Sabri Yunus Kesal Terseret Isu Nikah Tak Sah, “Ada Bau Permusuhan Antaranya Dan Mufti…”

Share

Sabri Yunus kesal ustaz tuduh pernikahan tak sah, “ia umpama saya & Ardini berzina…”. Gara-gara menyebut “aku terima” tanpa menyebut “nikahnya” seperti kebiasaan bagi pasangan akad nikah, pelakon Sabri Yunus yang baru menikahi Ardini Angeline terpalit dalam kontroversi perselisihan pendapat beberapa Ustaz di media sosial.

Kontroversi bermula apabila kritikan datang dari Sheikh Nuruddin Marbu al Banjari berasal dari Indonesia yang menuduh pernikahan pasangan ini tidak sah kerana tidak menyebut “aku terima nikahnya” dan meminta pasangan ini dinikahkan kembali secepatnya.

Pasti ia menimbulkan pertikaian dan ternyata agamawan di negara kita mengatakan akad nikah pasangan ini adalah sah biar pun tidak menyebut “aku terima nikahnya”.

Sabri Yunus Kesal Terseret Isu Nikah Tak Sah

Masa yang sama, Sabri Yunus menerusi fbnya malam tadi berkongsi luahan hatinya selepas terpalit isu ini.

Catatan pada isu pernikahan kami.

Alhamdulllah pernikahan kami telah selesai. Kami bersyukur kerana semua keluarga,  sahabat dan orang ramai rakyat Malaysia dari semua bangsa dan golongan menerima penyatuan kami dengan baik. Ucapan tahniah dan doa agar berkekalan datang dari semua dan dimana mana. Kami sangat menghargainya.

Namun ada juga satu kelompok yang sangat kecil nisbahnya memberi pandangan yang sangat negatif. Satu dua video yang melintas di media sosial.

Saya secara peribadi sedar apa akan berlaku pada sesetengah pihak bila kami buat keputusan untuk bernikah di Perlis dan memohon untuk diakadkan oleh Yg Berbahgia Datuk Mufti sendiri.

Saya ada sebab tersendiri memilih Perlis. Akan tetapi saya tidak menyangka isu lain, isu yang saya tak terbayang pun oleh akal fikir saya.

“Ada Bau Permusuhan Antaranya Dan Mufti…”

Seorang ustaz dengan jelas dan terang mengata (menuduh) pernikahan kami tidak sah. Dan terus membuat kesimpulan kami akan berzina. Berat tuduhan itu, juga dalam video yang sama dikatanya qabul yang mengelirukan.  Siapa yang keliru?

Dalam majlis tu hanya perlu dua saksi walau hampir 25 orang yang hadir. Saksi dua orang tak keliru dan 25 hadirin juga tak keliru. Orang di luar/ jauh dan tidak bersama dalam majlis tidak ada isu dalam penyaksian majlis itu. Dia dengar atau tidak, faham atau tidak bukan isu pengesahan.

Soal pandangan mazhab dah jelas ada khilaf dan setujunya, saya tak fikir ada orang tak faham bila qabul jawab saya setuju. Tak mungkin ada orang akan fikir setuju pada hal lain selain dari setuju hal nikah.

Tak mungkin ada yang fikir dia setuju pasal kereta, pasal rumah. Jelas wali sebut, aku nikah.. bila qabul sebut setuju tentu saja menyambut pada kata nikah itu. Yang kata dia keliru itu adalah orang yang sangat lemah pemikirannya atau yang sengaja melemahkan fikirannya.. pada yg sengaja melemahkan fikiran dia adalah selemah lemah manusia.

Lagi satu, pernikahan kami di dalam negeri dalam negara kita yang hal ehwal agama di bawah kuasa kerajaan negeri. Sama juga dengan negeri lain. Dan tentunya tidak melanggari apa-apa akta berkaitan urusan pernikahan itu.

Saya tahu bahawa ustaz ini selama ini banyak tidak sependapat dan sealiran dengan Dr Maza jurunikah kami. Dan ada bau permusuhan antara mereka.

Dalam video tersebut saya dapat rasakan permusuhan itu apabila ustaz ini mengheret beberapa isu lain yang tiada kena mengena dengan isu kami. Ini menunjukkan beliau cuba mengukuhkan pandangan beliau terhadap jurunikah kami.

Janganlah kami dijadikan mangsa kebencian tuan kepada seteru tuan.

Hari ini saya baca banyak lagi pandangan ulamak lain akan isu ini. Ternyata berbeza dengan pandangan ustaz ini. Jangan letak hukum atas dasar rasa kebencian semata mata.

Agamawan tidak harus bersikap begitu. Tidak terselit keikhlasannya. Jujurlah.. antara tidak sah dengan tidak sempurna dua perkara berbeza. Sedangkan yang kita rasa tak sempurna itu sempurna pula pada yang lain. Khilaf dan salah dua perkara berbeza. Kalau sama kenapa ada dua sebutan.

Saya tidaklah orang agamawan yang mendalami akan hukum hakam tetapi tidaklah terlalu jahil sehingga tidak tahu apa apa. Saya juga tahu memilih. Memilih bermakna tidak borong semua dari satu bakul.

Sampai sini dulu…

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- 28 Tahun Berkahwin, Ini Rahsia Kebahagiaan Azah Aziz!

“Perkahwinan Mengajar Kami Berdua Mengejar Kebahagiaan Di Dunia & Akhirat,” MK K-Clique

Penamat K-Drama Dr Cha Buat Ramai Terinspirasi, Bahagialah IKUT CARA KITA. Ia Tidak Ditentukan Orang Lain

Suami Bila Bantu Bereskan Kerja Rumah, Isteri Bahagia, Hati Berbunga-bunga

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros