Saharul bawa isteri tunaikan ibadah umrah, merasai berpuasa di Mekah. Pelakon Saharul Ridzwan berkongsi kisahnya yang kini sedang menjalankan ibadah umrah bersama isteri tersayang.
Kali ini Saharul membawa isterinya, Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir untuk sama-sama mengambil peluang mengerjakan ibadah umrah ketika ini bagi merasai sendiri suasana berpuasa di kota suci itu.
Saharul dan isteri yang telah bernikah pada September 2016 telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali, 5, dan Fateema Azzahara, 2.
Namun bagi umrah kali ini Saharul terpaksa tinggalkan anak-anak. Sememangnya cukup mencabar apabila mereka terpaksa berjauhan dengan anak-anak kesayangan.
Berkongsi luahan hati seperti mana yang dipetik menerusi Mstar, Saharul akui pada awalnya isterinya agak keberatan untuk meninggalkan dua anak mereka.
“Cabaran kali ini ialah kami terpaksa berjauhan dengan anak.
“Saya sentiasa ingatkan isteri inilah masanya untuk kita belajar tinggalkan anak sekejap supaya boleh mengikuti usaha menyebarkan dakwah selepas ini.”
“Pada awalnya isteri saya agak keberatan untuk pergi, maklumlah sebagai seorang ibu memang susah hendak tinggalkan anak untuk tempoh masa lama,” terang Saharul yang kemudiannya menempah slot untuk mengerjakan umrah.
Saharul dan isteri akan mengerjakan umrah selama 10 hari dan mahu menumpukan sepenuhnya kepada ibadah. Dia juga mahu melipatgandakan amal ibadah lebih-lebih lagi ketika bulan mulia ini.
“Selama ini jika pergi menunaikan ibadah umrah, kita sering berharap dapat doakan sesuatu ketika di sana.
“Kali ini saya bawa rasa cinta terhadap Rasulullah.
“Selepas belajar dan mendalami tentang sirah perjuangan nabi, saya amat teruja untuk menziarahi makam baginda ketika di Madinah nanti,” jelas Saharul.
Menerusi ruangan komen, Saharul turut memberi kapsyen sebuah video yang dihantar dari Mekah sewaktu berbuka puasa. Ternyata ramai yang memberikan komen dan meluahkan rasa keseronokan dengan suasana yang ditontonkan oleh Saharul.
Menarik Lagi : Saharul Aktif Berniaga “Mana Mungkin Tinggalkan Dunia Seni, Kumpul Harta, Berkahwin Hasil Duit Seni”
Saharul Gosok Baju Sekolah Anak “Membesarlah Dengan Didikan Islam Yang Sempurna”
Mingguan Wanita : Suka tengok penghijrah Saharul begitu istiqamah dalam mendalami ilmu Islam.
Sumber Foto : Instagram Saharul Ridzwan
Alif Satar dah bersedia nak sambut Ramadan, banyak cerita lagi tentang Ramadan Alif dan keluarga.
Ramadan ni mesti ramai tengah sibuk beli belah untuk hari raya. Jom tinjau tip beli baju raya sesuai dengan bentuk badan anda.
Aina Abdul memang hebat, masuk bulan puasa ni dia teruja nak ke pasar Ramadan dan tak sabar nak tunaikan solat terawih di Masjid.
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita