Bawang Merah antara keperluan dalam masakan yang boleh dikatakan wajib dibeli setiap kali membeli barangan keperluan dapur. Namun harganya boleh tahan juga mahalnya. Jika mak-mak yang suka berkebun tu, ada baiknya cuba tanam sendiri bawang merah di rumah. Lebih jimat, organik dan bebas racun serangga.
Ada pelbagai teknik dan cara nak tanam bawang merah.Tapi pastikan sebelum tanam kena potong bahagian atas Bawang Merah dulu barulah tunasnya cepat tumbuh!
Tujuan bahagian atas dipotong adalah supaya tunas cepat tumbuh. Bawang yang tidak dipotong akan lambat perkembangan.
Boleh dicampurkan 1 bahagian tanah hitam, 1 bahagian cocopeat dan 1 bahagian tanah organik. Asalkan tanah poros dan tidak menyimpan air dan lembab.
3. Sediakan tapak tanaman atau boleh di tanam dalam polybag.
4. Tanam bawang dalam tanah tadi dalam keadaan separuh tenggelam. POKOK BAWANG MEMERLUKAN CAHAYA MATAHARI MAKSIMA UNTUK MENGHASILKAN BAWANG. Jangan tanam tempat yang bernaung.
Siraman perlu juga dilakukan 2 kali sehari tapi pastikan tiada air bertakung. Ini merosakan kualiti bawang.
5. Daun-daun bawang akan mula tumbuh dan bercambah dalam masa 10-12 hari.Pada masa ini bawang harus ditimbus sepenuhnya. Biar hanya daun yang kelihatan. Dalam masa 20-30 hari akan tumbuh sehelai daun yang agak keras dari daun-daun yang lain dan atasnya ada sedikit bonjol. Ini adalah kuntum bunga bawang. Potong kuntum bunga ini kerana bunga akan menghisap nutrient yang banyak, pembesaran bawang akan jadi terbantut.
6. Bawang akan terhasil selepas 35-45 hari penanaman. Apabila daun bawang semua telah bertukar kuning dan layu, bawang telah sedia untuk dituai.
NOTA
1. Kaedah penanaman bawang putih adalah berbeza.
2. Pokok bawang dan pokok daun bawang ada lah dua pokok yang berbeza.
3. Elakkan mengambil daun bawang untuk kegunaan. Kualiti bawang akan terjejas. Penghasilan bawang akan berkurang.
Moga bermanfaat.
Baca Lagi Di Sini:
Cara BETUL Tanam Sendiri Bawang Merah, 2 Bulan Dah Boleh Tuai!
Banyak Kali Tanam Selalu Mati, Ini Kaedah BETUL Semai Daun Sup!
Tanam BAWANG PUTIH Pilih Jenis ‘Softneck’, Letak Menegak Sebelum Kambus!
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang suka berkebun nak cuba tanam bawang merah sendiri di rumah boleh ikut tip dan cara yang dikongsikan ini. Pastikan potong dulu bahagian atas bawang merah sebelum tanam barulah ia cepat bertunas.
Sumber: Mahadzir Hashim