Abah Puan Emi Erdayu Jasmi (Maktam Ayu), 34 ketika ini tinggal berdua saja di kampung dekat Gerik dengan abangnya yang menghidap barah otak. Setiap dua minggu sekali atau sebulan sekali, Puan Emi akan pulang ke kampung bersama suaminya, Mohd Faizal Abd Rahman, 35 untuk kemas rumah abah.
“Bergantung pada kelapangan kami. Kami tinggal di Kuala Kangsar, jarak dalam 1 jam setengah perjalanan ke rumah abah.”
Memandangkan abahnya tinggal berdua saja dengan abang yang sakit, anak menantu ini perlu pastikan rumah abah disusun rapi, kemas dan segar. Bagi mudahkan abah jalani rutin harian di kampung tanpa emak.
“Cuti Raya Cina, 5 Februari lalu saya pulang ke kampung. Berkemas rumah abah, labelkan semua barang dapur. 25 Februarinya, ibu saya meninggal dunia.
“Sebenarnya bila kemas dan label tu saya nak mudahkan abah dengan mak. Tak sangka.. sebenarnya Allah gerakkan hati saya sebab nak mudahkan abah. Rupanya mak akan pergi selamanya.”
Bahagian dapur abah selepas dikemas.
Sebak catat Puan Emi dalam grup #kemasrumahwithhani,
3 hari cuti berjaya kemaskan rumah abah dan arwah mak di kampung pulak 4 bag plastik berjaya. Barang letrik yang dah rosak. Barang plastik yang dah rosak Bekas-bekas yang sudah tiada penutup Makanan expired Peti ais dah dikemas, basuh lap,buang makanan yang dah lama dalam peti
Sejak arwah mak meninggal 25 Februari yang lalu, abah jarang masak, sambil jaga abang seorang yang mengidap barah otak abah banyak beli makanan luar je. So barang banyak dah expired.
Kata Abah Masakan Saya Mirip Arwah Mak
Kami balik, kami beli barang untuk masak time ada di sana sahaja Memenuhi selera abah, tanya abah nak makan apa, saya yang masak. Sebab kata abah, masakan saya mirip arwah mak. So saya berbesar hati masak apa yang dia nak makan.
Kelmarin buat lempeng dia terkejut ingat mak yang masak. Abah datang tanya “Ayu mu buat tepek keras ke?” Saya jawab, “ahha.. makan la abah..”
Ads
Sebelum balik suami betulkan paip bilik air. Kami tinggalkan rumah dengan keadaan yang bersih dan segar
Siap susun semua pinggan mangkuk dari sinki ke rak, sapu mop sesiap. Susun kain baju.
Tenang tinggalkan abah dalam keadaan rumah yang bersih.
Rumah abah di kampung sebelum dikemas.
Proses 3 Hari Kemas Rumah Abah Di Kampung
(Status ini dimuatnaik sebelum ibu Puan Emi meninggal dunia)
Bahagian Dapur
Balik kampung sempena CNY . Niat memang nak mengemas rumah mak ayah
Mengemas rumah orang tua bukan senang ye..nak nak sejenis suka mengumpul barang.. semua sayang
Orang tua kebanyakan begini kan.. ni lah cabarannya dan saya sahut cabaran itu.
Sambil bersihkan sambil bergurau senda.. lega juga bila pada mulanya dia takmau barang dia di usik di buang tapi setelah di pujuk secara gurauan nampak hari kedua mak sendiri ajak mengemas lagi.
Ads
Selepas 5S.
Konsep kali ni tak nak tambah barang apa apa. Guna apa yang ada.. mak kan pengumpul barang maka saya manfaatkan semua bekas bekas yang dia kumpul tu
Maka tiada penambahan barang baru tapi guna barang yang ada sebagai perumah dia.
Bilik baju rumah mak abah sebelum dikemas.
Kemas Bilik Baju
Ini bilik yang mak jadikan bilik persalinan dia dan juga bilik tatarias
Yang jadi masalah bila bilik ni ada satu almari dia buat simpan kasut sebab risau kasut dia hilang
Maka harini saya mengemas bilik ni dari start lepas asar hingga maghrib
Total 3jam lebih.
Ads
Bilik persalinan/baju selepas dikemas.
Bilik ni saya jadikan bilik baju / tatarias sahaja dan bilik solat .
Lepas habis sini sambung tempat lain lak
Last habis mengemas hingga 12.30 malam
Total dapat kemas dari Isnin- Rabu
2 dapur – kering dan basah
3 hall
1 bilik baju/ solat
Ruang tamu sebelum dibersihkan.
Ruang Tamu
Kata anak ke-enam daripada 9 beradik ini, ayahnya pandai memasak. Jadi, dia sekadar bantu kemas rumah abah. “Sebab sekarang berdua saja dengan abang yang tak sihat. Tu yang abah sekarang tak masak.”
“Banyak beli di luar sebab memenuhi kehendak abang yang tak sihat.”
“Perkongsian sebelum tu, minggu lepas waktu saya balik. Saya clearkan makanan yang dah expired. Nanti adik tambah stok-stok barang kering saja.”
Ruang tamu selepas dikemas.
MW : Begitulah seharusnya anak-anak dalam keadaan mak ayah tak berdaya, bantulah kemas rumah mereka. Memang.. ada sesetengah mak-mak berkeras tak benarkan sebab bimbang tak berjumpa barang yang biasa dia letak nanti di mana. Pujuklah mak ayah.. lepas kemas terangkan dekat mak apa yang dah diubah itu. Tentu mak tak tercari-cari.
Dan bila kita dah berkampung di rumah orang tua untuk beberapa lama, sebelum balik kemaskanlah. Apa yang kita dah guna dan keluarkan dari almari mereka. Bukan tinggal balik macam tu saja. Dan biar mak ayah selesaikan apa yang anak isteri kita guna di kampung. Kasihan mereka.
Kemas sungguh bahagian dapur tambahan Zaza Zalina ini. Susun aturnya pun teratur dan boleh dijadikan inspirasi kemas rumah untuk geng mak-mak yang lainnya. Sentuhan klasik itu yang buat mudah jatuh hati.
Kata Zaza, “ni cara saya mengemas di dapur. Rak kayu dan rak rotan lama tu pun masih elok. Boleh digunakan untuk letak bawang dan periuk-periuk.”
Yang penting, dapur klasik Zaza ini mengamalkan penjimatan ruang dan barang dapur yang masih boleh digunakan tak dibuang, tapi digunakan semula.
Dapur Tambahan Pandangan Dari Luar Kediaman
Kemas Idea Susun Atur Dapur Tambahan Ini
Orang lama yang masih gunakan periuk lama.
Dulu-dulu rotan ni tempat letak suratkhabar dan majalah. Sekarang akak gunakan untuk letak dulang-dulang.
Bakul yang isi bawang tu pun dulu-dulu mak kita pakai untuk alas kuali dan periuk panas. Bukan sekadar panas aje tau….untuk selamatkan meja comot sebab masak dapur kayu, bawah kuali tu jadi hitam legam hehee. Dipanggil lekar.
Kicap dan sos selalu guna, tak sempat simpan esbok dah habis.
Sekarang musim durian kan… memang sesuai gunakan dulang ni tau.
Ni tempat letak hanger dan sepit baju, kuali, besen-besen dan lain-lain peralatan dapur.
Penyapu dan mop akak sangkutkan di grill ujung tu. Bahan pencuci dalam bakul.
Area Tempat Makan
Di dapur pun kena ada cermin. Senang tengok tudung senget ke tak bila tiap kali bunyi pin pin pos laju hantar barang shopee yang anak-anak order. Belah kiri tu rotan tepuk-tepuk karpet… gantung aje la senang nak capai.
Saya biar lapang terbuka gitu sebab senang nak kemas dan sapu-sapu habuk. Satu lagi akak ni jenis takut binatang merayap macam cicak ke lipas ke lain-lain tu. Bila lapang tak risau dah.
Sumber/Foto : Zaza Zalina *Artikel diterbitkan dengan keizinan daripada penulis.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Nak rumah cantik, tidak semestinya dengan hiasan mewah yang memenuhi ruang di dalamnya. Ada cara lain yang boleh kita hias rumah. Tak perlu mahal pun.
Salah satu nak rumah cantik dan nampak sejuk memandang, tentulah dengan meletakkan pokok atau tumbuhan tertentu yang memberi keselesaan dan rasa nyaman dalam rumah.
Malah, bukan saja cantik tapi turut memberi keselesaan dan sejuk mata memandang. Namun, jangan ingat semua pokok dan tumbuhan sesuai untuk dalam rumah. Kena tahu jenis pokok dan paling penting tidak membahayakan pada anak kecil.
Ada pelbagai jenis tumbuhan atau pokok untuk diletakkan dalam rumah dan kesesuaian di segenap rumah terutamanya di dalam bilik tidur, ruang tamu, bilik air dan sebagainya.
Inilah antara pokok-pokok yang sesuai untuk mak-mak hiasan dalam rumah. Mesti cantik dan nyaman bila pandang tumbuhan ini.
RUANG TAMU
1. Dracaena Reflexa – Pokok ini membantu membersihkan udara yang teremat dengan toksin seperti benzol dan formaldehye (bahan kimia yang tidak berwarna, mudah terbakar dan memiliki bau yang kuat).
2. Chlorophytum – Ia dikenali sepagai spider plant yang membantu menyegarkan udara semula akibat daripada asap rokok atau asap kenderaan.
3. Benjamin fig – Pokok ini berfungsi membersihkan udara tercemar akibat trichloroethylene (bahan kimia yang terdapat dalam gam dan pencuci karpet), phenol dan benzol.
BILIK TIDUR
1. Sansevieria Trifasciata – Dikenali sebagai lidah jin atau snak plant yang membebaskan oksigen pada waktu malam dan memberihkan udara yang dicemari toksin. Ia juga membantu untuk mendapatkan tidur yang berkualiti dan sesuai untuk anda yang menghidap insomia.
2. Spathiphylium – Ia mudah menyerap toksin dari kawasan perrumahan atau perindustrian seperti benzol, ammonia dan acetone. Letak pokok ini selepas anda melakukan pengubahsuaian atau penghiasan di bilik tidur.
3. Phalaenopsis – Pokok orkid ini bukan saja mencantikkan rung bilik dengan meningkatkan aura romantis tetapi ia membebaskan oksigen pada waktu malam dan membersihkan udara bertoksin.
BILIK ANAK
1. Coffea – Pokok kopi yang sangat baik sebagai penapis semulajadi dalam membersihkan udara yang tercemar dengan toksin.
2. Hibiscus – Pokok bunga raya bukan saja pokok kebangsaan tapi ia turut membantu menyegarkan udara dan melancarkan pernafasan.
3. Cyclamen – Pokok yang boleh membantu menghilangkan keletihan kronik, insomia dan kemurungan.
DAPUR
1. Aloe Vera – Pokok lidah buaya yang membersihkan udara tercemar dengan toksin seperti benzol an formaldehyde.
2. Stephanotis – Pokok melur berwarna putih berseri membantu meningkatkan udara segar di dapur.
3. Saintpaulia – Pokok ini cukup sempurna untuk menghalau semut daripada masuk ke dapur.
BILIK AIR
1. Lady Palm – Ia membantu membersihkan udara yang dicemari ammonia yang digunakan untuk membersihkan bilik mandi bersama pencuci yang berbeza.
2. Chinese Evergreens – Ia mempunyai kebolehan unik untuk tindak balas terhadap wap kimia yang berbahaya. Sangat sesuai diletakkan berdekatan dengan bilik mandi.
3. European Ivy – Pokok ini mempunyai kemampuan untuk menyerap karbon dioksida yang lebih baik berbanding pokok-pokok lain. Ia juga membnatu membersihkan udara yang tercemar dengan toksin.
Sumber: Erabaru
Mingguan Winita : Jangan ingat, letak pokok hanya untuk cantik tapi kena tahu juga fungsinya. Tak rugi pun nak letak. Cantik pun cantik!
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Dalam sehari, agak-agak berapa kali mak-mak menyapu sampah dalam rumah untuk kurangkan habuk yang ada dalam rumah dan ini belum lagi bila anak-anak menyepahkan barang-barang mainan. Sambil membebel, mak-mak kenalah sapu, kalau tak ‘sakit mata’ dibuatnya.
Kalau boleh rumah naklah bersih, tak ada habuk yang boleh membawa masalah kesihatan pula. Jadi, mak-mak yang sangat mementingkan kebersihan, bolehlah berjinak-jinak dengan menanam pokok hidup ini.
Ini antara perkongsian oleh Huda Zainal tentang pokok hidup Snake Plant nie.
“Snake Plant antara pokok hidup yang disenaraikan oleh NASA yang mampu singkirkan toksid dan bahan cemar bawaan udara di dalam rumah.
Yang paling best semenjak ada Snake Plant atas rak. Rak dah kurang berhabuk. Kalau tak dulu setiap hari nak kena lap habuk.
Kurangkan Habuk, Cuba Tanam Pokok Ini
Snake Plant juga antara pokok yang disebut “Hard To Kill”. Sesuai sangatlah untuk yang baru nak berjinak deco rumah dengan pokok hidup. Yang terasa diri tangan panas atau black hand pun boleh cuba tanam Snake Plant.
Kalau tak tau mana nak dapat, pergilah singgah nursery pokok. Sepasu snake plant RM15 dah boleh dapat..
Mana bahagian akar terkeluar potong je .
Bahagian bawah potong menyerong.Senang nak serap air dan nutrien bila dah cucuk dalam tanam..
Jenis pasu berlubang.
Tutup lubang dengan surat khabar..
Masukkan tanah 3/4 penuh.
Daun yang dah potong tadi. Cucuk-cucuk je dalam tanah.
Dah siap cucuk. Bawa masuk dalam rumah. Alas pasu dengan alas. Nak elak kalau terover siram, air tak lah meleleh atas rak tu.
Ikutlah kreativiti tangan masing-masing. Janji cucuk daun tu tak tumbang.
Tapi pokok ni tak siram 2 minggu pun dia boleh hidup lagi.
Snake plant tak suka air banyak. Jadi siram tu sekadar bagi tanah lembap sudahlah.
Selamat mencuba.
MW: Lepas nie, mak-mak yang rasa ‘tangan panas’ tak perlu risau sebab boleh tanam pokok hidup nie.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...