Sabarnya Allahyarham Adibah Merahsiakan Sakit, Beri Tamparan Pada Ustaz Kazim Elias

Share

Pemergian Allahyarham Adibah Noor Mohd Omar, 51 pada sabtu lalu memberi kesan mendalam kepada insan terdekat malah sesiapa pun.

Kerana tiada siapa pun menyangka penyanyi Terlalu Istimewa itu diuji dengan penyakit kanser Ovari tahap 4. Melainkan rakan artis yang tahu kisahnya. Tetapi, itu pun Allahyarham mengamanahkannya agar merahsiakan dari pengetahuan umum.

Sabarnya Allahyarham Adibah Noor Merahsiakan Sakit

Ujian sakit yang disimpan kemas oleh Allahyarham, sehingga akhirnya menghembuskan nafas terakhir disebabkan penyakitnya itu memberi kesan kepada pendakwah, Ustaz Datuk Kazim Elias.

Yang mana, Ustaz Kazim juga diuji dengan penyakit misteri dalam tempoh yang panjang. Iaitu sejak tahun 1997 lagi. Dan sehingga hari ini masih menjalani rawatan, mencari penawar sihir yang dihantar kepadanya.

Beliau berasa malu dengan kesabaran Allahyarham yang tidak menceritakan kepada umum ujian sakitnya. Malah meminta pula agar tidak diceritakan kepada orang lain.

Baca sini : Adibah Sebak, Kehilangan Kucing Bobby ‘Kau Hantar Kepadaku 15 Tahun Lalu Ketika Aku Jatuh Tersungkur’

Tindakan Allahyarham memberi satu tamparan malah pengajaran kepadanya agar menjadi seorang yang lebih sabar ketika diuji dengan sakit.

“Kita kenal Allahyarhamah seorang sihat. Kita tengok sebelum ini di kaca TV sihat. Tiba-tiba badannya agak kurus dan semalam (Sabtu) beliau kembali ke Rahmatullah. Saya rasa ini tamparan bagi saya. Sebab apa.. sebab saya malu sebenarnya.

“Malu dengan Allah.. malu dengan almarhumah.. sebab dia sakit, seorang pun tak tahu. Ada yang tahu tapi dia bagi tahu, jangan bagi tahu.

“Dia tak cerita pada orang. Tiba-tiba, dia meninggal. Baru orang tahu. Sabarnya Almarhumah berbeza dengan saya ini. Satu dunia tahu saya sakit.”

Belum Sesabar Almarhumah Adibah

Ustaz Kazim turut menggambarkan dirinya belum lagi sampai ke tahap sesabarnya Allahyarham Adibah yang menyimpan rahsia sakitnya.

Saya pun tak nak cerita sakit saya ini jadi viral, tapi nak buat macam mana kan. Pengajaran pada saya agar sakit simpan elok-elok rahsia.”

“Subhanallah. Hebat dia merahsiakan kadar atau tahap kesihatannya.” Begitupun, Ustaz Kazim mengingatkan dirinya agar mencontohi sikap Allahyarham yang menyimpan ujian sakitnya sehingga tiba hari kematiannya barulah diketahui umum.

Doa Ustaz kepada Allahyarham, “Mudah-mudahan Allah tempatkan rohnya bersama orang-orang yang beriman. Semoga diterima segala amalan kebajikannya.”

Allahyarham meninggal dunia di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur kira-kira 6.30 petang. Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat Permai pada tengahari Ahad.

Sumber/Foto : Ustaz Kazim Elias, iluminasi

Published by
Netty Ah Hiyer