Ramai mak-mak yang sering menggunakan Sos Tiram sebagai perasa tambahan menyedapkan lagi masakan. Namun mungkin ramai yang tak tau rupanya Sos Tiram ada 5 Jenis berbeza. Malah ia bergantung pada citarasa, bajet dan tujuan masakan masing-masing!.
Ini yang dijelaskan oleh Chef Amer, yang cukup berpengalaman dalam bidang masak memasak ni.
Masa saya beli Sos Tiram kat NSK tadi, tiba-tiba ada seorang Auntie India ni tanya saya yang mana satu Sos Tiram untuk vegetarian.
Saya pun tunjukkan lah yang mana satu.Kemudian dia tanya lagi apa beza Sos Tiram yang lain-lain tu.
Ehhh… macam kat kelas pulak dia tanya. Sedang saya terangkan kat dia, datang pulak Mak Cik ni tanya, Sos Tiram brand apa yang paling best.
Aikkk… sah !
Dah boleh buat kelas pasal ni kat NSK.
Ok, Sos Tiram ni ada 5 jenis.
1. Sos Tiram
Kandungan ekstrak tiram lebih dari 10% dan boleh dipanggil Sos Tiram.
Rasa tiram yang sebenar.
Jenama Panda Lee Kum Kee
2. Sos Perisa Tiram
Kandungan ekstrak tiram kurang 5%, sebab tu tak boleh dipanggil Sos Tiram, hanya berperisa tiram sahaja.
Rasa tiram yang ‘mild’.
Jenama Maggie, Nona, Adabi, Taste-me
3. Sos Tiram Premium
Kandungan ekstrak tiram 40%.
Rasa tiram yang sangat padu.
Jenama Premium Lee Kum Kee (ibu dan anak dalam sampan).
4. Sos Tiram Tiruan Sayuran
Tiada langsung ekstrak tiram dan digantikan dengan serbuk cendawan (1%) serta perasa sahaja.
Sebab tu sesuai untuk Vegetarian.
Jenama Sos Berperisa Tiram Sayuran Lee Kum Kee, Taste-Me
5. Sos Berperisa Tiram Ekonomi
Kandungan ekstrak tiram yang sangat sedikit atau tiada langsung, sekadar perasa dan kicap serta pemekat sahaja.
Harga sangat murah dan dijual dalam tong 3 atau 5 kg.
Jenama Puteri, Emos, HTH
Haaa….dah tahu sekarang nak beli Sos Tiram yang mana ?
Ads
Dah kandungannya berbeza, tentu lah harga juga berbeza. Ikut lah citarasa, budget dan tujuan masakan masing-masing.
Satu lagi, tentu ramai yang akan bertanya tentang status HALAL Sos Tiram ni kan.
Nasihat saya, terlanjur dah baca tentang kandungan atau bahan yang digunakan, tengok lah sekali cop halal dia ya.Rajinkan sikit membaca tu, jangan main ambil jer.
Company besar-besar ni, bukan setakat ada sijil HALAL, malah ada HACCP dan ISO lagi. Guna lah tanpa was-was walau pun ada tulisan cina kerana ini pasaran mereka.
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi terpulang pada citarasa dan bajet nak guna sos tiram yang premium atau sekadar perasa dalam masakan harian.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif #sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
DIY memang menjimatkan belanja berbanding beli yang dah siap. Tidak dinafikan kehijauan pokok-pokok mampu memberi ketenangan dan menaikkan seri pada ruang kediaman.
Akhir-akhir ni, viral dedaun pokok hijau dalam pasu seperti jenis Fiddle Fig Leaf menjadi hiasan pada sudut rumah.Cantik memang cantik, tapi harga nya kus semangat, memang kena fikir berkali-kali, boleh cecah beratus ringgit.
Menerusi perkongsian oleh Puan Fadilah Ariffin, boleh buat sendiri ala-ala pokok yang tengah viral ni. Menariknya lebih menjimatkan dan harganya tak sampai RM25 pun sepasu. Yang penting tetap cantik!
Berikut perkongsian wanita ini sebagai panduan;
“Assalammualaikum. Saya kongsikan barang-barang yang digunakan dan tutorial untuk DIY pokok viral ni.Tapi kali ni saya guna daun Monstera sebab yang daun hari tu dah out of stock.Total Kos RM24.30”
Bahan-Bahan:
Daun ECO (1 paket ada 4pcs)
6 paket X RM2.10
Rumput ECO RM2.10
Rotan Kedai Alat Tulis RM1.50
Kalau tak jumpa rotan, boleh cari batang ni di My One Shop – RM4.50 seikat, ada dalam 10 batang.
