
Pernah tak ada masalah kesan minyak pada tudung dan selendang kesayangan? Biasanya tompokan minyak itu melekat sebab kesan pakai bedak atau foundation di leher dan pipi.
Stres kejap tengok tudung yang baru beli dah ada tompokan minyak, lebih-lebih lagi kalau tudung itu baru dibeli dan mahal harganya.
Yang ralat, walaupun sudah dibasuh beberapa kali tetapi bila kering tompokan minyak itu tetap ada. Bila jadi macam tu, tak kan nak buang, bukan?
Ok, jangan risau sebab anda masih boleh pakai tudung itu tetapi dengan syarat ikut cara Puan Hani Mynis hilangkan kesan minyak pada tudung seperti yang dikongsi kali ini.
Tip Hilangkan Kesan Minyak Pada Tudung
Siapa tudungnya pernah jadi macam ni? Berminyak di bahagian muka (pipi), bila basuh tak boleh nak hilang.
Nak tahu macam mana hilangkan minyak ni? Serius, hilang!
Hani guna sabun ‘bongkah emas’ dari kedai Eco ni. Kalau tak ada di rumah, anda boleh gantikan dengan sabun mandi buku.
Langkah pertama, sagat sabun itu.

Kedua, rendam dama 10 minit pun dah cukup. Bilas dan jemur. Itu saja.
Masa rendam nak larukan, gosok manja-manja dengan tangan. Sangat mudah!
Selamat mencuba!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Perlu Nak Susah-Susah,Wanita Ini Kongsi Resipi Pizza Tanpa Uli, Semudah ABC!

Isi Kandungan
ToggleTak perlu nak susah-susah buat sarapan pagi ni, mak-mak boleh cuba buat resipi Pizza tanpa uli ni yang cara yang paling mudah.Kalau sebelum ini kita sangka membuat pizza kerja renyah terutama bab menguli doh, kini tak lagi. Mak-mak boleh guna roti paratha je sebagai ‘base’ untuk pizza.
Melalui perkongsian Rafiza Ayu dalam Facebook miliknya beliau menunjukkan cara ringkas membuat pizza. Tanpa perlu susah payah menguli, resipi pizza paratha ni mesti anak-anak suka dan boleh buat sendiri je.
Bahan-Bahan:
Roti Paratha Segera (sejuk beku)
Sos Spagetti segera
Sosej (dihiris nipis)
Nenas (dipotong kiub)
Bawang Holland (dipotong dadu)
Keju Mozarella
Cara membuat:
1. Tanggalkan lapisan plastik Roti Paratha ketika masih beku bagi mengelakkannya melekat pada roti.
2. Susun Roti Paratha tersebut diatas loyang yang telah disapu minyak dan sapukan dengan sos spagetti.Sementara itu, panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah celcius api atas dan bawah.
3. Taburkan Keju Mozarella bagi melekatkan topping dan base pizza.
4. Susun sosej diatas lapisan Keju Mozarella sebagai topping.
5. Kemudian tambahkan dengan potongan nenas dan Bawang Holland. Boleh juga gantikan dengan lada benggala dan cendawan butang sebagai alternatif.
6. Langkah terakhir, taburkan sekali lagi dengan Keju Mozarella, masukkan dalam ketuhar selama 20 minit.

Info Ektra:
Selain sosej, boleh juga gantikan dengan udang, hirisan ayam, daging dan sebagainya tetapi sebaiknya masak dulu hingga separa masak.
Guna 3 jenis topping sahaja. Ikut style dominos pizza. Topping tak perlu banyak jenis. Itulah yang menyebabkan sesuatu topping pizza menyerlah rasanya.
Selamat Mencuba!
Sumber: Rafiza Idayu
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sweet Dalam Rumah Tangga Berbeza Ikut Persepsi Setiap Pasangan, Paling Manis Waktu Susah

Sweet Dalam Rumah Tangga Berbeza

Masa Susah Paling Sweet
Makin Lama Makin Sweet Rumah Tangga
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rezeki Jadi Anak Sarawak, Bakal Terima Insentif RM1,000 Mulai 2019!

Berita gembira buat mak ayah yang berada di negeri Sarawak, rebutlah peluang keemasan ini. Ada insentif baru diumumkan untuk anak-anak yang bakal lahir nanti di negeri tersebut.
Ini kerana Kerajaan Negeri Sarawak telah memperuntukkan RM40 juta bagi polisi terbaharu Sarawak iaitu setiap bayi yang dilahirkan bermula tahun hadapan akan diberikan simpanan sebanyak RM1,000.
Ianya diberi kepada anak-anak Sarawak tanpa mengira latarbelakang kaum, agama dan politik. Ianya hanya dapat dikeluarkan apabila mereka berusia 18-tahun dimana apabila mereka memerlukan wang tersebut khususnya bagi pembelajaran mereka.
“Bermula hari pertama tahun hadapan, semua kelahiran baharu rakyat Sarawak tanpa mengira kaum, agama dan status sosial akan mendapat intensif RM1,000 sekali.”
“Wang ini akan dilabur dan hanya boleh dikeluarkan apabila pemiliknya mencapai usia 18 tahun dengan tujuan utamanya ialah untuk melanjutkan pendidikan,” kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg pada Pembentangan Bajet Sarawak 2019 di Persidangan Dewan Undangan Negeri DUN Sarawak baru-baru ini.
Galak Lahirkan Anak
Menurut beliau yang juga Menteri Kewangan dan Perancangan Ekonomi berkata, pemberian intensif itu selain menyediakan simpanan pendidikan masa depan anak Sarawak ia juga satu galakan rakyat melahirkan lebih ramai anak.
Pemberian insentif itu sebagai galakkan kepada warga Sarawak melahirkan anak, sama ada di negeri atau di luar, agar lebih ramai anak Sarawak yang bijak dan kuat mempertahankan negeri ini.
“Saya memperkenalkan idea ini untuk menggalak rakyat Sarawak mempunyai ramai anak supaya kita mempunyai ramai lagi anak Sarawak yang gagah serta bijak mempertahankan kepentingan Sarawak pada masa akan datang,”

“Kerajaan Negeri bersetuju membuat keputusan bagi memperkenalkan dasar baru itu bertujuan untuk memenuhi keperluan pendidikan atau dana untuk melanjutkan karier mereka,” katanya.
MW: Tahniah buat orang-orang negeri Sarawak atas insentif yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri ini. Mak ayah orang Sarawak jangan lepaskan peluang ini, semoga mendapat manfaat yang diharapkan serta lebih ramai bayi-bayi comel yang dilahirkan di negeri tersebut.
Sumber:Utusan Borneo, Kamek Miak Sarawak
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI