkongsiannya.
Dalam kelas kau pagi tadi ada satu video yang aku lihat berkenaan dengan isu “safety and aircraft incident”.
Yang menarik adalah kata-kata salah seorang “Ex pilot” dalam video tu.
“Actually pilot’s was really at works for about 4 minute only, other than that the autopilot fly the aircraft by itself”.
Dan kebetulan pula ada soalan yang aku baca di ruangan komen bertanyakan soalan ini.
“Saya pernah diberitahu oleh bekas kakitangan MAS, pesawat adalah pengangkutan paling selamat di dunia. Tetapi saat paling bahaya adalah waktu take off dan touch down. Mohon penerangan tuan tq”.
Ok ini adalah jawapan saya.
Memang benar, saat paling bahaya bagi setiap pesawat adalah ketika waktu “Take Off & Landing”. Inilah maksud sebenar “Ex-pilot” dalam video itu tadi.
Banyak kemalangan melibatkan pesawat adalah ketika waktu pesawat baru berlepas atau ketika hendak mendarat.
Waktu tersebut adalah sangat “crucial” bagi pilot kerana apa-apa kecemasan yang berlaku ketika waktu tersebut hendaklah ditanggani dengan serta merta dan betul.
Sebarang kelalaian, ketidakcekapan atau kelewatan pilot menanggani masalah tersebut pada ketika itu akan menyebabkan “disaster”.
Penumpang ini sempat membuat penstriman langsung di fbnya sebelum pesawat terhempas dan dirinya terkorban sama.
Ini adalah kerana masa yang pilot ada untuk berfikir dan bertindak adalah sangat pendek dan terhad.
Jika pilot terkejut dan tergamam.
Pesawat terhempas!
Jika pilot lambat ambil alih dan buat pembetulan. Pesawat terhempas!
Dan jika pilot tersalah tekan “button” atau “tools” berkaitan.
Pesawat terhempas!
Pilot takde masa nak parking dulu tepi jalan, hisap rokok sebatang dan fikir apa nak buat seperti kebiasaan lelaki ketika memandu kereta.
Nyawa kru, anak kapal dan penumpang berada d itangan pilot!
Ambil kes yang terjadi baru-baru ini di Nepal. ATR-72 lagi 10 saat nak mendarat tiba-tiba melencong ke kiri, terjunam dan terus terhempas ke bumi.
Lagi 10 saat tu bermaksud pesawat berada di bawah 1000 kaki sahaja dari paras laut. Dah rendah sangat.
So, dalam kes di Nepal itu jika dilihat dari video yang viral, aku rasa dalam 3 ke 4 saat saja masa yang diambil untuk pesawat itu terhempas dan berkecai.
Tak sempat nak buat apa-apa, mungkin hanya mampu menyebut Allahu Akbar sahaja.
Sungguh malang tidak berbau. Siapa sangka ular yang disangka telah mati dan cedera teruk setelah dipotong kepalanya, rupanya masih hidup, mempunyai bisa dan pergerakan reflektif serta mampu mematuk sehingga menyebabkan kematian.
Seorang chef maut dipatuk seekor ular tedung ketika menyediakan hidangan sup ular tersebut di sebuah restoran di China, lapor akhbar Daily Star.
Ketika kejadian, Peng Fan dari bandar Foshan telah menghabiskan masa selama 20 minit untuk menyediakan juadahnya dan memotong kepala ular tedung berbisa tersebut.Ketika mencapai kepala haiwan itu untuk dibuang ke dalam tong sampah, ia secara tiba-tiba mematuk lelaki itu.
Suasana Menjadi Kecoh
Menurut seorang pelanggan, Lin Sun, 44, dia sedang makan di restoran tersebut bersempena sambutan ulang tahun kelahiran isterinya apabila suasana tiba-tiba menjadi kecoh.
“Kami tidak tahu apa yang sedang berlaku, namun mendengar jeritan dari arah dapur.
“Pekerja restoran kemudiannya menghubungi doktor namun sebaik sahaja bantuan perubatan tiba, lelaki itu dilaporkan sudah mati. Selepas mendengar berita itu, kami terus berhenti makan,” katanya.
Bisa daripada ular tedung itu mengandungi neurotoksin yang boleh membunuh dalam masa 30 minit, mengakibatkan lumpuh dan membuatkan mangsa mengalami sesak nafas sehingga boleh membawa maut.
Terdapat penawar bagi bisa tersebut, namun ia perlu diberikan kepada mangsa secepat mungkin.
Pergerakan Reflektif
Sementara itu, menurut seorang pakar, ular dan beberapa reptilia lain masih boleh bergerak sehingga satu jam selepas dibunuh.
“Tidak mustahil haiwan itu masih hidup dan menggigit tangan Peng Fan. Selepas kepalanya dipotong, ia dianggap telah mati namun masih terdapat pergerakan reflektif.
“Ini bermakna ular masih boleh mematuk meskipun selepas kepalanya cedera teruk,” kata pakar tersebut.
Mingguan Wanita: Seramnya. Sungguh malang tidak berbau. Jadi lebih berhati-hatilah iya apabila berhadapan dengan situasi dan binatang berbisa seperti ular ini.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...