Pasu ECO RM2.10
Span Bunga My One Shop RM1.50 X 2 = RM3.00
Dawai Bunga RM1.00 (ada 28)
Tape Bunga RM2.00 (ada 2 roll) Guna 1 Roll je.
Cara Membuat:
1.Mula-mula, bengkokkan batang daun macam ni.
2.Ikat batang daun pada rotan.
3.Ikat jangan selari, biar berselang tinggi rendah.
4.Saya masukkan batu sikit dalam pasu supaya pasu berat.Potong rumput ikut permukaan pasu.
5.Lilit tape bunga supaya dawai tadi terselindung dan nampak kemas, ni gambar sebelum siap nampak serabut. Gambar dah siap lupa nak tangkap.
Siap! Selamat Mencuba!
MW: Semoga bermanfaat. Jadi buat mak-mak boleh lah berjimat, buat sendiri je ‘pokok viral’ ni untuk serikan ruang kediaman.Caranya pun mudah sangat!
Rimas dan sakit mata pula bila tengok dapur yang mak masak hari-hari berkarat. Mungkin sebab guna tiap-tiap kot. Namun, ada juga mak yang jarang guna dapur tapi tetap berkarat juga.
Lelehan bahan masakan pun boleh menjadi punca dapur berkarat, sementelah kalau tak bersihkan terus bila dah siap masak. Sudah cuba macam-macam cara, tapi tetap susah nak tanggal bahagian yang berkarat tu.
Kali ini, cuba try guna bahan ini yang dkongsikan oleh Noor Azura Nordin. Katanya hanya guna satu bahan sahaja untuk tanggalkan kerat dan dapur pun berkilat. Boleh cuba nanti.
“Tak perlu bazirkan ubat gigi baru, cukup hanya guna sisa-sisa ubat gigi yang ada dan nak habis.
1. Ambil ubat gigi colgate yang nak habis tu. 2. Kalau susah nak keluarkan ubat giginya, potong dua dan ambil sisa baki yang ada. 3. Sapukan pada bahagian dapur yang berkarat tadi. 4. Biarkan seketika mungkin dalam 5-10 minit. 5. Selepas itu, barulah ambil kain dan gosokkan bahagian yang disapu ubat gigi tadi.
6. Lihatlah hasilnya nanti.
MW: Boleh cuba dapur yang kat rumah. Mungkin bermanfaat. Selamat mencuba!
Kredit : Noor Azura Nordin
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bila usia bertambah, macam-macam masalah timbul. Kalau zaman remaja dulu, jerawat jadi musuh utama tapi bila usia bertambah, lain pula tumbuhnya. Ingatkan tahi lalat tapi sebenarnya jeragat. Nak lakukan rawatan untuk hilangkan jeragat mesti kosnya agak mahal juga. Tapi kalau dibiarkan boleh bertambah banyak jeragat akan tumbuh.
Jangan bimbang, anda tak perlu keluarkan duit semata-mata untuk melakukan rawatan bagi menghilangkan jeragat. Ada cara yang mudah untuk bantu anda. Cuma gunakan bahan utama iaitu ubat gigi boleh menghilangkan jeragat yang melekat di muka anda.
Ubat Gigi + Garam
Caranya:
1.Campurkan satu sudu teh garam dengan satu sudu teh ubat gigi pudina.
2.Kacau sekata.
3.Sapukan adunan tadi pada bahagian jeragat. Tekan lembut deengan menggunakan jari yang bersih.
4.Biarkan selama 5 minit.
5.Selepas itu, basuh dengan air bersih.
Ubat Gigi + Putih Telur
Caranya:
1.Ambil putih telur, masukkan dalam mangkuk bersama ubat gigi mint.
2.Kacau sekata. Letakkan tisu pada bahagian hidung dan sapukan pada bahagian yang berjeragat.
3.Biarkan selama 15 minit.
4.Selepas itu, tanggalkan tisu tadi secara perlahan-lahan.
5.Basuh dengan air bersih.
Ubat Gigi + Limau Nipis
Caranya:
1.Campurkan satu sudu teh air perahan limau dengan ubat gigi.
2.Kacau sekata.
3.Sapukan pada bahagian yang berjeragat.
4.Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air bersih.
Mudahkan!. Tak perlu pening-pening untuk melakukan rawatan di luar. Kat rumah sudah cukup dengan bahan-bahan yang sedia ada di rumah. Jimat masa, jimat duit dan wajah kembali berseri. Selamat mencuba.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!