Ajaibnya rezeki nikah, Sabri Yunus & Ardini ditawar tajaan umrah “baru terdetik hati, dah ada orang taja”. Rezeki orang mendirikan masjid. Inilah yang berlaku kepada pasangan pengantin baru, Sabri Yunus dan Ardini Angeline yang mendapat tajaan umrah selepas mendapat tajaan majlis bersanding.
Dan lebih berkat, tajaan mengerjakan umrah pasangan ini diperoleh tidak sampai 24 jam hati Angeline Tan terdetik selepas membaca iklan tentang pakej umrah yang ditampal dalam lif sebuah hotel.
Memetik laporan MStar, hasrat pelakon Angeline Tan mahu mengerjakan umrah termakbul apabila ada pihak sudi menaja dia dan suami ke Tanah Suci Makkah tidak lama lagi.
Angeline atau Ardini Angeline Tan, 56, berkata, dia mendapat khabar gembira itu tidak sampai sehari dia meluahkan hasrat itu selepas terlihat iklan tentang pakej umrah dalam lif sebuah hotel.
“Saya macam tak percaya! Kurang daripada 24 jam,” kongsinya.
Bercerita mengenai niatnya itu, Angeline berkata, sebelum ini dia dan suami Sabri Yunus, 62, menerima pelbagai tajaan majlis resepsi perkahwinan mereka namun tiada menawarkan mereka pakej menunaikan umrah.
Iklan mengenai dua pakej umrah yang ditampal di dalam lif tersebut membuatkan dia tertanya-tanya dan terdetik di hatinya untuk ke Tanah Suci Makkah.
“Ketika berada dalam lif hotel itu ada banner pakej umrah yang beritahu harganya RM7,000 dan umrah cuti RM9,000.
“Dalam hati ketika itu saya kata, umrah pun ada umrah cuti ke?
“Jadi terlintas di fikiran saya kenapa semua orang bagi saya majlis resepsi (tajaan), kenapa tak ada orang ingin sponsor saya umrah,” katanya.
Untuk rekod, pasangan ini melangsungkan pernikahan pada 14 Oktober lalu di kediaman Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr Maza.
Dr Maza sendiri menikahkan pasangan berkenaan di Kangar, Perlis.
Bagi meraikan pasangan mempelai, bekas pelakon sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu tersebut turut diraikan menerusi sebuah majlis kenduri yang diadakan di Hotel Grand Barakah Ampang pada 3 November lalu.
Dua hari kemudian pasangan itu sekali lagi diraikan dalam sebuah majlis resepsi di Glo Damansara.
Sabri memberitahu mereka bakal diraikan dalam tiga lagi kenduri selain satu lagi bakal diadakan di kampung halamannya di Kelantan tidak lama lagi.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Sabri Yunus Kesal Terseret Isu Nikah Tak Sah, “Ada Bau Permusuhan Antaranya Dan Mufti…”
Berjodoh Dengan Abang Arwah Tunang, Nur Malina Jalani Takdir Tertulis & Bercinta Selepas Nikah
Putera Mateen Bakal Bernikah Pada 11 Januari 2024, Pilih Gadis Cantik Dayang Anisha Isa
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.