Awal Ramadan, mungkin masih bersemangat mengatur menu bersahur. Namun menjelang pertengahan atau penghujung selera makan di waktu sahur mungkin menurun.
Malah ada setengah orang memang tak boleh makanan kala bersahur. Jika waktu sahur tak selera makan nasi, cuba air nabeez ini, lagi sedap tambah susu atau badam. Insyallah mak,ayah dan anak-anak akan kekal bertenaga sepanjang hari.
Ikuti perkongsian Puan Museyenah Jatim ini di Grup Masak Apa Hari Ni:
Selamat bersahur sahabat Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Pagi ini jadi sebak balik. Waktu hendak blend (kisar) kurma ini tadi… Terbayang arwah suami datang ambil cawan. Selalu setiap malam dia akan ingatkan rendam kurma…
Then keesokan paginya, saya akan blend dengan susu. Ya Allah…
Adik request nak minum, nak tak nak kena kuatkan juga.
Sahur Tak Selera Makan Nasi
Suami selalu bersahur dengan air kurma ini, kadang tak makan nasi pun waktu sahur. Alhamdulillah badan bertenaga.
Di sini saya sertakan resepi air kurma ya.
Khasiat Air Nabeez
Amalkan setiap hari untuk mendapatkan tubuh yang cergas, minda yang cerdas, mata yang sihat dan badan yang bertenaga.
Air nabeez adalah air rendaman kurma yang direndam dalam air masak semalaman (dalam bekas yang bertutup) dan diminum keesokkan paginya.
1. Ambil beberapa biji buah kurma (disarankan dalam jumlah yang ganjil).
2. Air suam segelas untuk rendam buah kurma (rendamlah sekitar 8-12 jam atau rendam sebelum tidur).
Rendam kurma bersama air suam.
3. Tutup gelas tersebut dengan penutup gelas atau penutup plastik.
4. Minum separuh gelas air rendaman kurma ini ketika sahur keesokkan harinya.
Ads
5. Kisarkan atau blender lebihan air nabeez tadi. Mak-mak boleh tambahkan susu untuk menjadikannya segelas sebelum kisar atau anda juga boleh tambah susu selepas kisar air nabeez tadi.
Kisar lebihan air nabeez bersama susu.
6. Mak-mak boleh menggunakan sebarang jenis susu segar, susu UHT atau susu kambing.
Tips!
# Mak-mak disarankan minum air jus susu kurma dengan air nabeez ini selepas sahur.
# Mak-mak juga boleh menambah serbuk kulit kayu manis atau kacang almond (badam) cincang untuk menambahkan kesedapan jus susu kurma dengan air nabeez.
Jika suka, boleh tambah badam atau serbuk kulit kayu manis sedikit.
MW: Rupanya mudah sekali penyediaan air nabeez ini. Paling penting mak-mak mampu kekal bertenaga walaupun tidak menjamah nasi. Selamat mencuba.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40.
Ads
Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Simpan Kira-kira Dan Urus Kewangan, Silap Urus Bisnes Lingkup
Selera tekak kita ni ada masanya nak lauk yang jenis berkuah dan adakalanya cukup dengan lauk yang simple, kering dan pedas macam ni. Mak-mak yang nak cuba kelainan masak untuk keluarga boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Asmida Asman ini. Cukup senang nak buat, ringkas, bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak. Paling penting memang mampu membuka selera!
Berikut perkongsian wanita ini;
“Saya tak tau nak letak apa nama masakan ni ‘Ayam Kari Kering’. Lauk ni sesuai untuk orang yang tak berapa gemar makan lauk kari berkuah, macam saya.Kalau masak kari, ambik ayam je makan dengan nasi kicap dan sambal belacan.Jadi..saya buat ayam kari kering pedas ni.”
Bahan-Bahan:
Ayam (Goreng dulu dengan garam dan kunyit)
(Ditumbuk)
Segenggam Cili padi
2 biji lada besar
Sebiji Bawang besar
3 ulas Bawang putih
Sedikit Halia dan lengkuas
2 batang Serai (diketuk)
Serbuk kari ikan (lebih sedap rasanya)
Air Asam Jawa
Cara Membuat:
1.Tumiskan serai dahulu supaya wangi.
2.Masukan bahan-bahan tumbuk.
3.Setelah agak garing, masukan serbuk kari ikan.
4.Gaul sebati, letak garam, gula @aji siap siap.
5.Masukan ayam yang telah digoreng tadi.
6.Masukan air asam jawa dan gaul mesra.
