Dunia adalah medan ujian buat kita. Tak mudah melaluinya apabila ditimpa musibah. Seringkali apabila ditimpa ujian dan musibah, kita diminta untuk bersabar, bersabar dan terus bersabar. Namun, sungguh ia tak mudah dilakukan berbanding mengucapkannya. ‘Tahan’ lah dulu hati apabila menempuhi setiap musibah yang diberikan.
“Bila kita dinasihatkan agar bersabar…hati kita bertanya bagaimana? Sabar tidak semudah yang diucapkan”
Sabar itu ertinya ‘menahan’. Justeru, tahan dulu hati apabila menerima musibah dengan Lima langkah ini:
Akui kita dari (kepunyaan) Allah. Maka kita layak diuji. Jangan mempersoalkan ‘kenapa aku?’
Sedarilah musibah itu datang daripada Allah. Allah itu Maha Pengasih. Sudah pasti apa yang datang daripadanya baik-baik belaka. Ingatkan hati, “Semua ini pasti baik walaupun aku belum nampak dan merasakannya.”
Pesan pada diri “Aku banyak dosa, ujian ini adalah cara Allah mengampunkan dosa-dosa ku.” Agar dengannya aku tidak terseksa di neraka nanti. Nauzubillah. Akhirat itu sesungguhnya ada.
Ingat janji Allah, yang diulangiNya sehingga dua kali, bahawa selepas kesusahan pasti ada kemudahan. Terimalah dan ‘layanilah’ musibah itu sebagai tetamu di kamar hati dengan baik..InsyaAllah dia akan cepat pergi.
Musibah ini belum tentu seburuk yang disangka. Allah telah berpesan, ” ada perkara yang kamu tidak suka tetapi itu baik bagi kamu.” Pujuk hati, Allah yang memberi musibah ini lebih tahu apa yang baik bagi ku berbanding diri ku sendiri.
Justeru wahai diri, apabila dipesankan kepada mu: Bersabarlah… maka itu bermaksud menahan. Bagaimana untuk menahan? Maka ambillah lima pesan di atas sebagai panduan.
(Dariku tidak ada harta, bantuan ku hanya dengan kata-kata. Semoga ada manfaatnya. Amin.)
# Aku tidak mahu kau derita kerana aku pernah merasainya. #
Baca lagi Di Sini:
Hutang Banyak Tak Dapat Bayar, Amalkan Tips Ini Buat Rezeki Mencurah-Curah
SABAR Kunci UTAMA Rumah Tangga Bertahan Lama, Bukan Bahagia Sepanjang MASA
Gudang Pahala Terbesar Wanita Adalah Di Rumahnya Sendiri, Suamilah Pahala Sabar Kita
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Memang tak mudah untuk menahan sabar berbanding mengucapkannya. Namun, ambil pesanan ini sebagai panduan kita dalam menahan sabar ketika ditimpa musibah.
Sumber: Pahrol Mohamad Juoi