Pokok snake plant yang tiba-tiba viral ini rupanya senang dijaga dan tak perlu belai lebih-lebih. Hanya siram dua kali sebulan.
Jadi sesuailah untuk mak-mak yang super busy dan tak cukup masa untuk “manjakan”tanaman. Tak kisahlah pokok ini betul ke tak penyerap atau penyedut habuk, asalkan rumah bertambah berseri.
Ikuti perkongsian Yuslan Ibrahim, katanya pokok ini teramat senang nak jaga.
Alhamdulillah… Siap lima pasu pagi ini pokok viral … Orait abam nak share tips tau… Moh share laju-laju..
Snake Plant ini teramat senang menjaganya… Di sini saya senaraikan simple tip penjagaan pokok viral ini :
1. Siram 2 kali sebulan sahaja, jangan kerap siram nanti mati atau busuk pokoknya.
Ads
2. Sesuai indoor dan outdoor, kalau indoor kadang-kadang letak tepi pancaran matahari untuk pastikan daunnya sihat dan hijau.
3. Semai dengan soil yang 3IN1 ada dijual dekat nursery. Selepas 3, 4 bulan bolehlah letak baja bulat hijau untuk daun Itu (jual di kedai Eco). Kalau ada baja organik lagi bagus.
4. Pokok ni cepat biak, bila sudah banyak anak tu, pindahlah ke pasu lain.
Ads
5. Nak cantik tanam dalam pasu yang jual dekat nurseri yang comel-comel itu.
6. Tip hendak cepat membiak, tanam outdoor macam kami, cepat gila membiaknya.
7. Pokok ini tak perlu tilik dan belai serta siram, nanti terbantut dan busuk daunnya.
MW: Apa lagi mak-mak, jangan risau tangan panas. Insyallah pokok ni confirm hidup, mudah sangat nampaknya nak tanam dan bela.
Malu pula bila tengok bibir kering, bukan itu saja, gelap dan menggelupas lagi. Dah banyak cara dan pelbagai produk guna tapi tak ada hasil langsung.
Kadang-kadang penggunaan produk tertentu juga boleh memudaratkan lagi dan tidak sesuai dengan bibir kita. Jadi, kalau nak bibir merah semulajadi, tak perlu guna produk mahal, hanya guna beetroot dan vaseline pun dah cukup.
Rupanya serbuk kopi terpakai dan kulit telur juga boleh dijadikan baja tumbuhan dan mampu mengawal serangga perosak secara organik. Jadi daripada dibuang begitu sahaja, boleh digunakan untuk suburkan pokok-pokok yang kita tanam.
Jangan buang kulit telur kerana banyak khasiat untuk pokok kita. Saya mula mengumpul kulit telur selepas saya membaca satu artikel mengenai kulit telur digunakan sebagai baja tumbuh-tumbuhan yang berkesan. Ianya boleh digunakan sebagai baja dan juga sebagai kawalan perosak organik. Saya menggunakan kulit telur dihancurkan dan dicampurkan dengan serbuk kopi terpakai.
Bahan Diperlukan:
Kulit Telur (jemur dulu biar kan kering)
Serbuk kopi terpakai
Botol rempah
Cara Membuat:
1.Jemur dahulu kulit telur yang telah dikumpulkan dan biarkan kering.
2.Tumbuk halus kulit telur dengan lesung batu.
3.Begini hasilnya.
4.Campurkan pula dengan serbuk kopi terpakai.
5.Kacau rata sebati.
6.Masukkan dalam botol rempah agar mudah ditabur pada pokok nanti.
MW: Menarik tip ni. Boleh buat baja semulajadi guna kulit telur dan serbuk baja kopi je. Hasilnya pokok lebih subur dan masalah serangga perosak pun tiada.
Memang jenuh nak bersihkan habuk-habuk yang mudah sangat melekat pada perabut mahupun perkakas rumah. Sebenarnya mak-mak boleh buat sendiri Multipurpose Dust Spray di rumah. Lebih mudah bersihkan habuk melekat dan menjimatkan masa dan tenaga dalam melakukan kerja-kerja rumah.
Ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Yatie Eimra ini sebagai rujukan.
“Saya ni memang suka tip dan trik yang memudahkan urusan harian. Bila jumpa macam-macam tip, mesti saya simpan dan cuba bila berkesempatan. Banyak resipi buat dust spray ni sebenarnya, cara paling senang guna air dan softener. Tapi lepas cuba beberapa resipi, setakat ni inilah resipi dust spray yang paling saya berpuas hati sebab ia serbaguna.”
“Pernah baca komen netizen — cakap orang yang gunakan spray untuk elak habuk melekat ni orang yang malas. Pada saya, adanya tip macam ni bukannya bermakna boleh culas dan bermalasan tapi sekadar memudahkan serta mempercepatkan kerja-kerja rumah dan urusan harian. Nak-nak ramai isteri yang bekerja dan faktor kekangan masa. Tu belum lagi yang ada anak kecik/anak yang tengah melasak ataupun wanita mengandung. So tip-tip macam ni lah dapat membantu jimatkan masa/tenaga.”
Multipurpose Dust Spray
Bahan-Bahan:
¼ cawan cuka
1¼ cawan air
3 sudu kecil minyak zaitun
1 sudu makan pencuci pinggan* (optional)
Sedikit essential oil* (optional)
Cara Membuat:
Campur semua bahan dalam botol spray. Goncang sebelum guna.
Nota:
*Guna botol spray transparent supaya mudah nampak atau buat reminder pada botol supaya tak lupa
*Saya buat 2 botol spray sebab guna 2 wangian berbeza.
*Saya gunakan 1 bahagian cuka & 5 bahagian air supaya larutan cuka tak terlalu pekat/terlalu cair
*Cuka memudahkan menanggalkan kotoran, juga sebagai agen pembasmi kuman
*Minyak zaitun berfungsi untuk mengilatkan & melindungi permukaan kayu.
*Pencuci pinggan mampu menanggalkan kotoran secara lembut
*Essential oil berfungsi memberi kesegaran & mengurangkan bau cuka.
Pastikan !!
*Sebaik-baiknya gunakan minyak zaitun. Saya tak jamin penggunaan minyak masak biasa (sawit) boleh berikan hasil yang sama untuk perabot kayu (bila bertindakbalas dengan cuka)
*Jangan gunakan pencuci pinggan yang bundle sebab bahan kimianya agak tinggi & boleh rosakkan sesetengah permukaan perabot.
*Jika risau perabot yang agak sensitif, cuba spray sikit dahulu dibahagian yang tersorok/paling bawah untuk uji keserasian.
*Paling penting — GONCANG setiap kali sebelum guna supaya larutan minyak & air bercampur.
Kegunaan:
1. Kurangkan Habuk Melekat Pada Perabot & Kipas
Mengurangkan habuk tak bermakna habuk langsung tak lekat ye.. Cuma lebih mudah nak bersihkan habuk dan menjimatkan masa.
2. Mengilatkan Perabot Kayu
Bukan setakat kabinet, pemegang dulang dari kayu pun saya gunakan spray ni sebab kilatannya memang cantik.
3. Menaikkan Warna & Melindungi Sofa Dari Kulit Sintetik
Boleh bersihkan kotoran & menaikkan warna sofa yang dah kusam
4. Mengurangkan Habuk Terkumpul Pada Gril Pintu & Lapisan Minyaknya Mengelakkan Dari Berkarat
Rumah dekat dengan jalan besar ni, manjang je habuk & debu bertepek dekat gril.. Walaupun saya spray sesekali jer, memang nampak perbezaan dgn sebelum ni.
5. Membersihkan & Melicinkan Trek Pintu/Tingkap Jenis Sliding Serta Melancarkan Trek Yang Tersangkut
Kekadang hujan lebat sangat, kena jugak sikit-sikit tempias air dekat pintu/tingkap sliding. Lama-lama mesti trek tersangkut-sangkut. Saya spraykan aje untuk lancarkan balik.
6. Sebagai Lapisan Perlindungan Dari Kotoran Untuk Jubin Dinding & Sinki
Saya selalunya basuh toilet hujung minggu. Hari biasa ni sental memane yang sempat je. Tak boleh lama-lama dalam bilik air sebab anak tengah melasak.. Guna spray ni memang mudah nak bersihkan jubin & di celah-celah. Toilet yang jarang guna (untuk tetamu) pun saya spraykan pada jubin & sinki.
Pastikan BERSIHKAN dahulu jubin & sinki seperti biasa, kemudian barulah gunakan spray ni. Spray secara menyeluruh terutama dicelah-celah jubin. Sebaik-baiknya gunakan span atau kain microfiber untuk ratakan air (supaya semua permukaan kena).
Penggunaan spray membantu kurangkan kotoran yang melekat. Next time kerja-kerja bersihkan jubin dinding & sinki akan lebih mudah & cepat. Toilet pun jadi wangi je lepas spray (kalau letak essential oil la..). Spray sekurang-kurangnya seminggu sekali/lepas basuh/bila perlu.
Semoga bermanfaat.
(Harap tip ni dapat bantu mudahkan kerja-kerja rumah & urusan harian anda juga).
MW: Banyaknya kegunaan Multipurpose Dust Spray ni. Pastinya lebih menjimatkan masa dan tenaga, memudahkan kerja-kerja rumah nanti.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...