Ok siap!
Ambil pinggan, cedok nasi, letak kicap dan ayam. Dah tak perlu sambal.Pedas merecik..
Selamat Mencuba! Semoga bermanfaat.
MW:Mudah nak buat lauk ni dan cukup membuka selera terutama bila dimakan dengan nasi panas. Kalau mak-mak nak buat lauk simple yang kering tak berkuah tapi sedap, pedas merecik boleh lah cuba resipi ini.
Jika selalu ikan pekasam dibuat menggunakan ikan-ikan dari sungai seperti Lampam, talapia, puyu, sepat dan sebagainya.Jarang sekali jumpa menggunakan ikan dari laut. Namun menurut perkongsian oleh Siti Aminah, ikan pekasam yang beliau buat menggunakan ikan tamban iaitu ikan laut. Menurutnya rasanya juga lebih sedap berbanding ikan sungai.
Jadi buat mak-mak yang penggemar ikan pekasam bolehlah cuba resipi yang dikongsikan ini.
Berikut antara perkongsian beliau;
“Semalam pergi pasar jumpa ikan tamban lagi.Tak tahu la tempat sahabat semua panggil ikan apa…terus teringat anak yang belajar kat Terengganu..pekasam memang dia suka..terus buat stok pekasam untuk dia balik bercuti nanti.”
Bahan-Bahan:
Ikan Tamban (Boleh juga guna ikan kembung/ selangat)
Garam
Asam Jawa/ Asam Keping
Beras
Cara Membuat:
1.Ikan disiang dan dibasuh bersih. Buang perut dan kepala ikan.
2.Selepas itu perap dengan garam dan air asam jawa atau guna Asam keping pun boleh.Agak-agak je garam dan asamnya.Perap semalaman atau 2 hari.
3.Bila dah perap semalaman ikan tersebut, boleh lah mula menggoreng beras@sangai di dalam kuali.Jangan letak minyak, goreng biasa je hingga bertukar perang coklat.
4.Selepas itu kisar beras agak-agak hancur dan golekkan ikan di dalam beras tersebut.Saya tak basuh dah ikan yang di perap tu sebab ikan dah di basuh dengan bersih.
5.Tadaaa..dah siap. Bole di simpan dalam peti sejuk.Seminggu atau 2 minggu lagi boleh di makan.Kalau yang tak tahan sabar boleh goreng terus tapi memang tak sedap laa..sebab beras tak melekat dan sebati dengan ikan lagi.
Selamat Mencuba!
Goreng panas-panas dengan bawang dan cili padi, perah dengan limau kasturi, memang boleh makan nasi bertambah-tambah.Tak perlu lauk lain dah.
Memang menarik resipi Donut Susu yang lembut dan gebu ini. Rasanya bukan sahaja anak-anak yang suka, mak ayah pun ‘tumpang sekaki’ makan berketul-ketul. Sesuai buat minum petang untuk seisi keluarga.
Boleh cuba resipi Donut Susu yang dikongsikan oleh Puan Noor Shafiqah Ghazaliini sebagai rujukan;
Baru buat kemarin dulu hari ni terasa nak makan pulak donut susu ni. Bukan setakat anak-anak ja suka mak ayah pun berketul-ketul makan.
Saya buat tak ikut resipi, agak-agak je.
Bahan-Bahan:
1 Pek Mauripan (Bancuh dulu dengan air suam sampai berbuih)
1kg tepung gandum
1 biji Telur
2 sudu makan marjerin
Susu pekat agak-agak ja
2 sudu lebih susu tepung
sedikit garam
Cara Membuat:
Apabila yis dah kembang, campur semua bahan-bahan dan uli dalam sejam.
Bahan (Salutan)
Susu tepung (saya guna fenleaf)
gula pasir
* Kisar halus 2 bahan ini, sebelum salutkan pada donut yang telah digoreng. Pastikan donut tersebut telah disejukkan dahulu.
Siap! Selamat Mencuba!
Mesti Baca:DONUT,CAKOI,PAU, Resipi Mudah Satu Adunan Dapat 3 Jenis Kuih! Baca Lagi Di Sini:Donut 5 Bahan Dijamin Jadi, Naik Elok Dah Sejuk Pun Lembut! Artikel Menarik: Cakoi Gebu Gebas Cicah Sos Karamel, Ini Cara Paling Simple!
Mingguan Wanita: Jika nak buat donut susu yang tengah viral ni, boleh ikut resipi dan tip yang dikongsikan.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...